Monday, June 29, 2009

1Malaysia Dari Sudut Pandang Roslan Hj Manshor.

Photo dari: www.depu-depu.blogspot.com

Setelah membaca blog saudara depu-depu khasnya artikel “IRANUN:Pelapis Kepimpinan” saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit pandangan sebagai respon terhadap kenyataan tersebut. Sebetulnya beberapa hari yang lepas, saya berkesempatan duduk semeja dengan Encik Roslan Hj Manshor AJK Bahagian merangkap Pengeusi Biro Pendidikan UMNO Kota Belud. Dalam kesempatan tersebut saya menggunakan peluang yang ada untuk menduga beliau berkaitan isu-isu semasa khasnya slogan 1Malaysia. Saya sengaja melakukan sedikit provokasi terhadap beliau memandangkan dewasa ini acap kali kedengaran nama beliau disebut-sebut individu yang punya karisma sebagai pemimpin yang diramalkan sebagai pemimpin pelapis di Daerah Kota Belud...... “Apakah pandangan saudara dengan kenyataan 1Malaysia merupakan konsep yang ditiru dari pembangkang khasnya DAP “Malaysian Malaysia dan jika tidak sama dengan konsep Malaysian Malaysia lalu apakah ini konsep yang cuba menidakkan hak-hak bumiputera?”.


Namun En. Roslan mengatakan tidaklah begitu kerana 1Malaysia yang dilaungkan oleh YAB DSN bermaksud adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, yang mana perlu menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu pendekatan yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.


Beliau memanjangkan hujah bahawa bahaya politik perkauman serta fahaman pelampau politik tiada tempat di Malaysia. Ramai yang bersetuju dengan beliau. Dan dalam sebuah negara berbilang kaum, aneka kebudayaan dan pelbagai agama, kata beliau “percantuman kaum, kebudayaan, ekonomi dan politik adalah sumber nadi Malaysia, dan tanpanya kita akan musnah...kita tidak boleh maju jika antara satu kaum dengan yang lain terdapat persaingan dan ketegangan. Kita memerlukan keamanan yang bijak dan sikap saling menerima dan mengerti”.


Saya bersetuju sepenuhnya dengan beliau. Beliau menyebut bahawa ada orang yang mengamalkan politik perkauman serta fanatik dan sosialis. Ini adalah impian orang-orang liar dan tidak akan tercapai di sini.


Negara kita lahir ke dunia dengan usaha kita bersama. Bersama-sama kita memelihara keamanan dan kemakmurannya. Setiap dari kita seharusnya mengamalkan budi bahasa budaya kita serta menyumbang buah fikiran untuk kebaikan negara kita.. ringkasnya, usah ditanya apa sumbangan negara kepada kita tetapi tanyalah kepada diri kita apa yang telah kita sumbangkan kepada negara!!!



14 comments:

DARI SABAH said...

Akum Saudara,

Sungguh hebat puji-pujian saudara terhadap Saudara Roslan, namun kalau memandang bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi

Buat pengetahuan saudara, Roslan merupakan saya sama- sama belajar di UM dulu. Saya akui beliau seorang yang tegas dan berwawasan.

Kunjungilah blog saya

musli oli said...

hati-hati ayat politik perkauman kerana UMNO itu parti perkauman Melayu. United Malay National Organisation..konsep 1Malaysia hanya konsep budaya. tidak kena mengena dengan definasi politik. mohon diperbetulkan konsepsi, jangan rakyat bawahan terkeliru. masalahnya kalau level pemimpin tidak faham semua akan celaru..lihat artikel "konsep negara bangsa. Apa itu 1Malaysia" saya tulis 5 minggu lepas. terima kasih.

DEPU-DEPU said...

Salam Bt.gadung...

Mungkin apa yg dikatakan oleh Sdr Musli itu lebih bersifat "budaya bangsa" dan bukannya "negara bangsa" kerana mana mungkin 'negara bangsa" wujud dgn tidak adanya politik...Asas kewujudan 'negara bangsa' sprti yg sdr Musli Katakan itu adalah kemantapan,kestabilan politik...kerana politik itu berkait benar dgn pemimpin.Kalau 1 Malaysia itu hanya budaya semata-mata.dan tidak meibatkan politik..tidak mungkin ia menjadi landasan kepada pencapaian wawasan 2020..Mohon diajukan pertanyaan kpd sdr Musli...apakah 1 Malaysia itu hanya dri sudut budaya...??apakah 'perkongsian kuasa itu juga adalah 1 malaysia?...apakah politik perkauman itu membawa konsep 1Malaysia?..
Mungkin Sdr Musli terlupa..mengenai tulisannya dlm bukunya yg turut mempertikaikan istilah melayu itu yg hanya dikaitkan dgn budaya semata-mata.Saya perturunkan ayatnya kalau sdr Musli lupa...

