Friday, July 17, 2009

Surat Terbuka Kepada Pemimpin “Bahaya Dari Dalam”


Oleh: Dr. Alias Mohammed

“Pemimpin Melayu boleh memberi perhatian dan menyedarkan orang Melayu dari semasa ke semasa, tetapi mereka sendiri patut sedar dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya sebelum iannya terlambat. Dalam Bahasa Inggeris ada disebut tentang “non-syncronous moblisation of support for political action” atau kegiatan-kegiatan sokongan yang tidak diselaraskan untuk tindakan politik. Masyarakat kita akan menghadapi masalah yang kronik sekirannya seruan-seruan, nasihat dan tunjuk ajar ke arah kesedaran terhadap isu-isu penting dalam negara tidak diselaraskan dengan tindakan, pertimbangan dan analisis yang tepat. Di sinilah perlunya tekanan dan kesedaran untuk mengada atau menyediakan barisan dalam UMNO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai kebolehan untuk berfikir dan bertindak segera mengenai masalah negara dengan matang, cepat dan tepat. Selain dari pasukan pemimpin Melayu yang berwibawa, kita perlu think-tank Melayu yang berwibawa dan agresif, tetapi bukan askar payung terjun yang di ‘hand-pick’ oleh general yang disuruh terjun dalam belantara”.


ULASAN SAYA:

  1. Dalam konteks politik Iranun, suku kaum ini haruslah bertindak lebih proaktif dalam usaha mencari pemimpin pelapis dan bukannya memandang sinis.
  2. Tindakan membisu seribu bahasa daripada berusaha membincangkan mengenai arah tuju kepimpinan Iranun, tidak akan menguntungkan suku kaum ini.
  3. Suku kaum Iranun seharusnya bersifat lebih terbuka dan lupakan kepentingan peribadai demi survival politik Iranun.
  4. Persedian awal lebih baik daripada bertindak disaat-saat akhir ditakuti pemimpin tersebut seperti bidan terjun.
  5. Sikap dengki, dendam dan berjuang demi kepentingan peribadi seharusnya tiada tempat dalam landskap politik Iranun.
  6. Kita boleh berdebat tetapi harus disusuli pendapat/ cadangan
  7. Kita mencari pemimpin pelapis bukannya kuih lapis.


Note: Suku kaum Iranun termasuk dalam rumpun Melayu.

1 comment:

SAMBAL BELACAN said...

Salam,

kalau nak cari pemimpin pelapis biar yang ada sumbangan dan ada matlamat perjuangan...

pemimpin pelapis yang sdra cadangkan dulu itu macam mana? maybe sama dengan seorang blogger yang berpolitik selama 20 tahun dan menulis 8 buah buku politik...hasilnya tetap tak ke mana jua...

pilihlah pemimpin pelapis yang ada rekod cemerlang...bukannya seperti mantan MDKB tersebut dan sdra blogger kita yang 2..