Pada masa-masa tertentu dalam kehidupan kita, adakalahnya kita mengalami stress akibat tekanan kerja, masalah peribadi, kesedihan dan faktor persekitan. Rasa sedih itu boleh terjadi misalnya, ketika kita kehilangan orang yang kita cintai, berasa dipinggirkan, berasa gagal, putus cinta atau kehilangan pekerjaan juga kalah dalam sesuatu pertandingan.
Tapi pada sesetengah orang, kesedihan yang dirasakan itu boleh jadi sangat mendalam, hingga akhirnya timbul rasa putus asa dan rasa dirinya tidak berharga lagi. Jika tidak segera di atasi, perasaan tidak menentu itu boleh terbawa terus sampai berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan ataupun seumur hidup. Jadi, inilah yang dinamakan depresi yang dalam istilah psikology bererti kekacauan suasana hati atau mood.
Waspadalah jika anda sering berasa depresi, kerana dari hasil kajian yang dilakukan di fakulti kesihatan, masyarakat John Hopkins School, manusia depresi lebih besar memiliki kemungkinan terkena kanser payudara. Penyelidikan itu dilakukan pada 2017 orang (lelaki & wanita), di mana 25 orang wanita di antaranya positif terkena kanser payudara. Setelah diteliti lebih lanjut, ternyata 3 daripada 25 wanita tersebut pernah mengalami depresi.
Menurut Dr. Daniel E. Ford penyelidik dari John Hopkins School, walaupun kesan depresi pada kanser payudara sangat kecil tetapi risiko ini tetap harus diambilkira.
Selanjutnya Dr. Ford juga menambah, bukan bermakna setiap orang depresi pasti terkena kanser payudara kerana hasil penyelidikan pun harus diuji kembali. Jadi, walaupun risikonya masih terkira sangat kecil, tetapi tidak rugi jika anda menghindari depresi. Hiduplah dengan lebih sihat....
Nota: Kepada para calon Wakil 2 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Wakil 7 UMNO Bahagian Kota Belud...jika anda gagal terpilih elakkan daripada stress...lain tahun boleh bertanding lagi...ops!!! untuk makluman hari ini 25 Julai 09, sedang berlangsung Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.169 Kota Belud yang dirasmikan oleh Y.Bhg. En. Syahrin Mohd Jamaluddin Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Merangkap S/U Politik Kepada YAB Menteri Pelajaran Malaysia
No comments:
Post a Comment