" Sehingga hari ini saya beranggapan masih ramai orang melayu di Semenanjung yg menganggap bahawa melayu itu hanya wujud di Tanah Melayu sahaja.Ini mungkin kerana berpandukan kepada definisi melayu dlm perlembangaan Persekutuan,sedangkan definisi itu sebenarnya lebih merupakan definisi kebudayaan dan tidak menyeluruh" (Dilema Melayu Sabah:m/s;62;1997)

musli oli said...

sudah jadi polemik ruangan ini antara saya dengan depu-depu. tkasih kerana merujuk buku Delima Melayu Sabah. Ada baca buku terbaru KONSPIRASI POLITIK MELAYU? konsep "negara bangsa" ialah mengasing antara konsep negara (state) dan bangsa (nations). Negara ada sempadan geografi, ada kerajaan, ada perlembagaan, ada peraturan. tetapi nations atau bangsa ialah rakyatnya..disinilah timbulnya definasi budaya bangsa itu. siapa dia bangsa Malaysia? Ada bangsa seperti Kurdish tetapi tiada negara. hanya jadi pelarian disempadan Iran, Iraq dan Turki. Bangsa Tamil di Sri Lanka yang menuntut pemisahan dari Sri Lanka (LTTE) tapi mereka tiada negara. Malaysia ada negara tetapi tiada bangsa Malaysia. Itulah sebenarnya matlamat konsep 1Malaysia, mengujudkan sebuah bangsa Malaysia. ianya semata-mata definasi budaya. bukan politik. bagaimana rupa bentuk bangsa Malaysia itu selepas lebih 52 tahun merdeka? Ini lebih kepada soal perpaduan dan muhibbah bukan soal politik. Mohon di kaji lagi dengan mendalam konsep negara bangsa. terima kasih sdra Batu Gadung dan Depu-Depu.

DEPU-DEPU said...

Salam Bt.gadung dan Sdr Musli..

Saya tidak lihat komen sdr itu satu polemik.Cuma saya beranggapan bhw..1Malaysia tidak hanya dilihat dari dua perkataan 'negara' dan 'bangsa' yg kemudiannya didefinsikan oleh Sdr Musli secara teori.Bagaimanakah dgn praktikal nya?..memang saya akui bhwa negara kita tidak punya negara bangsa bukan spti Indo yg ada bangsa Indo..Tapi komen sdr yg tidk mengaitkan konsep 1 Malysia dgn politik...agak terlalu sempit pd perkiraan saya...kerana biarpun definisi itu lebih kp konsep budaya..tapi matlamat terakhir 1Malaysia itu ialah kewujudan bangsa malaysia ug mendokong prinsip bernegara...Apakah ini tidak kaitan dgn politiki..lihat komen sdr:
"konsep 1Malaysia hanya konsep budaya. tidak kena mengena dengan definasi politik."
Pertikaian kita ialah kpd kenyataan ini..tidk kena mengena dgn definisi politik....
Saya turut membaca catatn sdr tentang 1Malaysia..dan sprti awal2 saya katakan konsep 1Malaysia yg sdr katakan hanya dlm ruang lingkup 'definisi' itu, sedangkan matlamat akhir kp 1 Malaysia itu tidk dikaitkan dgn kestabilan dlm bernegara...Apakah masalah utama dlm merealisasikan 1Malaysia? jawapannya ialah perpaduan...Bagaimana perpaduan dpt diwujudkan? Antaranya ialah kestabilan dan kematangan berpolitik...
Saya beranggapan konsep 1Malysia tidk hanya dilihat dri sudut budaya..tetapi lebih menyeluruh...

Salam Sr Musli...Terima kasih

paikankb said...

salam,
nampaknya buku bertemu dengan ruas....namun itulah yang terbaik untuk kita bertukar-tukar pendapat...tahniah kepada saudara batugadung, musli dan depu-depu. Andai ada kesilapan akui dengan bangga k...baiki dengan cepat baru kita ada kematangan dalam sesuatu perbincangan....

SI RENGIT said...

salam,
inilah masalah saudara musli, menulis tapi tak fikir. saudara depu-depu ckp lain ko ckp lain. akhirnya taik kena di muka sendiri...

fikirenn...amun begi...masala amun kite fikiren kite to bijak bana...

BATU GADUNG said...

Terima kasih keapada saudara Musli, Depu-depu, paikankb dan Si Rengit atas komen saudara2....

