Monday, June 29, 2009

1Malaysia Dari Sudut Pandang Roslan Hj Manshor.

Photo dari: www.depu-depu.blogspot.com

Setelah membaca blog saudara depu-depu khasnya artikel “IRANUN:Pelapis Kepimpinan” saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit pandangan sebagai respon terhadap kenyataan tersebut. Sebetulnya beberapa hari yang lepas, saya berkesempatan duduk semeja dengan Encik Roslan Hj Manshor AJK Bahagian merangkap Pengeusi Biro Pendidikan UMNO Kota Belud. Dalam kesempatan tersebut saya menggunakan peluang yang ada untuk menduga beliau berkaitan isu-isu semasa khasnya slogan 1Malaysia. Saya sengaja melakukan sedikit provokasi terhadap beliau memandangkan dewasa ini acap kali kedengaran nama beliau disebut-sebut individu yang punya karisma sebagai pemimpin yang diramalkan sebagai pemimpin pelapis di Daerah Kota Belud...... “Apakah pandangan saudara dengan kenyataan 1Malaysia merupakan konsep yang ditiru dari pembangkang khasnya DAP “Malaysian Malaysia dan jika tidak sama dengan konsep Malaysian Malaysia lalu apakah ini konsep yang cuba menidakkan hak-hak bumiputera?”.


Namun En. Roslan mengatakan tidaklah begitu kerana 1Malaysia yang dilaungkan oleh YAB DSN bermaksud adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, yang mana perlu menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu pendekatan yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.


Beliau memanjangkan hujah bahawa bahaya politik perkauman serta fahaman pelampau politik tiada tempat di Malaysia. Ramai yang bersetuju dengan beliau. Dan dalam sebuah negara berbilang kaum, aneka kebudayaan dan pelbagai agama, kata beliau “percantuman kaum, kebudayaan, ekonomi dan politik adalah sumber nadi Malaysia, dan tanpanya kita akan musnah...kita tidak boleh maju jika antara satu kaum dengan yang lain terdapat persaingan dan ketegangan. Kita memerlukan keamanan yang bijak dan sikap saling menerima dan mengerti”.


Saya bersetuju sepenuhnya dengan beliau. Beliau menyebut bahawa ada orang yang mengamalkan politik perkauman serta fanatik dan sosialis. Ini adalah impian orang-orang liar dan tidak akan tercapai di sini.


Negara kita lahir ke dunia dengan usaha kita bersama. Bersama-sama kita memelihara keamanan dan kemakmurannya. Setiap dari kita seharusnya mengamalkan budi bahasa budaya kita serta menyumbang buah fikiran untuk kebaikan negara kita.. ringkasnya, usah ditanya apa sumbangan negara kepada kita tetapi tanyalah kepada diri kita apa yang telah kita sumbangkan kepada negara!!!



Sunday, June 28, 2009

Proton Rugi USD5.78 Juta Ekoran Projek Usahasama Dengan Goldstar Gagal


KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kegagalan projek usaha sama Proton Holdings Berhad (Proton) dengan Goldstar Heavy Industrial Co. Ltd (Goldstar), Dongguan, China, mengakibatkan Proton kerugian kira-kira AS$5.78 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerugian itu juga merangkumi modal pusingan dalam syarikat usaha sama berkenaan.

"Kontrak usaha sama tersebut dengan jelas memperuntukkan bahawa semua pertikaian haruslah dirujuk kepada timbang tara. Oleh itu, selaras dengan Perjanjian Timbang Tara bertarikh 6 Julai 2007, Proton Automobiles (China) Ltd (PAC) telah memulakan prosiding timbang tara terhadap Goldstar di Singapura," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

Lim bertanyakan mengapa projek usaha sama Proton dengan Goldstar di Dongguan, China gagal, dan nilai kerugian yang dialami Proton serta kemungkinan Proton boleh menang dalam kes tindakan undang-undang yang diambil oleh Goldstar di Singapura.

Najib berkata pada amnya, Proton mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya dalam prosiding timbang tara tersebut kerana tindakan Glodstar memulakan prosiding mahkamah di Mahkamah Rakyat di Dongguan City, jelas bertentangan dengan perjanjian.

