Sunday, July 19, 2009

WANITA PERLU AKUI KEPIMPINAN LELAKI


KEPIMPINAN suami mewujudkan keharmonian dalam rumahtangga hinggakan sama ada disukai atau tidak, wanita perlu mengakui kelebihan tertentu yang ada pada kaum lelaki. Kelebihan dari segi fizikal dan kekuatan akal yang ada pada kaum lelaki. Kelebihan dari segi fizikal dan kekuatan akal pada lelaki melayakkan dirinya menjadi pemimpin dalam rumahtangga.


Allah berfirman, maksudnya: “Dan tidaklah lelaki itu seperti wanita...” (Surah Ali Imran: 36)

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah membelanjakan sebahagian harta mereka, (Surah al-Nisa: 34).


FirmanNYa lagi bermaksud: “Dan wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya dengan cara yang baik. Tetapi lelaki mempunyai satu darjat (tingkatan) dari wanita” (Surah al-Baqarah: 228)


Lelaki memiliki fizikal yang lebih kuat daripada wanita. Akal dan pemikiran lelaki juga lebih kuat dan mantap daripada akal dan pemikiran wanita. Ini telah di akui oleh para ahli dengan hasil penyelidikan mereka bahawa otak lelaki umumnya lebih berat daripada wanita. Berikut ialah hasil kajian penyelidik: Mengikut Bischoff, berat otak lelaki ialah 1,362 gram berbanding otak wanita 1,219 gram. Boyd pula mendapati otak lelaki ialah seberat 1,325 gram dan otak wanita 1,183 gram manakala Marchand memberikan perangkaan berikut, iaitu 1,399 gram (lelaki) dan 1,248 gram (wanita). Retzius dan Grosser pula mempunyai persamaan dalam kajian mereka iaitu 1,388 gram (lelaki) dan 1,252 gram (wanita).


Wanita walau bagaimana tinggi pelajaran atau kedudukannya, masih memerlukan pimpinan dan lain-lain keperluan daripada lelaki. Pada waktu-waktu tertentu, wanita berasa kesunyian tanpa lelaki disampingnya sebagaimana juga lelaki berhajat kepadanya, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Empat tidak berasa puas dengan yang empat, iaitu mata tidak pernah puas memandang, bumi tidak pernah puas disirami hujan, perempuan tidak puas dengan lelaki dan orang alim tidak berasa puas dengan ilmu.” (Riwayat Abu Nuaim di dalam Hilyah).


Wanita yang cuba merampas kepimpinan dari lelaki telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya bermaksud: “Tidak sekali-kali akan mencapai kejayaan dan kemenangan seandainya urusan kepimpinan diserahkan kepada seorang wanita.” (riwayat Bukhari).


Kelebihan kaum lelaki atas kaum perempuan telah jelas dalam syariat Islam. Umpamanya, lelaki mendapat dua bahagian sedangkan wanita hanya satu bahagian dalam mewarisi harta. Dua orang saksi perempuan sama dengan seorang saksi lelaki dan wanita tidak boleh menjadi imam dalam solat bagi makmum lelaki.


Dengan kelebihan-kelebihan tertentu pada kaum lelaki itu membolehkan mereka memimpin kaum wanita, khususnya dalam kehidupan rumahtangga.



Dan seandainya fitrah ketentuan Ilahi itu dihayati dengan sewajarnya, maka akan tercapailah kebahagiaan dan keharmonian dalam rumahtangga, jika isteri cuba menguasai lelaki, maka rumahtangga pasti akan pincang.

Dipetik dari: “Wanita Menurut Pandangan Islam” oleh Che Zainon Yusof, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

2 comments:

SI RENGIT said...

salam..

Aina...kita tunggu komen sikgu dayangwulan, kelapa mawar dan hati seorang wanit lah....

pendikar iranun said...

slm sdr

terimah kasih kerna menulis artikel ini yg bersumberkan sumber yang x dpt di pertikaikn lg oleh bloger bloger terutama bloger perempuan..tahiah sy ucp kn..kita tggu reaksi mereka..