Tuesday, September 1, 2009

WIRAKU GAGAH GEMILANG TERBILANG (Istimewa buat Pak Amin)











Aku teringat pada Gatotkaca
tokoh wayang dari daratan Jawa
bertulang besi berurat kawat
boleh terbang ke udara.

Kini aku bersemuka di depan pintu realiti
insan berperasaan berdenyut nadi
dengan lirih doa merata dalam setiap gerak geri.

Kaukah yang memikul bulan di bahu
dan memberi salam agung
lewat celah jendela awan?

Dan dari perut sejarah
telah lahir bayi
bernama Wira Gagah Gemilang Terbilang.

Kau telah memetik matahari
dan memasukkannya ke dalam mangkuk kristal
lalu kuletakkan di dada bumi
di depan ribuan mata telanjang
dengan sekawah doa.

Terasa haruman bunga di jiwamu
merebak ke serata alam
dan orang-orang bersorak
bersama alu-aluan kepalan tangan kanan
menggapai ke langit
dengan satu laungan kebanggaan.

Kau adalah bintang
yang menyinari bumi bertuah...bangsa bertuah
aku cuma kunang-kunang
hanya dapat menyinari lingkaran diri
lewat celahan ketiak daun.

Kutulis puisi: kutulis semarak api kebanggaan
Kusaksikan: aroma wangi bangsa kian semerbak.

Dipetik dan diubahsuai dari: http://puisisajakmelayu.blogspot.com

18 comments:

Hati Seorang Wanita said...

A'kum...
Apa cerita ni Abg Batu Gadung...sekejap seperti menyindir dengan perlambangan yang mendalam kata KM...sekejap pula menyanjungi TSP...inilah mungkin gagau seperti yang dikatakan oleh Pakcik Si Renggit...nyaunuh-unuh aa atai manda pagari sa bitiara a pakcik TSP...

SAMBAL BELACAN said...

Salam,
Buat pertama kalinya saya setuju dengan rencana sdra...memang benar TSP pemimpin kita, ketua kita...tanpanya kita ibarat anak ayam yang kehilangan ibunya...tahniah!!! sajak yang menarik!!!

palingberani said...

ASSALAMMUWALAIKUM BATU GADUNG..

Aiiii lucu bana tau...Niak ku ngrati yan tuturannu..

naun erti ni kawan...branti jono..

Tudung Duang said...

Salam sdra Batu Gadung..

Tahniah! Terima kasih atas paparan sajak kali ini.
Secara jujurnya...saya membaca dengan penuh minat! terpancar sinar kejujuran dari bait-bait puisi yang dihidangkan. terima kasih..

Pada saya TSP ialah Pemimpin yang paling berani!!
Cekal..tabah..!!

PA'MIN said...

BatuGadung,

Saya ucap terima kasih atas kesudian anaknda mendidikasikan kepada saya sebuah sajak yang cukup bermakna, tetapi tidak setimpal dengan jasa atau pengorbanan saya kepada bangsa.
Saya tak pandai bersajak anaknda, tetapi biar saya cuba:

“MENCARI SINAR”

“Di keheningan subuh,
dipondok usang, di desa sepi,
tiba bayi diriba ibubapa papa,
didodoi dengan ‘ida-ida’ ,
sejarah bangsa,
pesakanya .

Berbekal ‘ida-ida’ sejarah
Berteman doa restu bangsa,
Meraba-raba entah kemana,
Kesaorangan, ketakutan, kelaparan,

Berkat doa,
Cahaya samar menyinar,
Menyinsing sedikit harapan,
Maju setapak, demi setapak kehadapan.
Perjalanan masih jauh,


Beratus purnama lamanya,
Berat kaki melangka,
Ah!....biarlah,
Betis bertenaga,
Menyusuri jalan mencari sinar,
Menerangi alam bangsa.

Wahai!, betis muda,
Melangkah lah kehadapan,
Jangan berebutan.
Sinar masih samar-samar kenampakan.

Nukilan,
Pa’Min
Dalam Pesawat AirAsia menuju ke Lapangan Udara, Sukarno-Hatta, Kota Jogjakarta
Tanggal 1.9.2009
Jam 11 malam.

Datu Pidtailan said...

Saudara Batu Gadung,

Lazimnya jasa seseorang itu tidak dikenang oleh orang ramai sewaktu dia masih hidup, mereka selalu nampak kesalahan sekecil kuman yang dilakukan oleh orang tersebut. Tapi jasa sebesar lautan yang dicurahkan oleh orang tersebut dibutakan matanya melihatnya.

Inilah PA`MIN yang seharusnya menjadi idola semua anak Iranun yang bergelar pemimmpin. Setakat ini samaada yang hidup atau mati, tidak ada seorang pun anak Iranun yang boleh menandingi kewibawaan PA`MIN. Usahlah kita menyakitkan hati orang lama ini, dia tidak akan hidup sepanjang zaman. Iranun dikenali di Malaysia dan Dunia kerana PA`MIN. Kalau kita berbeza pendapat dengan dia dalam apa sekalipun, biarlah kita berbicara selembut sutera, takut nanti kita ketulahan.