"Ia merupakan pelanggaran langsung peruntukan dalam Perjanjian Timbang Tara serta injunksi antisaman yang diperoleh oleh PAC di Mahkamah Tinggi, Singapura," katanya.

Projek usaha sama itu buntu ekoran kegagalan Goldstar memenuhi obligasi kontrak bagi memulakan aktiviti perniagaan dalam tempoh yang ditetapkan, serta kegagalan memperoleh kelulusan daripada kerajaan China untuk membolehkan syarikat usaha sama mengeluarkan kenderaan penumpang di negara tersebut.

Sumber : Bernama

Asal-usul nama Kampung Tamau

Asal-usul nama pada sesuatu tempat boleh muncul bergantung pada beberapa sebab atau situasi. Ada tempat mendapat namanya dari nama haiwan, ada juga berpunca dari nama tumbuhan, peristiwa-peristiwa, keadaan tertentu dan tak kurang yang mendapat nama sempena nama tokoh tempatan.













Perkataan Tamau pada dasarnya berasal dari sebuah tasik yang terdapat berdekatan di antara Kg. Tamau, Kg. Lilud dan Kg. Merabau. Tasik bermaksud tamau dalam bahasa Iranun menurut orang-orang tua (orang lama) di Kg. Tamau. Kewujudan tamau (tasik) yang dimaksudkan masih lagi dapat diperhatikan sehingga sekarang namun keadaannya tidak seperti dulu yang mana kini boleh diibaratkan sebagai tasik mati.

THE TWENTY POINTS


The 20-point agreement, or the 20-point memorandum, is an agreement made between the state of Sabah (then North Borneo) with what would be the federal government of Malaysia prior to the formation of Malaysia in September 16, 1963.[1] A similar agreement was made between the state of Sarawak and the federal government but with certain differences in their 18-point agreement.


History

The agreement was written for the main purpose of safeguarding the interests, rights, and the autonomy of the people of Sabah upon the formation of the federation of Malaysia. It was originally envisaged that Sabah be one of the four entities in the federation, the others being Malaya, Singapore, and Sarawak. However as times passed, Sabah and Sarawak has ended up being merely one of the 13 states in the federation.


The position today

There has been numerous calls for the agreement to be reviewed to take into account social, economic, and political changes over time.[2]

The memorandum submitted by the five political parties to the Inter-Government Committee was of crucial importance. The various points (later known as the 20 points safeguards) represented the areas the various leaders considered most crucial to Sabah and its people. For this reason, the full text of the 20 point memorandum is given below:

  1. Religion

While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo.

  1. Language

(a) Malay should be the national language of the Federation.

(b) English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day.

(c) English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time.

  1. Constitution

Whilst accepting that the present Constitution of the Federation of Malaya should form the basis of the constitution of Malaysia, the Constitution of Malaysia should be a completely new document drafted and agreed in the light of a free association of states and should not be series of amendments to a Constitution drafted and agreed by different states in totally different circumstances. A new Constitution for North Borneo (Sabah) was of course essential.

  1. Head of the Federation

The Head of State in North Borneo should not be eligible for election as Head of the Federation.

  1. Name of Federation

Malaysia” but not “Melayu Raya”.

  1. Immigration

Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.

  1. Right of Secession

There should be no right to secede from the Federation.

  1. Borneanisation

Borneanisation of the public service should proceed as quickly as possible.

  1. British Officers

Every effort should be made to encourage British officers to remain in the public service until their places can be taken by suitably qualified people from North Borneo.

  1. Citizenship

The recommendations in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commissions should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:

(a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence;

(b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii) (a) should read “7 out of 10 years” instead of “ 8 out of the 12 years”;

(c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen.

  1. Tariffs and Finance

North Borneo should retain control of its own finance, development and tariffs, and should have the right to work up its own taxation and to raise loans on its own credit.

  1. Special Position of Indigenous Races

In principle, the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malays’ formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo.

  1. State Government

(a) The Prime Minister should be elected by unofficial members of Legislative Council.

(b) There should be a proper Ministerial system in North Borneo.

  1. Transitional Period

This should be seven years and during such period legislative power must be left with the State of North Borneo by the Constitution and not be merely delegated to the State Government by the Federal Government.

