Friday, July 31, 2009

Dewan Perniagaan Iranun Sabah


Tun Dr Mahathir dalam era kepimpinannya sebagai PM, pernah memperkenalkan ‘dasar pandang ke timur’ kerana beliau melihat jika rakyat Malaysia dapat menerapkan nilai-nilai semangat dan budaya kerja orang-orang Jepun dalam diri mereka maka tidak mustahil suatu ketika, Malaysia akan menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Kerana inilah rahsia besar kejayaan Jepun dan Korea Selatan dalam bidang ekonomi.


Dalam artikel “Ringkas: Pencapaian Ekonomi Iranun”, saya telah mencadangkan bahawa salah satu kaedah menyelsaikan kemelut keciciran ekonomi suku kaum Iranun adalah melalui penubuhan Dewan Perniagaan Iranun Sabah. Artikel tersebut telah mendapat pelbagai respon sama pro mahupun kontra, tidak kurang juga pandangan sinis. Namun saya melihat inilah cabaran yang perlu kita lalui dalam memartabatkan suku kaum Iranun sebagai kuasa ekonomi. Kejayaan tidak boleh dibina dalam masa semalam, sehari, seminggu mahupun sebulan. Wright bersaudara mengimpikan sebuah mesin yang akan terbang melalui udara. Sekarang semua orang boleh melihat buktinya di seluruh dunia bahawa mereka impikan sesuatu yang kukuh.


Kisah Orang Yang Berhenti Terlalu Cepat:

Seorang pakcik R.U Darby dijangkiti oleh “demam emas” pada zaman perebutan emas, dan pergi ke barat untuk menggali dan menjadi kaya. Dia tidak pernah mendengar bahawa lebih banyak emas dilombong dari fikiran orang dibandingkan dengan emas yang pernah diambil dari tanah. Dia memasang kayu pancang dan mula bekerja dengan penyodok dan tembilang.

Setelah berminggu-minggu membanting tulang dia mendapat habuan menemukan biji yang berkilat-kilat. Dia memerlukan mesin untuk membawa biji itu ke permukaan tanah. Dalam diam-diam, dia menutup lombong, kembali ke rumahnya di Williamsburg, Maryland, lalu memberitahu kerabat dan beberapa jiran tetanggahnya tentang penemuan tersebut. Mereka mengumpulkan wang untuk mendapatkan mesin yang diperlukan dan membawakannya. Pakcik dan Darby kembali untuk mengerjakan tambang.

Gerobak biji yang pertama dilombong dan dikirimkan ke pengisar. Dari hasilnya terbukti bahawa mereka memiliki salah satu lombong yang paling kaya di Colorado! Beberapa gerobak lagi dari biji itu akan melunaskan hutang. Kemudian akan mendatangkan keuntungan besar.

Turunlah mesin penebuk lubang! Dan naiklah harapan Darby dan pakcik! Kemudian sesuatu terjadi. Urat biji emas lenyap! Mereka telah sampai ke hujung pelangi, dan kuali emas tidak ada lagi di sana. Mereka terus menggali dan bersunguh-sungguh berusaha menemukan urat biji lagi tetapi semuanya sia-sia.

Akhirnya mereka membuat keputusan untuk berhenti.

Mereka menjual mesin kepada pedagang kecil-kecilan dengan harga beberapa ratus dolar, dan menaiki kereta api untuk pulang. Pedagang kecil-kecilan itu memanggil JURUTERA LOMBONG untuk melihat lombong dan melakukan sedikit perhitungan. Jurutera memberitahu bahawa projek itu gagal kerana pemiliknya tidak mengenal “Jalur-jalur Urat.”

Perhitungannya menunjukkan bahawa urat biji emas akan ditemukan hanya TIGA KAKI dari tempat Darby berhenti menggali. Tepat di situlah emas ditemukan!

Pedagang kecil-kecilan itu mendapat biji emas berharga berjuta-juta dolar dari lombong kerana dia cekap untuk meminta nasihat pakar sebelum menyerah.


Berdasarkan kisah di atas, kita boleh mengambil sedikit pengajaran. Apakah dengan kegagalan Dewan Perniagaan Melayu dan Bumiputera memenuhi matlamat penubuhannya seharusnya dijadikan alasan untuk menidakkan penubuhan Dewan Perniagaan Iranun Sabah. Inilah yang dikatakan gagal sebelum berjuang!!!.


PISBA dan PAGISA, saya tidak dapat komen dengan lebih mendalam kerana setakat ini saya masih belum mengetahui status sepenuhnya kedua-dua persatuan ini. Namun kalau betullah seperti yang disuarakan oleh beberapa blogger, maka saya masih berpendirian bahawa kegagalan tersebut tidak seharusnya dijadikan ukuran untuk menentukan sama ada sesebuah organisasi yang hendak ditubuhkan gagal ataupun sebaliknya. Dengan melabelkannya sebagai gagal sebelum ditubuhkan bah kata blogger Sdri Kelapa Mawar “mendirikan sesuatu yang sebenarnya dari awal sudah dirobohkan”


Saya sengaja tidak menyentuh visi dan misi Dewan Perniagaan Iranun Sabah kerana matlamatnya hampir sama dengan Dewan Perniagaan Melayu dan Bumiputera serta dewan-dewan perniagaan yang lain, cuma yang membezakannya ahli yang diperjuangkannya. Kejayaan sesebuah organisasi adalah sangat-sangat bergantung kepada kepimpinan organisasi tersebut. Dalam sesebuah organisasi, ahli lembaga pengarah yang dilantik bukannya bertujuan untuk mengarah sebaliknya sebagai penunjuk arah ‘direct’ sekiranya organisasi tergelincir dari landasan matlamat perjuangan. Kelemahan utama beberapa organisasi ditubuhkan yang telah menemui kegagalan adalah berpunca daripada kesilapan memilih pemimpin. Inilah sama ceritannya seperti Darby yang gagal mengenal jalur-jalur urat emas kerana beliau bukanlah jurutera lombong.


“Kemenangan yang pertama dan paling baik ialah menakhluki diri sendiri. Ditakhluk oleh dirinya sendiri ialah sesuatu yang paling memalukan dan paling hina di atas segala-galanya” Plato (Dipetik dari: Berfikir Dan Menjadi Kaya oleh Napoleon Hill).

3 comments:

Hati Seorang Wanita said...

A'kum...

Bagus cadangan ni...teruskan perjuangan sdra...utk suku kaum Iranun...

Yakin dan percayalah Tuhan bersama2 dgn org yg memperjuangkan kebaikan...

9 drp 10 rezeki datangnya drp perniagaan...

SAMBAL BELACAN said...

Salam,

Kalaulah kita dapat mengamalkan budaya kerja Jepun alangkah baiknya...lihatlah orang-orang kita 24 jam asyik bercakap politik...bila kita nak bercakap pula topik pembangunan...semuanya angau...politik

BATU GADUNG said...

Salam,

Terima kasih sdri Hati Seorang Wanita atas kunjunagn sdri, sokongan sdri sangat2 dihargai...

sdra SB... PRU-13 lama lagi...ada baiknya kita bercakap soal pembangunan...kekuatan sesuatu bangsa adalah bergantung kepada kekuatan ekonominya...contoh paling dekat dikhabarkan bahawa dalam pemilihan G7 pun perlukan wang utk menang....

akibat terlalu banyak berpolitik, DEB gagal mencapai matlamatnya....sekarang ini MEB pula, rasanya kalau sikap kita tidak berubah yang pastinya MEB akan mengalami nasib yg sama...