Oleh kerana artikel ini menimbulkan pelbagai reaksi sama ada pro mahupun kontra maka saya mohon saudara2 meneliti artikel "Lanjutan Dari Artikel: 1Malaysia Dari Sudut Pandang Roslan Hj Manshor" yang bertarikh 1 Julai 2009, TQ

musli oli said...

salam sirengit. komen sdra tentang saya tidak adil. dalam politik apa yang tersirat tidak dijelaskan secara tersurat. maknanya pandangan saya dengan depu-depu tidak berbbeza. saya katakan definasi 1Malaysia dari sudut budaya namun matlamatnya memang politik. bezanya hanya depu-depu short cut saja kepada maksud politik. itu saja bezanya. tiada yang kena hidun sendiri. saya menulis membuat banyak rujukan. konsep negara bangsa adalah dalam buku "5 men & ideas- Building National identity" oleh Hng Hung Yong terbitan Asian Strategy & Leadership Instite. Ianya inntipati daripada pemikiran 5 Perdana Menteri bermula daripada Tunku hingga kepada Tun Abdullah. Maka itu timbul istilah konsep 1Malaysia. Memang matlamat akhirnya memperkukuhkan kedudukan politik BN. Tetapi itu yang tersirat tetapi dasar yang tersurat ialah dasar budaya bukan politik. jika politik tentu penerimaan rakyat yang menyokong parti-parti pembangkang akan menolak konsep itu. Mohon sirengit jangan terus membuat kesimpulan yang terlalu cetek terhadap kemampuan seseorang. jika sirengit ingin mendalami politik baca buku "The Asians Warlords", bukan sekadar politik tempatan. salam.

musli oli said...

pembacaan yang luas dan penulisan yang tidak disulami emosi adalah sebaik-baiknya seperti sudara Depu-Depu yang tidak komen kemampuan seseorang. sabjek politik adalah sains sosial bukan sains tulin seperti matematik yang jawapan 2 campur 2 mesti empat, H20 jadi air dsb. Sains politik seperti sains sosial yang lain tiada jawapan yg pasti bergantung kepada pendapat dan hujah yang diberikan. sungguhpun saya bukan sarjana politik tetapi dalam ilmu ekonomi yang saya belajar 25 tahun dulu juga sains sosial yang sentiasa berubah-ubah. mohon dikaji. terima kasih

SI RENGIT said...

salam,

itulah masalah saudara musli, cakap tidak serupa bikin... pada pendapat saya saudara sebenarnya ingin membela nasib sendiri. namun tahniah sebab buat banyak rujukan. Cuma pada sya tolong berpegang pada kata-kata kita, jadilah manusia yang bertanggungjawab pada perbuatan dan perkataan kita. Setiap manusia punyai cara yang berbeza, yang paling susuah apabila manusia itu suka meletakkan kesalahan di bahu orang lain. amat Dhaif lah pemimpin seperti itu. Pada saya sikap berterus terang labih baik daripada bermuka-muka.

Apapun saudara musli ini orangnya berpendidikan jadi saya yakin saudara sedar dan faham tujuan saya memberi komen... segala teguran saudara amat saya hargai, cuma kadang-kadang kita mungkin terlupa bahawa kita berbangga dengan sekelumit rujukkan yang kita buat dan yakin bahawa kita da hebat. teruskan membuat rujukan terutama berbentuk Islamiah...thanks saudara..

musli oli said...

sampai petang ni saya masih tidak faham apakah maksud si rengit guna ayat "saya cakap tidak serupa bikin"?. Pertama dia kata taik jatuh ke hidung saya. Sekarang ayat di atas? saya lihat cara serangan si rengit terlalu peribadi. Saya akui walaupun telah menulis lebih 20 tahun dan menghasilkan 8 buah buku politik, saya masih bodoh dalam penulisan, tapi apakah adilkah katakan saya cakap tidak serupa bikin? saya bukan pemimpin dan tidak pernah jadi pegawai kepada pemimpin perlu buat apa-apa kepada rakyat? Apakah ada hutang atau apa-apa yang belum ditunai kepada Si rengit kerana serangan peribadinya keatas saya?. Mohon hubung saya 0168050550 jika ada yang saya hutang.

BATU GADUNG said...

Salam saudara2 bloger, sempena hari yang mulia, hari jumaat yang merupakan penghulu bagi segala hari, marilah bersama2 berlapang dada...bermaaf-maafan, TQ

SI RENGIT said...

Salam adik ku musli,

Saya agak terharu dengan kenyataan adiku musli. Terlalu sakit hatinya terhadap komen saya, namun sebagai orang lama saya mohon maaf andai segala komen saya terhadap adiku musli terlalu melukai hatimu.. Percayalah cermin adiku musli adalah kawan dan lawan dalam meneruskan kehiudpan ini. Terlalu emosional akan menyebabkan benda yang boleh diselesaikan akhirnya menjadi "Gunung Berapi" yang akan meletup memamah bukan sahaja orang lain bahkan diri kita sendiri.

Baik buruk sesuatu komen itu, kita kena menerimanya sekalipun ia amat pahit.... Terus terang adikku musli, saya amat mengenali mu.....Saya adalah kawan anda yang amat rapat...Tunggu sahaja saya akan menyapa anda di belakang....

Jangan emosinal k...soal hutang or masalah saya akui dengan ikhlas KITA LANGSUNG TIDAK ADA MASALAH.

Dong ko begi kawan...