Thursday, October 8, 2009

Membangunkan Jiwa-jiwa Muda

Arsene Wenger

Arsene Wenger nama yang tidak asing lagi dalam dunia pengurusan bola sepak. Mendapat jolokan nama ‘The Professor’ merupakan salah seorang pengurus pasukan bola sepak terbaik dunia ketika ini. Kedatangannya ke Arsenal telah mengubah kelab itu sehingga menjadi kelab yang digeruni sehingga kini. Berbanding kelab lain yang berbelanja besar untuk mengukuhkan jentera pasukannya, Arsene wenger, walaupun mampu untuk berbelanja lebih £30 juta untuk seorang pemaian tetapi tetap berdegil dengan polisinya untuk tidak berbelanja besar. Pendekatan agak berbeza berbanding gergasi bola sepak lain seperti Liverpool, Chelsea, Manchester United mahupun Real Madrid. Real Madrid pernah menawarkan Wenger untuk menjadi pengurus kelabnya di Bernabau dengan yuran perpindahan £25 juta untuk perpindahan pada bulan Januari 2008. Tetapi Wanger yang setia dengan Arsenal menolak dan menambah kontraknya di Emirates.

Persoalannya sekarang ini, apakah yang istimewa dengan Arsene Wenger ini sehingga menjadi buruan banyak kelab gergasi dan stail pengurusannya menjadi ikutan banyak pengurus kelab bola sepak lain?

Samir Nasri, Bintang muda Arsenal
Robin van Persie

Wenger mempunyai reputasi menggilap bakat yang ada pada golongan muda. Nama-nama besar pemain bola sepak dunia pada masa ini sepeti Thierry Henry, Patrick Viera, Nicolas Anelka, Robin van Persie dan banyak lagi pemain yang dulunya tidak dikenali menjadi pemain bertaraf dunia hasil tunjuk ajar dan bimbingan Wenger. Di Arsenal, bakat mereka digilap sehingga menjadi pemain bertaraf bintang dan ada kelab gergasi yang ternyata teringin untuk memiliki pemain yang sudah digilap ini dengan harga yang mahal. Sebagai contoh Nicolas Anelka yang Arsenal beli dari Paris St Germain dengan harga £500,000 dan kemudian dijual dengan harga £22.3 juta kepada Real Madrid merupakan salah satu dari episod kejayaan Arsene Wenger dalam menggilap bakat pemain muda berbakat.

Itu di padang bola, bagaimana pula dengan dunia fantasi Naruto? Apakah peranan golongan muda dalam Naruto?

Anime Naruto

Secara ringkas berkenaan dengan Anime Naruto, Naruto merupakan seorang kanak-kanak yang yang tinggal disebuah kampung ninja dan dipercayai ibu bapanya telah meninggal dunia. Naruto dipulaukan sejak dari dia dilahirkan oleh penduduk kampung kerana kelahirannya diiringi dengan berbagai bencana kepada penduduk kampung. Tetapi Naruto mempunyai azam yang kuat untuk melindungi kampung kesayangannya dan berhasrat untuk menjadi seorang ketua kampung.

Pelbagai cabaran yang dilalui Naruto untuk membesar dan melindungi penduduk kampungnya. Hasil tunjuk ajar sensei-sensei mereka separti Kakashi, Yamato, Asuma, Jiraya dan lain-lain telah banyak membantu perkembangan Naruto dan rakan-rakan dalam menjadi ninja yang hebat. Usaha dan penat lelah Kakashi sensei, Yamato sensei dan sensei-sensei lain terhadap perkembangan golongan muda amat perlu kerana didalam hati mereka, mereka tahu yang akan tiba masanya golongan inilah yang akan menggantikan mereka. Sehingga Kakashi sensei pernah berkata, “new generation will succed the older generation”. Oleh itu, penat lelah mereka dalam membangunkan generasi muda merupakan titik tolak dalam membentuk kelangsungan kampung ninja mereka. Falsafah ini tidak lari daripada kata-kata Profesor Yusuf Qardawi yang merupakan mufti kepada benua Eropah pernah berkata.

Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku’”

Imbau Kembali

Mari kita lihat sejarah seribu empat ratus tiga puluh tahun lepas, pembawa ajaran Islam terdiri daripada golongan-golongan muda yang telah ditarbiyah sendiri oleh Rasuallah s.a.w. Lihatlah nama-nama besar seperti Saidina Ali, Saidina Osman, Abdul Rahman bin Auf, Ibnu Zubair, Ibnu Abbas dan ramai lagi sahabat-sahabat yang menjadi pendokong utama dan jentera penggerak pembinaan ketamadunan Islam. Juga Musab Bin Umair yang merupakan seorang yang kacak dan cukup kaya, tetapi selepas memeluk Islam, menjadi seorang yang sangat dihormati bukan kerana rupanya yang kacak. Tetapi kerana ketaatannya kepada Allah. Sejarah juga pernah menyaksikan ketangkasan Usamah bin Zaid yang berusia 18 tahun memimpin satu bala tentera untuk menyerang kerajaan Rom dan Kehebatan Muhammad Al Fateh membuka Kota Istanbul ( Konstantinopal ) ketika berusia 21 tahun.

Mungkin itulah antara rahsia kejayaan Rasuallah s.a.w yang bilamana Rasuallah s.a.w wafat sekalipun, Islam berkembang dengan cepat dan pantas sehingga meliputi 2/3 penduduk dunia ketika itu. Pentarbiyahan kepada golongan muda amat penting kerana merekalah yang akan menentukan jatuh bangunnya Islam.

Realiti kini

Jika dipadang bola, nama seperti Arsene Wenger merupakan nama yang tidak asing lagi dalam menggilap bakat golongan muda, jika di dalam Anime Naruto pula, Kakashi sensei, Yamato Sensei dan lain-lain lagilah yang bertanggungjawab menggilap bakat yang ada pada golongan muda sehingga bakat mereka yang terpendam tidak disia-siakan. Imbau kembali sejarah 1430 tahun lepas, Rasuallah s.a.w. lah yang menanamkan agenda perjuangan kepada golongan muda yang ternyata mencari pengisian jiwa yang memberontakkan mahukan sesuatu perjuangan, dan hasilnya dapatlah kita lihat Islam berkembang sehingga ke hari ini.

Tetapi kini, adakah golongan muda ini hanya dibiarkan keseorangan mengisi kekosongan jiwa mereka dengan melakukan perkara yang pelik-pelik untuk mengisi kekosongan jiwa yang bagaikan kehilangan sesuatu. Sebagai contoh, andaikata Theirry Henry dibiarkan begitu sahaja tanpa bimbingan dan tunjuk ajar Wenger, tentunya sukar dia tergolong dalam pemain yang bertaraf bintang ketika ini. Begitu jugalah pemuda yang memerlukan panduan dan tunjuk ajar daripada orang yang lebih berpengalaman dalam membentuk golongan muda

Pada kesempatan ini, amat penting bagi golongan yang lebih berpengalaman memimpin golongan muda kearah jalan yang betul terutama yang hendak membawa agenda Islam agar dapat memenuhi kehendak mereka hanya ingin mencari pengisian jiwa yang memberontakkan mahukan sesuatu perjuangan. Bagi golongan muda pula janganlah segan-segan untuk meminta bantuan daripada yang lebih tahu dalam mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar.
http://mohdfais.net/

2 comments:

tawadakan said...

Salam,
Batu Gadung, kata pakcik Pa'min kalau nak jadi pemimpin tidak perlu diajar, belajarlah sendiri...dia pun tidak pernah diajar oleh sesiapa...fikirlah2 kanlah

Tudung Duang said...

Post yang menarik!
Yg lama, yg. pakar, yg. ahli, yg. profesional perlu menunjukkan jalan. Yg. baru, yg. tidak tahu, yg. amatur perlu melalui jalan itu bersendirian..
Berkat ilmu yang diajarkan!..dan perlu diingat.. "rahsia utama kejayaan ialah percaya pada diri sendiri" ( R.W.Emerson )..mungkin seperti Pa'Min..

Tq Batu Gadung.