PKR Sabah menghadapi satu lagi tamparan, dengan ketua bahagian Kota Kinabalu Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Liew, yang telah digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata bagaimanapun beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.
"Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada presiden parti hari ini," katanya kepada Bernama.
Liew berkata selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.
"Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui.
"Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya.
Dr Jeffrey telah meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR, anggota majlis tertinggi dan anggota biro politik, memberikan tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan parti itu di Sabah.
Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan ke ibu pejabat parti menjelang hari ini, akan kekal sebagai anggota biasa parti, menurut bekas pembantu kanannya Kanul Gindol.
Dipercayai majoriti ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin sebagai ketua parti yang baru di Sabah.
Ahmad Thamrin, anak kelahiran Sabah dinamakan sebagai ketua PKR negeri yang baru pada hujung minggu lalu selepas ketua-ketua bahagian menyatakan tidak yakin dengan naib presiden PKR Azmin Ali untuk menerajui PKR negeri.
Di TAWAU, Kong berkata beliau terkejut dengan keputusan Dr Jeffrey untuk meletak jawatan sebagai naib presiden parti, menyatakan Dr Jeffrey telah bersetuju dengan keputusan berhubung pelantikan Ahmad Thamrin sebagai pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru.
"Saya menghormati keputusan (Dr) Jeffrey meletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR, namun tidak bersetuju dengan andaian bahawa pelantikan pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru sebagai tidak mengikut kehendak ketua-ketua cabang (bahagian)," katanya.
Mesyuarat perhubungan PKR Sabah yang diadakan pada 22 Okt lalu di Kota Kinabalu, yang dihadiri semua pemimpin 25 cabang parti dan perhubungan negeri termasuk Dr Jeffrey, bersetuju supaya isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri diserah kepada presiden parti, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota dan ketua cawangan PKR zon Tawau.
"Kita anggap isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri dalam mesyuarat malam itu sudah selesai. Jadi keputusan yang dibuat Dr Jeffrey ini memang di luar jangkaan saya.
"Sebagai pemimpin berpengalaman, kita harus hormat keputusan mesyuarat rasmi," katanya.
Kong bagaimanapun yakin keputusan Dr Jeffrey tidak akan menjejaskan kekuatan parti.

3 comments:
Salam bro, wujudnya PKR kerana hendak memastikan Anwar bebas dari penjara dan menentukan Anwar jadi PM, bukan untuk membela nasib bangsa Melayu-Bumiputera.
Kepimpinan setempat yang dilantik hanya sebagai batu loncatan bagi memastikan cita-cita Anwar sahaja, sebab itu puak-puak ini sedia mengadaikan apa sahaja maruah bangsa Melayu-Bumiputera kepada DAP asalkan cita-citanya tercapai.....
Itulah anuar sebenar. Dia bukan fikir lain. Dia fikir pasal hajat dia sahaja. Orang lain semua jadi alat dia kerana dia bijak berretorik. Baguslah ia berlaku dengan jelas sekarang supaya Rakyat Sabah jangan tertipu.
salam kakandaku batu gadung,
pada saya anwar bukanlah penggadai maruah bumiputra. sambil bersetuju dengan ulasan yang gambi bahawa PKR adalah platform untuk anwar menjadi PM, saya tidak nampak rasionalnya anwar tidak membela nasib bumiputra. kita harus meneliti sejarah perjuangan anwar sebenarnya, perjuangan anwar memang berteraskan melayu. Kita dapat melihat dari cara beliau memilih ketua perhubungan PKR sabah. Dia lebih kepada bumiputra islam berbanding bumiputra KDM walaupun pada saya ini satu kesilapan pimpinan pusat PKR. Perjuangannya yang disebut 16september 2008 sebenarnya hampir menjadi bila mana bukan sekadar 30 MP yang mahu melompat malah hampir 60 yang mahu melompat namun malangnya majoriti yang mahu bersama anwar bukan dikalangan MP melayu. maka terbatallah niat Anwar untuk menjadi PM kerana takut terpaksa melantik mereka yang melompat dari kalangan bukan melayu dalam kabinet. kita jangan terlalu taksub sebenarnya dengan hasutan musuh anwar, jika anwar berretorik, maka BN lebih berretorik. cuma apa yang saya lihat anwar seperti tidak dapat melupakan dendamnya kepada Tun M. Dan kini Najib bakal menyempurnakan dendamnya kepada anwar yang bermula dari pemuda UMNO lagi. antara langkah pertama najib membalas dendam ialah merampas perak di mana anwar tersilap langkah. mereka berdendam kita dibawah dibagi cerita lain-lain supaya bergaduh. dorang sudah ada banyak banglo kita masih rumah sewa. macamana ni? berfikirlah kita pada rakyat jika mahu menjadi pemimpin. ikhlas dari penyokong tegar PAS
Post a Comment