Wednesday, July 1, 2009

UMNO Bahagian Kota Belud: Tiada Pertandingan Wakil 7


Desas-desus kedengaran bahawa UMNO bahagian Kota Belud berkemungkinan tidak akan mengadakan sebarang pertandingan khususnya Wakil 7, pada Perhumpunan Agong UMNO 2009 Bahagian Kota Belud yang dijadualkan pada bulan Julai ini. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai UMNO Bahagian Kota Belud melalui AJK Bahagian hanya akan melakukan endorsement saja pada senarai 7 orang wakil yang dipilih sendiri oleh AJK Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO Pusat 2009.


Jika ini berlaku, tanpa pertandingan hanya endorsement sahaja maka , tidak keterlaluan diibaratkan sebagai menongkah arus. Mana tidaknya sedangkan pucuk pimpinan pusat khasnya AMT mahu modify Perlembagaan UMNO agar selaras dengan tuntutan semasa khasnya pimpinan pusat mahukan UMNO lebih demokratik dan terbuka dalam keadaan konteks keahlian UMNO tetap dipertahankan.


Keputusan “kita endorse saja” merupakan langkah ke belakang, dikhuatiri langkah tersebut akan menyebabkan kita jauh tersasar dari landasan perjuangan “nyatalayang” tetapi kalau ia langkah ke pangkal jalan itu kita setuju benar.


Apa pun kita mengharapkan “kita endorse saja” tidak akan pernah terjadi di Kota Belud... demi demokrasi!!!


4 comments:

Unknown said...

dalam keadaan sekarang sewajarnya pemilihan G7 diserahkan semula kepada ahli dan perwakilan cawangan untuk memilih. Untuk mengekalkan prinsip demokrasi dan mengekalkan semangat perjuangan anggota parti. Saya dimaklumkan seorang bekas pemimpin yang pernah mengetuai parti PKR Sabah akan bertanding sebagai G7 di Kota Belud. Semudah itu kah ahli UMNO Kota Belud mengangkat pemimpin yang pernah mengkhianati UMNO ini menjadi wakil mereka dalam perhimpunan agung UMNO Pusat? di manakah maruah ahli di kawasan tempat lahir UMNO ini jika semudah itu mengangkat penderhaka kerana wang yang tidak seberapa? soal dia siapa tidak penting tetapi "Pemimpin" yang pernah derhaka walau telah diterima semula mestilah memberi sumbangan memperkuatkan parti bukan mengangkat dirinya sebagai pemimpin. fikir-fikirkanlah.

SAMBAL BELACAN said...

batugadung, saya sangat bersetuju dengan komen saudara Musli bahawa pemimpin pengkhianat sepatutnya tiada ruang dalam pemilihan G7 di Kota Belud.

Namun demikian bukan saja pemimpin pengkhianat kepada parti malahan pemimpin yang tidak berpendirian yang mengamalkan politik sistem barter tidak sepatutnya diberi ruang dalam sebarang pemilihan UMNO Kota Belud mahupun sebagai calon pada pilihanraya.

Sistem barter???...sendiri mau ingatlah!!!

BATU GADUNG said...

Terima Kasih buat saudara Musli dan saudara Sambal Belacan... ada benarnya berkenaan dengan pandangan saudara2 terhadap pengkhianat politik dan pengamal politik sistem barter (meminjam kata2 Sambal Belacan).

Namun demikian saya mengambil sedikit perbezaan pendirian, bahawa sekiranya individu tersebut sudah insaf dan balik ke pangkal jalan (perjuangan) apa salahnya kita berlapang dada, malahan kes seumpama ini bukanlah perkara baru kerana jika kita membuka kembali lembaran sejarah, bukan sorang tetapi ramai dikalangan ahli UMNO yang pernah menjadi pengkhianat dalam parti kini diterima kembali dan ada sebahagiannya menjadi AMT mahupun menganggotai kabinet...

"dendam tidak dapat dimusnahkan dengan dendam, melainkan dengan kasih sayang"

abd naddin said...

saya suka kata-kata ini. dendam tidak dapat dimusnahkan dengan dendam, melainkan dengan kasihsayang. Teruskan menulis