Mencari Pemimpin Pelapis....
Iranun merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai khasnya di Daerah Kota Belud serta beberapa daerah lain seperti Tunku. Masyarakat Iranun dipercayai berasal dari Mindanao. Masyarakat Iranun mempunyai kebudayaan, adat, sistem politik serta sistem kemasyarakatan tersendiri. Masyarakat ini juga secara keseluruhannya merupakan penganut Agama Islam. Dahulunya kaum ini hidup sebagai pedagang, nelayan serta petani dan adalah kurang tepat apabila digambarkan bahawa kaum ini hidup sebagai lanun. Dari aspek kepahlawanan kaum ini terkenal sebagai pahlawan sejati yang tidak akan pernah mundur dalam medan peperangan dan jauh sekali untuk menjadi pengkhianat atau bersekongkol dengan British.
Kaum Iranun seringkali dipanggil sebagai Illanun oleh sesetengah pihak. Ini merupakan perkara yang perlu diperbetulkan iaitu IRANUN Bukannya ILLanun. Selain itu Iranun bukanlah terdiri daripada kelompok atau cabang mana-mana kaum lain. Ini kerana kaum Iranun mempunyai asal-usul yang jelas. Ini dapat dilihat melalui sejarah kewujudan Kerajaan Kesultanan Sulu.
Dari aspek publisiti masyarakat Iranun didapati kurang menonjol dalam media massa. Ini menyebabkan kaum ini kurang dikenali, malahan ada pihak tidak mengenali apa/siapakah kaum Iranun? Namun demikian masyarakat Iranun tidak perlu rasa kecewa/ terpinggir kerana keadaan ini tetapi haruslah berusaha menonjolkan diri samada melalui media cetak, elektronik mahupun kaedah lain seperti penerbitan jurnal, artikel ataupun filem-filem dokumentari tentang masyarakat Iranun.
Selain itu kedengaran juga terdapat segelintir orang Iranun yang telahpun membuat membuat kajian terhadap kaum Iranun tetapi yang menjadi persoalan dimanakah hasil kajian tersebut? Kenapa ia tidak diterbitkan atau didedahkan kepada pengetahuan umum? Malahan apa yang agak dikesali dan kita rasa terkilan kepada mereka ini ialah enggan berkongsi dengan hasil kajian tersebut dan hasil kajian tersebut disembunyikan “saken liatih mumbal sakajian piragunan, senang-senang ah kabegaiku rekiran, langun ah embegaiku rekiran maklumat ban ah biasa” (kata-kata yang pernah diungkapkan oleh seorang pengkaji apabila didatangi oleh sekumpulan pelajar IPTA yang datang untuk mendapatkan sumber maklumat untuk dimuatkan dalam kajian). Agak mengecewakan sikap sebegini dan saya menyarankan kita lupakan kepentingan diri demi kepentingan suku kaum Iranun.
Apabila membicarakan soal kaum Iranun, kita dan saya sendiri secara jujurnya berasa bangga, kerana masyarakat Iranun walaupun kurang menonojol serta dikenali tetapi kita mempunyai pemimpin yang harus dibanggakan dan kita sewajarnya perlu berasa bangga, kerana mempunyai pemimpin yang sukar saya gambarkan mungkin dengan meminjam istilah yang selalu diungkapkan oleh Mantan PM Pak Lah iaitu cemerlang, gemilang dan terbilang dapatlah mengambarkan pemimipin tersebut. Ini kerana bukanlah semua orang mampu serta layak mengendalikan dewan yang mulia, tambahan pula dengan situasi politik serta komposisi ahli parlimen antara BN dan Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat kini, tetapi seorang pemimpin yang lahir sebagai orang Iranun sejati, telah membuktikan bahawa kaum ini juga layak mengatur negara dengan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat, yang memastikan sidang parlimen berjalan lancar bagi memastikan sistem demokrasi berpalimen dalam negara ini dapat ditegakkan. Namun timbul lagi satu persoalan selepas beliau, siapa lagi pemimpin dari kalangan suku kaum Iranun yang boleh kita banggakan???
Baru-baru seorang rakan blogger Saudara Depu-depu (www.depu-depu.blogspot.com) telah mencadangkan agar Encik Roslan Hj Manshor diberi ruang sebagai pemimpin pelapis suku kaum Iranun. Namun cadangan tersebut menimbulkan perdebatan yang cukup hangat dimana ada menyokong dan tidak kurang pula yang membantah tetapi apa yang dikesali pihak-pihak yang membantah ini pula tidak menyatakan secara jelas siapakah pemimpin pelapis cadangannya, disamping cuba berdolak-dalik dengan seribu satu macam alasan yang berselindung disebalik teori kepimpinan.
