Wednesday, September 9, 2009

Cerita Lawak : Ceritera 09.09.09

Jangan Bermain Api
Nanti Terbakar Diri,

Jangan Suka Mencaci
Akan Termakan Diri Sendiri,

Jangan Berbangga Diri
Nanti Kau Akan Dibenci,

Jangan Berlidah Lantang
Akhirnye Kau Akan Ditentang,

Jangan Hanya Pandai Buat Bising
Kalau Kau Hanya Menyorokkan Taring,

Jangan Cuba Memberontak
Kalau cara Kau Tak Menggunakan Otak,

Jangan Bertutupkan Songkok
Kalau Tiang kau Bengkang bengkok,

Jangan Berselitkan Keris
Kalau Semangat Asal Usul kau Habis Terhakis,

Jangan Terjerit2
Kalau tidak Mahu Tekak kau Perit,

Jangan Mengimpikan Masa Depan
Kalau kau Asyik Berdisko, Berpelesit,

Jangan Impikan Keadilan
Kalau kau masih Lagi Melenjan Merempit,

Jangan Salah kan Yang Dahulu
Kalau Sekarang Kau Tersepit,

Jangan Salah kan Yang Sekarang
Kalau Nanti Kau masih lagi Tersepit,

Jangan Impikan Keindahan
Kalau Kau masih Di Takuk Kehanyutan,

Jangan Mimpikan Kedudukan Yang Tinggi,
Membela Nasib Bangsa Sendiri

KALAU MASIH LAGI BEGINI.....

Sumber: http://kahkahkah.mnazman.com

7 comments:

palingberani said...

Salam batu gadung..

Ini ceta kan kasih sama sdr SMA...ngam betul sama dia..

kelapa mawar said...

salam ziarah batu gadung..

lama sdh sdr tak berkunjung di blog saya..kenapa ye..? barangkali sdr tak mahu minum air kelapa mawar ye..? (gurau jak )

Posting sdr kali ini penuh parlambangan...berdiri bulu roma kita membacanya..ditujukan pada sapa ni sdr..?

SMA said...

BATU GADUNG,

Saya SMA, tahu diri saya yang sebenar. Saya adalah keturunan Palahu. Kerja saya menangkap ikan di laut dengan perahu buruk. Saya bangga dengan peranan saya sebagai pembekal ikan kepada rumpun saya yang tinggal didarat.

Tanpa saya, maka saudara serumpun dgn saya di darat tak kan dapat beli ikan yang murah di pasar.

Maka atas kesedaran ini, saya tidak 'mengata' kat sdr saya yang serumpun bangsa dengan saya yang berumah besar di darat.

Saya terus saja menangkap ikan. Manalah tahu suatau hari nanti, kalau bukan saya, mungkin anak-anak saya tidak mahu jadi nelayan macam saya dan nak mencuba nasibnya di daratan pula.

Mungkin juga, siPalingberani dan keturunannya akan ingat 'kebaikan' saya sebagai nelayan Palahu yang menyediakan ikan murah pada rumpunnya, dan akan kasihan pada akan-anak saya dan bantu mereka pula.

Mana lah tahu...manalah tahu.

Itu sebabnya saya tidak 'mengata', sebab saya sedar diri saya sebagai Palahu adalah tidak semporna.

Salam Persahabatan dari saya. Nukilan sdr adalah 'jiwa raga' saya.

SMA.

BATU GADUNG said...

Salam,
Sdra Paling Berani...saya terfikir menerbitkan artikel secara tiba2, ntah kenapa apa sebabnya...bagi yang terasa sorry lah brader tidak sengaja...

BATU GADUNG said...

Salam,

sdri ku Kelapa Mawar...saya teringin juga berkunjung ke blog sdri tetapi memandangkan bulan puasa terfikir juga berkunjung maklum takut kepunan pula air kelapa mawar yang enak diminum...hahaha....sebenarnya saya selalu berkunjung....bah kata org tak sah kalau tak berkunjung ke blog sdri, tetapi sehingga kini saya belum lagi ada komen terhadap artikel sdri...teruskan penulisan sdri.....

BATU GADUNG said...

Salam,
Sdra SMA, setiap manusia di dunia ini ada peranan masing2 (fardhu kifayah)...cuma sama ada kita menjalankan peranan kita atau tidak itulah yang menjadi persoalan...seorang doktor mestilah menjalankan pfoession kedoktorannya begitu juga seorang guru kenalah juga menjalankan tugasnya sebagai guru... kalau tak itu namanya tidak amanah...manusia tidak ada yang sempurna kerana kita bukannya ada sifat maksum seperti nabi....tetapi yang penting kita menyedari kesilapan kita, mengakuinya dan berusaha memperbetulkannya...kadangkala kita kena juga prihatin terhadap pandangan masyarakat kerana masyarakat merupakan cermin tempat kita mencerminkan diri...apa pun teruskan perjuangan sdra, terus terang saya kagum terhadap semangat perjuangan sdra, walaupun sdra tidak menonjolkan wajah sebenar namun dari cara bercerita dan semangat sdra, saya semacam mengenali sdra...tapi d mana ye...

watasikadi said...

tambah sikit bus,
JANGAN TEGAKKAN BENANG YANG BASAH,
JANGAN DISOKONG YANG TERNYATA SALAH.

JANGAN BERKATA MANIS DIBIBIR SAHAJA,
JANGAN MENGIKUT YANG RETORIK SAHAJA