Friday, June 26, 2009

Pemprosesan Data Dalam Komputer














Bagaimana maklumat diproses dalam operasi pemprosesan maklumat dalam sesebuah komputer? Tugas pemprosesan dilaksanakan oleh satu peranti berlitar yang dikenali sebagai mikropemprosesan. Peranti mikropemproses ini terletak di dalam badan komputer mikro dinamakan unit pemprosesan pusat (CPU). CPU melaksanakan tugas bersama-sama ingatan utama komputer.

CPU akan bertindak untuk melaksanakan arahan software bagi menjalankan operasi manipulasi data kepada maklumat. Unit pemprosesan ini mengandungi dua bahagian iaitu unit kawalan dan unit aritmetik ataupun logik. Kedua-dua komponen tersebut dihubungkan oleh satu jenis lintasan elektronik yang dinamakan bus seperti dalam rajah di atas.

Peranan unit kawalan ialah memberitahu keseluruhan sistem komputer bagaimana melaksanakan arahan programming. Ia mengawal pergerakan isyarat elektronik di antara ingatan utama dan unit aritmetik atau logik selain turut mengawal isyarat elektronik yang melalui ingatan utama dan peranti input dan output.

Unit aritmetik dan logik pula melaksanakan operasi aritmetik dan logik serta mengawal kepantasan operasi tersebut. Dalam operasi aritmetik, operasi asas matematik yang merangkumi penambahan, penolakan, pendaraban dan bahagi dilakukan. Sementara opersi logik adalah aktiviti perbandingan. Di sini, unit aritmetik/ logik membandingkan dua cebisan data, sama asa satu daripadanya sama dengan (=), atau lebih besar (>), atau lebih kecil (<) daripada yang satu lagi.

Bersambung....Edisi seterusnya.

No comments: