Wednesday, June 17, 2009

PKS MAMPU PERTINGKAT EKONOMI KOTA BELUD

“Wujudkan Nilai Tambah”

Mungkinkah Kota Belud akan terus bergantung hasil perikanan dan pertanian sebagai sumber pendapatan utama penduduk?

Meninjau dan memperhalusi prospek ekonomi bagi Daerah Kota Belud, sebetulnya daerah ini punya kelebihan sumber-sumber ekonomi yang boleh dikomersialkan. Lihat saja hasil perikanan dan pertaniannya yang melimpah-ruah. Dewasa ini bidang pertanian seperti penanaman padi boleh ditanam empat kali setahun. Ubi manis, ubi kayu dan tebu serta buah kelapa sebahagian besar daripada sumber rezeki penduduk. Dalam bidang perikanan, sungai-sungai di sekitar Daerah Kota Belud menjadi lubuk ikan seperti ikan keli dan haruan. Semua ini boleh dikomersialkan....

Melihat kenaikan kos sara hidup yang mendadak, seharusnya kita bertindak menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam ekonomi untuk memanfaatkan sumber-sumber yang ada dengan menceburi perusahan kecil dan sederhana sebagai inisitiaf yang mana bukan saja menampung kos sara hidup malah untuk meningkatkan taraf hidup.

Memandangkan Kota Belud sebagai kawasan jelapang padi, maka bukan saja kilang-kilang padi yang boleh didirikan malahan daerah ini berkeupayaan menjadi pengeluar tepung beras mahupun pulut yang biasanya kita import dari luar negara khasnya Thailand. Selain itu, ubi manis dan ikan keli yang banyak terdapat di daerah ini boleh dikomersialkan menjadi keropok dan sebagainya. Dalam bidang kraftangan seperti tikar pandan yang menjadi seni warisan kaum Iranun juga berpotensi diketengahkan untuk dikomersialkan sebagai produk pelancongan manakala kelapa yang banyak boleh diproses menjadi minyak masak yang mana juga boleh lagi dipertingkatkan nilai tambahnya untuk dijadikan sabun. Ini semua akan mewujudkan nilai tambah dalam ekonomi dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada produk-produk luar seperti tepung beras, minyak masak, sabun dan keropok, disamping menambahkan lagi peluang-peluang pekerjaan di Daerah Kota Belud. Pemuda pemudi tidak perlu lagi berhijrah ke Kota Kinabalu atau bandar sekitarnya mahupun semenanjung Malaysia untuk mencari peluang-peluang pekerjaan kerana sebab-sebab yang akan mengingatkan saya, akan tajuk sebuah lagu “semuanya ada di sini” namun saya tidak berapa ingat siapa penyanyinya.

Mungkin ada pihak yang akan memandang sinis prospek ini, namun bagi saya inilah antara potensi ekonomi yang belum diterokai di Daerah Kota Belud. Walaupun daerah ini bukan kategori kawasan elit tetapi tidak ada salahnya menjadi warga minda kelas pertama dan dengan meminjam istilah glokal daripada YAB DSN maka, marilah bersama menjana warga Kota Belud, warga glokal. Perkataan “sebatang jarum pun terpaksa diimport dari luar negara” sepatutnya tidak lagi releven pada zaman ini. Sampai bilakah kita harus menjadi warga minda pengguna?

Pihak berkaitan perlu lebih proaktif dalam usaha menggalakkan penduduk menceburi bidang perusahan kecil dan sederhana, dengan memberikan insentif serta galakan kepada warga daerah ini. Contohnya dalam proses pemindahan teknologi dan pemasaran produk, disamping kemudahan modal pembiayaan dan juga lain-lain bentuk kemudahan yang difikirkan perlu ke arah lonjakan perusahan kecil dan sederhana. Dewasa ini banyak projek-projek kemudahan awam yang saya rasakan tidak begitu mendesak telah dibina, contohnya saya perhatikan dalam sebuah kampung kadang kala terdapat beberapa buah balai raya yang dibina dan kemudian terbiar begitu saja... terus terang saya katakan, saya bukan anti pembangunan tetapi alangkah baiknya jika sekiranya dana yang digunakan untuk membiayai pembinaan beberapa buah balai raya terbiar serta jambatan dalam hutan yang dibina dalam sebuah kampung itu, dialihkan untuk membiayai projek-projek berbentuk PKS yang mana boleh diuruskan oleh JKKK ataupun koperasi yang ditubuhkan oleh penduduk kampung. Saya fikir, ini lagi bermanfaat kepada penduduk kampung dan dalam teori ekonomi sendiri pun, seorang pelabur yang bijak, saya yakin akan memilih untuk bersetuju dengan kenyataan ini....fikir2 kanlah

4 comments:

Senjaliza said...

Koperasi Tenusu KB diberi subsidi bernilai RM1 Juta plus namun gagal. Mismanagment. Padi, tanpa subsidi sudah lama gagal dan terhenti. Bermakna padi tidak komersil dan tiada nilai pelaburan yang berdayasaing. Professor Di Raja Ungku Aziz juga kata demikian juga. Jumlah subsidi padi ratusan juta hasil padi hanya puluhan juta. So cari yg lebih komersil seperti ternakan dan tanaman yang bernilai komersil seperti kacang tanah, pisang berangan, lada dan sayuran. Padi KB hanya dua kali setahun bukan 4 kali. Kadang hanya semusim.

BATU GADUNG said...

Satu-satunya orang yang tidak pernah gagal adalah orang yang tidak berbuat apa-apa. Janganlah takut kepada kegagalan dengan syarat anda tidak mengulangi kesilapan yang sama...kalau Thai boleh komersialkan padi kenapa kita tidak?... henry ford, dalam sejarahnya hidupnya mencipta kereta, pernah menemui beberapa kali kegagalan, dan pernah dipanggil orang gila tetapi telah membuktikan bahawa semangat serta keinganannya yang kuat, telah mengatasi segala2nya...masalah pengeluaran padi boleh di atasi yang penting kena formulanya, kaedah penanaman padi serta sistem pengairannya harus dimodenkan yang menggunakan aplikasikan teknologi seperti yang digunapakai di Jepun

SI RENGIT said...

itulah masalah orang Iranun, suka sangat mendengar kata orang. Belum cuba belum tahu, kita sewajarnya ada daya saing. Masalah juga terhadap pemimpin yang pentingkan diri sendiri, JKKK tahu mahu untung sahaja. Pada hemah saya kalau nak majun kita kena ubah sistem pengurusan, kita ganti sahaja mana-mana ketua kg atau jkkk yang tidak dapat memberikan sumbangkan terhadap pembangunan kgnya. Saya amat bersetuju andai kaum Iranun memilih lepasan graduan sebagai ketua kg atau jkkk seperti mana yang berlaku di semenanjung. Peringatan kepada para siswazah, tak perlu malu atau seganlah mejawat jawatan ini kerana kaedah ini merupakan salah satu cara untuk memberikan sumbangan sumbangan kepada kg atau Masyarakat kita.......teruskan usaha saudara...

Ajin b. Gagah said...

Salam Sdra Batu Gadung,
Salam lanjutan juga untuk Tompinai SenjaLiza dan Sdra SI RINGGIT.

Artikel yang baik, penulisan yang bermutu tinggi. Dihiasi dengan cadangan-cadangan pembangunan yang agak 'ambitious', namun rasional.

Seakan saperti nostalgia yang mengingatkan kembali kepada satu program yang pernah saya impikan di daerah saudara pada suatu ketika dehulu.

Program yang saya maksudkan ada lah berjodol" Missi dan Visi Daerah Kota Belud ke arah 2020". Satelah itu, di kemas kini menjadi " Pembangunan Koridor Utara kearah 2020"; satelah mengambil kira pandangan beberapa orang pemimpin tempatan pada zaman itu.

Cuma beza diantara cadangan kita ia lah dari pendekatan strategi. Sdra lebih banyak menekan kan jenis-jenis pembangunan yang sesuai di ketengahkan di daerah KB.

Manakala analisis saya lebih memikirkan bentuk 'transportation networking' yang sesuai untuk mengajakkanan 'Pembangunan Bersepadu' di seluruh daerah Kota Belud. Off course, saya telah cadangkan juga lokasi dan jenis-jenis pembangunan yang sesuai saperti, perladangan, pertanian, perikanan, pusat perlancungan, pusat pengajian tinggi, pekan-pekan baru dan sebagai nya.

Selanjut nya, strategi cadangan pembinaan beberapa buah jajaran jalan ada lah saperti berikut;

i) Pembinaan jalan bertaraf 'highway, bermula dari kawasan pesisiran pantai di kawasan yang bersempadan dengan daerah Kudat menuju ke Kg Mandawang- Kg Mantanau-Sorob-Kebayau dan berakhir di Kiau.

ii)Program taraf jalan-jalan luar bandar, bermula dari Kg Nanamun ke Kg Jawi-Jawi -Sangkir dan saterus nya menuju ke kawasan yang terletak di sempadan Tempasuk-Kota Marudu dan Ranau.

iii) Program cadangan jalan bertaraf 'highway' menuju ke selatan melalui pesisiran pantai. Bermula dari kawasan di sempadan Kudat merintasi kawasan yang saya label kan sebagai kawasan Warisan Iranun ( ia itu, Kg Rampayan Ulu dan Laut, Tamau, Pantai Mas), Kelambai, Peturu, Ambong dan berakhir di Kg Lok Nunuk di kawasan Tuaran

Semasa saya memberi taklimat mengenai program tersebut, banyak juga yang merasakan ia nya perancangan gila, Rhetoric dan tidak masuk akal.

Namun ada juga yang memahami tujuan perancangan tersebut. Terutama sekali pemimpin-pemimpin tempatan ketika itu. Termasuk Tan Sri Pandikar Amin, selaku ADUN Tempasuk, masa itu.

Saya jelaskan pada mereka bahawa apa yang saya ilhamkan, ada lah cuma 'Master Blue Print'. Tidak semesti nya di laksanakan serentak.Ia nya akan di bina melalui kaedah 'phasa'. Selaras dengan prioriti dan kemampuan Peruntukan.

Saya jelaskan bahawa kalau jalan dari Kedah menuju ke Kelantan, Kelantan ke Johor dsn boleh di laksanakan, kenapa pula disini tidak.
Lagi pun saya terangkan juga bahawa semua ini, ada lah setakat wawasan atau visi.
'Nothing to lose', kata saya.

However, semua visi tersebut kini hanya tinggal kenangan, setelah perubahan kuasa politik berlaku dengan drastiknya. Dimana Datuk Salleh dan TS Pandikar hilang kuasa sebagai Menteri.

So, sdra, jangan lah risau sangat sama ada perancangan dan cadangan sdra itu menjadi realiti. Yang penting sekurang-kurang nya sdra berani mencuba dan menyuarakan nya. Orang pernah kata " kalau bukan kita siapa lagi?"

Dengan harapan, teruskan menulis dan merancang.