  1. Education

The existing educational system of North Borneo should be maintained and for this reasons it should be under state control.

  1. Constitution Safeguards

No amendment modifications or withdrawal of any special safeguards granted to North Borneo should be made by the Central Government without the positive concurrence of the Government of the State of North Borneo.

The power of amending the Constitution of the State of North Borneo should belong exclusively to the people in the state. (Note: The United Party, the Democratic Party and the Pasok Momogon Party considered that three-fourth majority would be required in order to effect any amendment to the Federal and the State Constitution whereas the UNKO and the USNO considered a two-thirds majority would be sufficient.)

  1. Representation in Federal Parliament

This should take account not only of the population of North Borneo but also of its size and potentialities and in any case should not be less than that of Singapore.

  1. Name of Head of State

Yang di-Pertua Negeri

  1. Name of State

Sabah

  1. Land, Forest, Local Government, etc.

This provision in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the national Council for Local Government should not apply in North Borneo.

Notes:

  1. "No need to review 20-Point", Daily Express News. December 22, 2004.
  2. "Sabah, S'wak urged to review agreements", Daily Express News. December 21, 2004

Reference:

1. G. Kittingan, Jeffrey and J. Ongkili, Maximus. 1989. Sabah 25 YEARS LATER (1963- 1988) IDS Sabah.

2. http://en.wikipedia.org/wiki/20-point_agreement_(Sabah)

Friday, June 26, 2009

Pemprosesan Data Dalam Komputer














Bagaimana maklumat diproses dalam operasi pemprosesan maklumat dalam sesebuah komputer? Tugas pemprosesan dilaksanakan oleh satu peranti berlitar yang dikenali sebagai mikropemprosesan. Peranti mikropemproses ini terletak di dalam badan komputer mikro dinamakan unit pemprosesan pusat (CPU). CPU melaksanakan tugas bersama-sama ingatan utama komputer.

CPU akan bertindak untuk melaksanakan arahan software bagi menjalankan operasi manipulasi data kepada maklumat. Unit pemprosesan ini mengandungi dua bahagian iaitu unit kawalan dan unit aritmetik ataupun logik. Kedua-dua komponen tersebut dihubungkan oleh satu jenis lintasan elektronik yang dinamakan bus seperti dalam rajah di atas.

Peranan unit kawalan ialah memberitahu keseluruhan sistem komputer bagaimana melaksanakan arahan programming. Ia mengawal pergerakan isyarat elektronik di antara ingatan utama dan unit aritmetik atau logik selain turut mengawal isyarat elektronik yang melalui ingatan utama dan peranti input dan output.

Unit aritmetik dan logik pula melaksanakan operasi aritmetik dan logik serta mengawal kepantasan operasi tersebut. Dalam operasi aritmetik, operasi asas matematik yang merangkumi penambahan, penolakan, pendaraban dan bahagi dilakukan. Sementara opersi logik adalah aktiviti perbandingan. Di sini, unit aritmetik/ logik membandingkan dua cebisan data, sama asa satu daripadanya sama dengan (=), atau lebih besar (>), atau lebih kecil (<) daripada yang satu lagi.

Bersambung....Edisi seterusnya.

Wednesday, June 24, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.


Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar... Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia itu sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran...


Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda, tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.


Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya, perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa berasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.


Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama, saya dapat perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.


Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genetik dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian...Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!


Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, getaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.


Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini para pelajar ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering dan idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun pengajian di universiti, para penuntut bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan mereka hanya akan lulus jika kumpulan mereka (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat. Itulah kenyataannya, dengan rangkaian di seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia. Siapakah yang mencipta design Levis yg terkini...Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini berguna kerana dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat saja orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah)...Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!


Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan mereka untuk memastikan yangg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman?di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti?perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah! makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Merokok menjanjikan generasi yang lembab dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan dari segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!


Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi lembab, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok. Dan harga rokok cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya... Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang, berapa banyak kah universiti terdapat disana?. Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi... Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri....

Dipetik dari tesis Dr. Stephen Carr Leon



Tuesday, June 23, 2009

Ntah apa-apa

Bila sauh dilabuhkan......