Saya yakin dan percaya memang ramai yang berkeupayaan untuk menjadi pemimpin pelapis di kalangan suku kaum Iranun, tetapi saya merasakan apa yang dicadangkan oleh saudara Depu-depu itu hanya satu proposal untuk diperhalusi dan jika orang yang dicadangkan tersebut betul menepati kriteria atau paling tidak pun sesuai untuk diketengahkan, apa salahnya kita mempertimbangkan untuk kita memberi ruang kepadanya bagi menyumbang bakti khasnya kepada suku kaum Iranun dan umumnya untuk masyarakat Kota Belud.
Apa pun cadangannya yang pasti saatnya telah hampir tiba untuk kita membuat keputusan siapakah pemimpin pelapis selepas Tan Sri Pandikar, tetapi bukanlah tujuan kita menggantikan ayahanda kita Tan Sri Pandikar, kerana yang pastinya suku kaum Iranun masih mendambakan alunan suaranya di pentas politik tanahair namun cadangan ini hanya sebagai backup bahkan dalam masjid sekalipun kalau kita sembahyang biasanya ada backup imam.
Masa tidak akan pernah sanggup menunggu kita untuk bersedia memberi cadangan, jadi kegagalan kita mengutarakan siapa pemimpin pelapis suku kaum Iranun adalah satu kerugian besar bukan sahaja pada bentuk meterial mahupun politik tetapi pada seluruhnya. Tidak salah untuk kita menidakkan cadangan Saudara depu-depu tersebut tetapi berikanlah cadangan!!! Siapa??? Apakah cadangan pihak-pihak yang membantah ini adalah terlalu misteri untuk diketengahkan??? Hinggakan dengan izin kalau boleh saya meminjam kata Si Rengit terlalu " lambang-melambang".
Sekali lagi saya mengulangi pendirian bahawa APA PUN KITA MASIH MENDAMBAKAN ALUNAN SUARA AYAHANDA KITA, TAN SRI PANDIKAR DI PENTAS POLITIK TANAHAIR CUMA CADANGAN TERSEBUT PADA HEMAT SAYA SEBAGAI BACKUP SAHAJA.
Apa pun cadangannya yang pasti saatnya telah hampir tiba untuk kita membuat keputusan siapakah pemimpin pelapis selepas Tan Sri Pandikar, tetapi bukanlah tujuan kita menggantikan ayahanda kita Tan Sri Pandikar, kerana yang pastinya suku kaum Iranun masih mendambakan alunan suaranya di pentas politik tanahair namun cadangan ini hanya sebagai backup bahkan dalam masjid sekalipun kalau kita sembahyang biasanya ada backup imam.
Masa tidak akan pernah sanggup menunggu kita untuk bersedia memberi cadangan, jadi kegagalan kita mengutarakan siapa pemimpin pelapis suku kaum Iranun adalah satu kerugian besar bukan sahaja pada bentuk meterial mahupun politik tetapi pada seluruhnya. Tidak salah untuk kita menidakkan cadangan Saudara depu-depu tersebut tetapi berikanlah cadangan!!! Siapa??? Apakah cadangan pihak-pihak yang membantah ini adalah terlalu misteri untuk diketengahkan??? Hinggakan dengan izin kalau boleh saya meminjam kata Si Rengit terlalu " lambang-melambang".
Sekali lagi saya mengulangi pendirian bahawa APA PUN KITA MASIH MENDAMBAKAN ALUNAN SUARA AYAHANDA KITA, TAN SRI PANDIKAR DI PENTAS POLITIK TANAHAIR CUMA CADANGAN TERSEBUT PADA HEMAT SAYA SEBAGAI BACKUP SAHAJA.
11 comments:
salam ziarah,
susah kalu kita terhantuk baru terngada....!
Saya setuju dengan pendapat saudara mengenai backup amat perlu..
Cuma sekarang ini kita kena bertindak segera agar dapat backup yang kuat lagi hebat...kena mencari lah dan berani mencadang...!
salam..saya setuju pendapat saudara adik paikankb kita. Cuma saya berpendapat agar kita terus berusaha mencari backup pemimpin yang lebih bertanggungjwb daripada yang ada..
saya tak kata backup yang ada sekarang ini tak baik, cuma pada saya perlu dibimbing dan yang paling penting sedar diri...
Salam,
Saudara Batu Gadung, Roslan Hj Manshor bukan tidak boleh jadi pemimpin tapi kalau tengok apa sumbangan dia kepada masyarakat Kota Belud selama ini, tolong beritahu saya dan semua warga Kota Belud ini... sebab kami masih lagi belum kenampakan apa dia punya sumbangan????
Kami semua ini mahukan pemimpin yang boleh menyumbang kepada rakyat, bukannya pemimpin yang mementingkan kepentingan peribadi..
Najib kata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...tapi macam saudara Roslan adakah dia begitu???
Dulu dia di MDKB apa dia punya sumbangan??? jawab...
Saya tidak mahu cerita banyaklah...saya cuma mahukan pemimpin yang berjiwa rakyat...
Mampukah dia menggantikan kempimpinan Pandikar??? Masyarakat diluar sana mahukan pemimpin yang berani, seperti dalam artikel saudara sendiri iaitu "ayam sabung vs ayam karan"...yang kami cari ayam sabung...tapi kalau berani pun tiada guna kalau tiada sumbangan kepada masyarakat...
Ramai lagi boleh jadi pemimpin pelapis... dengan bermodalkan pengalaman yang tidak seberapa layakkah seseorang itu jadi pemimpin???
kalau timbul masalah seperti SK Tamau, setakat nak bertanya semua orang boleh bertanya sama YB2 termasuk saya sendiri pun boleh tanya bukan saja YB2 di Kota Belud malahan di Putra Jaya pun saya boleh tanya... semudah itukah jadi pemimpin???
Salam,
Terima kasih buat saudara Paikankb dan saudara Si Rengit atas keterbukaan saudara mengenai isu suku kaum Iranun dalam usaha mencari pemimpin pelapis.
Kepada saudara Sambal Belacan, saya menghargai pandangan saudara namun seperti yang saya katakan sebelum ini dalam pada kita membantah sebarang cadangan haruslah disertai dengan cadangan.
Jadi saya ingin bertanya kembali kepada saudara "siapakah pemimpin cadangan saudara" dengan hormatnya sila kemukakan agar kita semua dapat menilainya. Seperkara lagi seperti yang saya nyatakan ini hanyalah proposal dan perlu saya ingatkatkan kembali cadangan tersebut bukanlah bertujuan menggantikan ayahanda kita Tan Sri Pandikar cuma sebagai pelapis sahaja tidak lebih daripada itu.
Mengenai sumbangan beliau semasa menjawat Pegawai Eksekutif MDKB, sebarang kenyataan atau persoalan seharusnya disertai dengan fakta yang jelas dan bagi saya sebarang sumbangan yang ikhlas tidak perlulah diheboh2kan mungkin ini menyebabkan sauadara terlepas pandang... tapi usah risau rakyat diluar sana boleh menilai
APA PUN SAYA MENYARANKAN DALAM AGENDA MENCARI PEMIMPIN PELAPIS KITA SEHARUSNYA BERLAPANG DADA... SAYA GEMAR AKAN KATA2 HIKMAT INI "DENDAM TIDAK DAPAT DIMUSNAHKAN DENGAN DENDAM MELAINKAN DENGAN KASIH SAYANG"
salam..
semacam ada pakatan antara sdr dgn paikan kb dan depu-depu..
tiada pemimpin wanita kah?
salam,
Pakatan Blogers ke...?, saya mau joint la dan saudaraku solymone pun saya mau daftarkan kalu bole...
Salam...
Sdri Kelapa Mawar kuuu, tidak timbul langsung soal pakatan apa tak lagi pakatan rakyat... ini adalah kebetulan persamaan dari sudut pendapat...
Pemimpin wanita??...Ada bah...sdri Dayang wulan kan ada...
tumpang lalu,
Saya teramat bersetuju dgn adinda Kelapa Mawar, kalau setakat pemimpin yang diwarwarkan ini, lebih baik kita cari pemimpin pelapis dari kalangan wanita, ini lagi baik.
salam kembali sdr,,,
Saya ada juga pemimpin yg boleh dihebohkan..tetapi bt masa ini..saya minta dia bersabar dulu...biarpun dia pernah bertanding atas tiket pembangkang, namun dia berpotensi...banyak yg dia bt di Tamau tu...kalau setakat yg sdr cadangkan itu...tak boleh lawan dgn dia...saya rasa belia Iranun setuju dgn saya....kita tegoklah dulu...
Salam,
Betul juga cadangan sdri Kelapa Mawar...tapi yang kita cari bukan setakat menonjol di Kg tamau..kalau boleh biarlah menonjol di seluruh pelosok Dearah Kota Belud...
Apa pun saya menanti2kan cadangan drp sdri....
Salam..Kepada saudara saudari iranun yang stiasa mginginkn kemajuan bangsa kita, Alhamdulillah..Inilah sikap yang sepatutnya ada bkn sahaja pada golongan tua, tapi juga ada pada diri anak darah muda kita..Sekadar renungan,Apa jua pertikaian dalam mengangkat seseorang atau membai'ah empunya diri mjadi teraju kepimpinan Masyarakat iranun sendiri, bukanlah hanya bergntung kepada keprcayaan dan pengalaman semata2, tetapi keikhlasan serta istiqamah yang ada pada diri pemimpin..Saya juga anak jati Kampung Tamau dan saya banyak melihat bagaimana sikap anak2 muda, orang tua, pergaulan ketua2 kampung , sangat baik..Tetapi masalah yang ada pada diri kita ialah adanya pembahagian level atau darjat keturunan..Seperti yang kita ada wujud golongan Datu, Sharif, dan sebagainya, yang masing2 mmiliki darah yang sentiasa bergelora untuk berada di teraju kepimpinan..Apa yang paling penting ialah, kita seharusnya menghilangkan sikap saling beza membezakan antara kita, dan mengambil sikap keterbukaan..Yang mana kepentingan ini boleh di kongsi oleh semua masyarakat saudara mara kita..
Post a Comment