Pagi tadi saya bersarapan bersama dengan beberapa orang sahabat lama. Seorang pelayan datang ke meja tempat kami duduk dan mengambil pesanan. Beberapa ketika kemudian pesanan kami pun sampai namun seorang rakan tidak puas hati kerana yang dipesannya teh panas tetapi yang dihantar pelayan teh ais... marahlah sahabat ni kerana lain yang dipesan, lain pula yang sampai.... situasi ini mengingatkan saya akan sebuah cerita berkaitan teh panas dan teh sejuk...ceritanya lebih kurang begini:
SEORANG lelaki singgah di sebuah gerai. Disebabkan wang yang ada Cuma 70 sen saja, dia bertanya harga segelas teh panas dan teh sejuk. Pelayan restoran menjawab...
“Teh panas 70 sen, sejuk RM1.20”.
Lelaki itu terus meminta teh panas. Apablia pelayan menghantar segelas teh masih berasap, tanpa teragak-agak lelaki itu terus meneguknya sampai habis sambil tercungap-cungap menahan rasa panas minumannya itu.
Pelayan itu kehairanan. Kenapa teh panas itu boleh habis dihirup dalam sekelip mata, lantas pelayaan itu mengajukan pertanyaan.
Lelaki itu memberinya 70 sen lantas menjawab: “Kalau lambat air ini jadi sejuk. Kalau sejuk tak fasal-fasal saya kena bayar RM1.20. Lebih baik cepat-cepat minum, jimat 50 sen!!”
No comments:
Post a Comment