Kau...kamu...dan...dia...
Seperti kapal berkolek
Dihembus bayu
Tanpa layar sejahtera

Tanpa nakhoda pasti

Goblok!

Berpusing-pusing di tengah lautan
Tiada arah
Tiada tuju

Tiada Haluan


Oh!!!
Ke mana ingin kau labuhkan
sauh perjuangan mu itu?

Ibrahim: Pergi jalanlah DAP


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoalkan tindakan seorang pemimpin DAP yang mahu pertubuhan itu diharamkan atas alasan perjuangannya menakutkan orang bukan Melayu.

"Siapa DAP yang mahu Perkasa diharamkan, mereka ingat mereka siapa," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali kepada Malaysiakini melalui satu mesej SMS semalam.

"Perkasa tidak pernah melanggar apa jua undang-undang, tidak seperti pertubuhan-pertubuhan lain."

Anggota bebas di Dewan Rakyat itu diminta mengulas kenyataan ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, seorang daripada lima pemimpin Hindraf yang dibebaskan daripada tahanan ISA baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan semalam, wakil rakyat DAP itu berkata, kerajaan harus mengharamkan pertubuhan itu kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu.

Sehubungan itu, Manoharan bertanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak - yang mengadakan pertemuan dengan Perkasa, 12 Jun lalu - kini bersetuju bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Ibrahim menambah, Perkasa mendukung perlembagaan negara terutama Perkara 153 mengenai hak-hak istimewa orang Melayu.

"Pergi jalanlah dengan DAP, mereka ini tidak sedar di mana langit dijunjung dan di mana bumi dipijak," kata ahli parlimen Pasir Mas.

Dalam pertemuan tersebut, Ibrahim memberitahu media bahawa perdana menteri memberi jaminan bahawa konsep 1 Malaysia akan tetap memperkasa setiap perkara sama ada tersurat atau tersirat dalam perlembagaan

Ibrahim juga dilaporkan berkata jaminan oleh perdana menteri bersesuaian dengan kepentingan kerajaan untuk menjaga kepentingan kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

Konsep itu yang sedang dipromosi Najib juga, kata Ibrahim, tidak bersangkut-paut dengan gagasan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP selama ini.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/107023

Monday, June 22, 2009

Melihat dari bebola kristal....

Kerajaan Perpaduan

Mengimbas secara ringkas sejarah penubuhan UMNO dan PAS... UMNO secara rasminya telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Johor Bahru. Presiden yang pertama Dato’ Onn Jaafar, kemudiannya telah digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Perjuangan UMNO pada peringkat awal (1946-1948) adalah kepada memperjuangkan nasib bangsa Melayu dalam bidang sosialnya. Mengikut perlembagaan UMNO 1946, cogankata UMNO ialah “Hidup Melayu”. Manakala penubuhan PAS ada kaitan dengan Pertubuhan Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu dan Hizbul Muslimin (Persaudaraan Islam). Dalam satu masyuarat pada 24 November 1954 di Kepala Batas, Seberang Prai, ahli-ahli yang hadir telah bersetuju untuk mengubahkan nama organisasi tersebut kepada PAS. Haji Ahmad Fuad bin Hassan iaitu bekas ketua hal-ehwal agama Islam UMNO telah dipilih menjadi YDP yang pertama.


Cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam senario politik tanahair. Sememangnya keberangkalian cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang diusulkan oleh DS Presiden PAS di dalam perbahasan beliau di Dewan Rakyat, merupakan keberangkalian yang telah dijangkakan akan berlaku sebagai strategi survival politik. DS Presiden PAS mencadangkan kerajaan perpaduan sebagai salah satu cara untuk menjadikan PAS lebih dominan dalam Pakatan Rakyat. Ia memberi isyarat yang jelas kepada PKR dan DAP bahawa PAS adalah “political player” yang boleh mencorakkan politik tanahair ketika ini. Justeru itu, suara dan pandangan PAS seharusnya diberi perhatian oleh kepimpinan DAP dan PKR atau lebih jelas PAS mahu dianggap pihak yang mendominasi PR.


DSAI yang sebelum ini yang menganggap dirinya sebagai “playmaker” dalam PR, perlu lebih menghormati PAS dalam membuat sebarang keputusan politik dengan lebih bertoleransi contohnya dalam soal pengagihan kerusi dengan PAS iaitu memulangkan semula sebahagian kerusi yang dahulunya sebahagian adalah milik PAS, memandangkan sebahagian yang dimiliki oleh PKR kini, jentera pilihanrayanya adalah dari PAS. Manakala DAP pula perlu menghormati PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam, dengan tidak mencampuri sebarang urusan yang berkaitan Islam seperti dalam kes cadangan pengharaman Sister In Islam oleh PAS baru-baru ini.


Bagi pihak BN khasnya UMNO, cadangan penubuhan kerajaan perpaduan merupakan perkara yang ditungguh-tungguh bagi menyelsaikan kemelut politik, rentetan landskap politik selepas PRU-12, ibarat “orang mengantuk disorongkan bantal”. Di samping itu DSN Presiden UMNO sedar bahawa cadangan ini tepat pada masanya memandangkan krisis ekonomi global yang mana Malaysia tidak terkecuali menerima tempiasnya. DSN Presiden UMNO khuatir persengketaan politik yang sedang dialami sekarang ini, disebabkan persaingan yang begitu sengit di antara PR dan BN akan menyebabkan ketegangan semakin meruncing sehingga menjerumuskan negara ini ke dalam suatu suasana yang tidak terkawal. Politik perkauman berserta pendekatan politik PR yang agak keras yang gemarkan demonstrasi jalanan di samping sandiwara politik yang tidak berkesudahan akan menyebabkan pertelagahan yang tiada kesudahan sehingga masalah kegawatan ekonomi tidak terurus. Ini akan menyebabkan semua pihak, bukan sekadar parti-parti politik tetapi juga rakyat jelata mengalami kerugian yang amat besar seperti kata pepatah “gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah”.


Sejarah telah menceritakan segala-galanya, bagaimana keadaan persengkitaan para pemimpin Melayu telah memberi ruang kepada British untuk campur tangan di Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin Melayu ketika itu gemar meminta bantuan orang luar semata-mata kerana kuasa politik, kuasa memerintah. Contohnya, cuba kita imbas kembali Perjanjian Pangkor yang dimetarai pada 20 Januari 1874... atas sebab apa?, dalam perjanjian ini juga salah satu syarat utamanya ialah Perak terpaksa menerima Penasihat British (Residen) yang akan menasihati pemerintah Melayu dalam semua hal kecuali mengenai agama dan adat istiadat Melayu....Apakah kita sudah lupa J.W.W Birch dan tindak tanduknya? Walaupun situasi sekarang tidak boleh disamakan dengan apa yang berlaku pada zaman itu tetapi seharusnya sejarah mengajar kita sedikit-sebanyak ke arah kebijakan politik.


Pelbagai reaksi serta komen terhadap cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di mana ada yang menyokong dan tidak kurang pula yang membantah, mungkin disebabkan timbul prasangka yang mungkin hanya dapat dijelaskan melalui peribahasa ini “lautan dalam dapat diduga, hati manusia siapa tahu”. Namun nasihat saya kepada pihak yang membantah penubuhan kerajaan perpaduan... lupakanlah prasangka serta kepentingan politik demi kepentingan bangsa Melayu serta nasib dan masa depan bangsa Melayu. Kalau PAS boleh boleh duduk sekapal dengan PKR dan terutamanya DAP, kenapa dengan UMNO?... adakah PKR yang melaungkan liberalisme dan DAP yang jelas pendirian politiknya yang berfalsafahkan sosialisme itu lebih baik?... bahkan realitinya bersekongkol dengan DAP tidak keterlaluan diumpamakan seperti “mendukung biawak hidup”.


Walaubagaimanapun cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan perlu diperhalusi dan saya sifatkan sebagai cadangan yang ideal (win-win situation antara UMNO dengan PAS) memandangkan senario politik dewasa ini yang menuntut orang Melayu bersatu demi mengelakkan satu suasana persengketaan politik yang mampu memusnahkan segala apa yang telah bina selama ini, ibarat kata pepatah “buang yang keru ambil yang jernih”...barulah teguh peribadi.

Apa-apa pun “tinggalkan satu peluru!!!”