Sunday, June 28, 2009

Asal-usul nama Kampung Tamau

Asal-usul nama pada sesuatu tempat boleh muncul bergantung pada beberapa sebab atau situasi. Ada tempat mendapat namanya dari nama haiwan, ada juga berpunca dari nama tumbuhan, peristiwa-peristiwa, keadaan tertentu dan tak kurang yang mendapat nama sempena nama tokoh tempatan.













Perkataan Tamau pada dasarnya berasal dari sebuah tasik yang terdapat berdekatan di antara Kg. Tamau, Kg. Lilud dan Kg. Merabau. Tasik bermaksud tamau dalam bahasa Iranun menurut orang-orang tua (orang lama) di Kg. Tamau. Kewujudan tamau (tasik) yang dimaksudkan masih lagi dapat diperhatikan sehingga sekarang namun keadaannya tidak seperti dulu yang mana kini boleh diibaratkan sebagai tasik mati.

No comments: