SEORANG lelaki tersesat di padang pasir. Selepas beberapa hari berjalan, dia semakin lemah serta terlalu dahaga. Tiba-tiba melintas seorang lelaki Arab menunggang unta.
“Tuan syeikh... boleh beri sedikit air,” kata pengembara.
Tak boleh! Tapi kalau ente nak, ana ada pelbagai jenis tali leher. Ente nak beli tak?” tanya lelaki Arab itu.
“Tak mahu. Awak gila ke? Saya perlukan air bukannya tali leher!” balas pengembara.
Lelaki itu terus menunggang untanya, manakala pengembara itu berjalan dengan langkah yang semakin lemah. Akhirnya dia sampai ke sebuah restoran.
“Boleh saya masuk dan mendapatkan segelas air?” tanya pengembara kepada penjaga restoran bercermin gelap itu.
“Tak boleh tanpa tali leher,” jawab penjaga pintu.
1 comment:
salam Batu gadung
cerita yang ringkas tapi terselit banyak pengajaran..
Post a Comment