Tuesday, October 20, 2009

Hari Kemerdekaan...31 Ogos atau 16 September....?


Umumnya tarikh kemerdekaan negara ialah 31 Ogos 1957 dan kita merayakan hari kemerdekaan negara pada 31 Ogos pada setiap tahun. Jelas di sini kita telah terlepas pandang tarikh 16 september. Fakta sejarah mencatatkan 16 september ialah hari Malaysia di mana Tanah Melayu yang telah merdeka bercantum dengan Sabah, Sarawak dan Singapura yang belum merdeka. Soalanya adakah Sabah dan Sarawak merdeka pada 31 Ogos? Malaysia sebagai sebuah negara wujud pada 16 September 1963 bukan pada 31 Ogos 1957. 31 Ogos 1957 hanya Persekutuan Tanah Melayu merdeka, tidak Sabah dan Sarawak, oleh itu 16 September sebenarnya adalah tarikh yang lebih penting daripada 31 Ogos kerana negara kita Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963.


Jika mengikut fakta sejarah, 31 Ogos adalah tarikh bagi hari kemerdekaan Tanah Melayu sahaja dan pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman hanya mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu bukannya Malaysia. Ketika itu belum ada idea untuk menamakan Tanah Melayu sebagai Malaysia. Walaubagaimana pun, cadangan memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi alasan utama untuk penubuhan Malaysia. Negeri-negeri berkenaan diberikan syarat agar bergabung dengan Tanah Melayu sebelum dimerdekakan secara mutlak. Akhirnya 16 September 1963 menjadi saksi akan penubuhan Malaysia dan sekaligus Sabah Sarawak dan Singapura merdeka dari kolonial British.


Pembentukan persekutuan baru ini pada mulannya dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan Tanah Melayu ke-6.

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.


Jadi jika dinilai dari aspek sejarah 16 September bukanlah sekadar hari penubuhan Malaysia tetapi kemerdekaan mutlak semua negeri yang bergabung dalam Malaysia. Tanah Melayu pula selepas itu disebut sebagai Semenanjung dan setiap negeri dalam Semenanjung mempunyai kuasa negeri sama seperti Sabah Sarawak dan Singapura.


Sambutan 31 Ogos setiap tahun sebenarnya hanyalah dinikmati maksudnya oleh penduduk Semenanjung tetapi di Sabah Sarawak ianya tidak memberikan makna yang besar kerana tiada kaitan dengan negeri mereka. Hari Malaysia pada 16 September merupakan cuti am di negeri Sabah dan Sarawak. Ia bukan merupakan cuti am di Semenanjung Malaysia. Ini mengelirukan generasi baru kerana ada dua bentuk cuti atau perayaan yang berbeza untuk negara ini.


Sebagai menyahut seruan kebangsaan serta semangat 1Malaysia, seharusnya 16 September diiktiraf sebagai hari sebenar Malaysia ditubuhkan dan kemerdekaan Negara. Isu ini nampak macam isu kecil, tapi hakikatnya ramai rakyat kita yang tersilap kerana menganggap negara ini merdeka pada 31 Ogos. Fakta ini harus diperbetulkan dan tarikh kemerdekaan itu hendaklah diubah agar generasi akan datang faham dan sedar tarikh sebenar negara ini wujud dan merdeka dengan rasminya.

sumber: e-mail drp seorang sahabat

7 comments:

C L J said...

Shabasy BG; Ini cadangan untuk perayaan Kemerdekaan Malaysia 2010:

Perayaan di 30 Ogos dimerata lokasi di Semenanjung selapas penyalaan obor induk di Datran Merdeka atau Melaka atau Padang Kelab Sultan Sulaiman. Obor diarak bersama pepanji Negara di seluruh semenanjung sementara di Sabah dan Sarawak di meriah/semarak dengan berbagai persediaan.

Obor dan beberapa pepanji dari Semenanjung dikumpul pada satu jeti yang sesuai dan dibawa melalui Kapal Layar/Rakit Besar/Feri Khas untuk di bawa ke Sabah dan Sarawak. (Biar lautnya pun benderang) Rancanglah supaya sampai ke Puncak Kinabalu (melalui Labuan tempat persembunyian Dol Said itu) dan Puncak Santubung (melalui batu sipang jeti asli Dato Shahbandar) pada 16 Sept.

Biarlah sinar kilau dari puncak Santubung memancar sehingga menerangi seluruh susuk Si Junjang dan nyah halau segala hasad dengki dan jahat hati yang ada. Kuburkan semuanya di Pulau Kerak itu.

Biar kilau yang serentak memancar dari puncak Kinabalu itu menerangi seluruh Laut Cina Selatan sampai ke pulau pulau yang menjadi rebutan sana. Biarlah keriangannya ikut meriakan saudara saudara kita yang berselerak tertekan dipulau pulau sekitar yang tak dapat kita kuasai; padahal mereka memang bergantung harap pada kita. Biar dunia nampak betapa hebatnya kita di bumi merdeka ini. Akan terus merdekalah kita. Inshaallah.

Satu lagi cadangan: Berpecah ditengah laut untuk tiba pada 16 Sept dilokasi lokasi strategic dipantai2 seluruh Sarawak dan Sabah. Rayakan dengan berbagai cara diSeluruh bumi yang sudah tertebus itu. Biar bergegar riang semangat2 para pejuang dahulu kala dari pusara masing masing.

Dari puncak puncak itu sinarkan cahaya ke seluruh bumi Borneo Utara. Biar dunia tahu kita sudah, masih dan akan terus merdeka untuk terus menabur kemakmuran kepada seluruh rakyatnya.

Maaf orang semenanjung memandai mandai.

Wassallam.

Maruf Ismail said...

Salam. Jemput bagi komen dalam tulisan terbaru saya dalam blog. T.Kasih.

Mohd Amini said...

Syabas Batu Gadung. Satu paparan yang sangat menarik untuk dikongsikan. Ada masa tolong layari blog saya dan berikan komen. abdulgawis.blogspot.com

YANG GAMBI said...

Salam,

Hari mencapai kemerdekaan dengan hari penyatuan Malaysia adalah satu peristiwa yang berbeda..... kita harus meneliti sepenuhnya supaya tidak mudah terkeliru dengan dakyah pembangkang......

watasikadi said...

salam saudaaraku BG,
tentang tarikh ini saya pasti 16 september tarikh tepat. sudah lama ianya dituntut SAPP tapi manalah orang mau sokong SAPP sudah jadi pembangkang. semasa dalam BN pun YTL sudah bercakap tetapi siapa mau dengar cakap cina. Bila DSN sudah bagi cuti barulah ramailah menyokong..hehehe adat UMNO biasalah. Posting tentang merdeka ini sudah saya buat pada 1 september lagi di blog saya watasikadi.blogspot.com dan masuklah ke older post

Unknown said...

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201158363014303&set=o.335090303199724&type=1&theater

staycool said...

mse 31 ogos 57. . baling kedah tak merdeka lg dr penjajah.. mcm mne pulak bole kata 31 ogos tu merdeka?