Majlis memperkenalkan calon Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada para perwakilan Negeri Sembilan di Seremban Khamis malam melakarkan suasana yang cukup menarik.Ia dilihat sekaligus meredakan ‘ketegangan’ ekoran daripada keputusan Lembaga Disiplin Selasa melarang Datuk Seri Mohd Ali Rustam daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden.Ini berikutan berlegarnya berbagai spekulasi termasuk ada yang bimbang berlaku krisis dalam parti kerana tindakan itu.Tanpa diduga Ketua Menteri Melaka itu muncul pada jam 9.05 malam iaitu 25 minit sebelum majlis berkenaan berlangsung di dewan sebuah hotel di bandar itu.Melihat kehadirannya itu para ahli UMNO yang berada sekitar lobi hotel berkenaan spontan memberi tepukan gemuruh.Beliau kemudian berjalan beriringan dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang tiba beberapa minit lebih awal.Mereka sama-sama masuk ke dewan makan dan duduk di meja bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sampai lebih awal.