Jasa PA`MIN tidak akan padam dalam sejarah KB, Sabah, Malaysia Dan Dunia. Biarlah sebagai orang yang banyak berjasa kepada kita hidup tersenyum melihat anak-anak Iranun yang berlumba-lumba menggantikannya menunjukan panca silatnya dengan penuh beradab dalam dunia persilatan Politik. Wasalam

mambangtiora said...

macam ada unsur-unsur mengampu sajatu

Hati Seorang Wanita said...

Akum...
Su kadtaruh ah mangalokos si bapa Pamin, pibpasah yan su gubang tanu ah patundaan,su mangalokos daah makabagih...ni talighod yan sa rogoh...nyapasad pialaguyan sekitanu...

Saken setuju atantu sa kadtaruh a mangapagari tanu...su langun a pagari tarutama yan su mangoda, dih yan a ghaguad si bapa Pamin, akan tatapi sekami betulen amih su akal yan a dih pakasugat...

sambatan run saken den aya babai su kadtarua run mangadayang...tarpaksa pakadtaruh, kino basaulah den, daah den ah katurunan tanu a mangadatu sebagai pelapis...si bapa Pamin, dih sukelian cuma pangenien amie mangilai sekayan sa pelapis...su umur dih mitutoroh, doa aken ban si bapa Pamin matas a umur yan, akan tatapi manayan aden sesuatu tarjadi...manaya kami, antuna paka atur rekami...CUBA KA KUN FIKIRAH BAPA PAMIN...

mambangtiora said...

saya secara peribadi menyanjungi kebijaksaan Tan Sri di alam politik SABAH Malaysia.Dan rekod perjalanan dan kejayaan beliau menempatkan diri dikalangan ahli politik belum tentu dapat ditandingi mungkin 20 tahun atau lebih..oleh generasi akan datang..tapi itu kejayaan peribadi..kejayaan untuk orang kampung belum selesai...jalan-jalan raya sekitar kampung iranun belum diaspal..contoh kampung rampayan laut jalan raya sekarang rosak..kerana dilalui oleh lori pasir 10 tan yang meratah khazanah alam rampayan laut..kami masih menunggu apa kata tan sri pada aktviti dikg ini...

PA'MIN said...

Anak-anak kalian,

Salam kepada semua terutama Batu Gadung yang punya ruang,

Pa'Min sudah tua dan tak larat lagi mencampuri hal-hal 'kecil' seperti yang dibangkitkan oleh semua.

Seringkali saya katakan bahawa selama ini saya tiada kuasa 'mutlak' untuk dapat menyelesaikan semua masalah bangsa atau rumpunnya.

Sedarkah kamu, selama ini bahawa 'kuasa' yang kamu nampak ada ditangan adalah kuasa 'tumpang tuah', ehsan dari pihak yang lebih berkuasa yang jauh nun di sana.

Terkadang saya juga jadi mangsa. Cuma kamu tak nampak luka-lukanya.

Kerana bangsa dan kamu semua, tak larat pun 'ebpagatu' juga, untuk memberi kamu pemimpin-pemimpin muda 'MASA' bersedia dan siap siaga.

Kejayaan bukan diukur dari pembangunan hartanah semata. Kejayaan mutlak dan hakiki adalah pembangunan minda.

Saya bangga sebab dari apa yang saya terbaca di alam siber, minda anak-anak sudah terbangun.

Peranan saya adalah-PENYEDAR-atau dalam erti kata lain,'Peneroka Politik Bangsa' atau 'Bapa Politik Bangsa' seperti peranan Tunku Abdul Rahman Putra memerdekan bangsanya.

Na, dari sudut itu, nampak gaya tugas saya sudah hampir ke noktanya. Tinggal lagi menunggu bakal-bakal pengganti untuk memartabat bangsa sehingga canggih, seperti Melayu pada hari.

Soal pengganti, itu hak kamu pula untuk memilih MELALUI TATACARA PARTI POLITIK YANG ADA.

Kamu akan berjaya dengan syarat jangan berebut dan berpecah.

Kini, peranan saya lain sudah, ditingkat 'atas' untuk memastikan 'kuasa sikit' yang ada pada 'RUMPUN BANGSA' bertambah.

Cuma dengan adanya kuasa 'mutlak' barulah ada cerita.

Sabarlah semua, ya. Beri masa dan ruang pada Pa'Min untuk menjayakan 'misi' baru diluar kemahiran kamu.

Buat sementara waktu, kamu atur lah 'politik daerah' dengan penuh tanggungjawab dan berhemah.

Salam,

Pa'Min

Datu Amai A Baragir said...

Salam ziarah....

Tan Sri...a manaya su mangoda ah tau..dih merangit, pengoseboh...sikiran ghailai iran su ulaulah ka, kiabologan ka atantu mangala a lalag yan...manaya den pun usul aken amboh tarimaan ka...timoh an ka su langun aa tau Iranun...mumbal tanu sa dailog...baru yan mapiah ka a mama, antuna pen kadtaruh iran amaika pidcarita rekiran langun aa matatagoh sa atai....demikian ambuh sikiran....

Saken amboh aya datu aa mala a lalag...maikaisah tumidau pitu aa palih...tapi taruen ku sarekanu langun demi bangsa su lalag, su rarangit ghalinu ku...ugaid Tan sri atur an ka sikiran...antuna a kabolosan sa bangsa pun den ambuh sekah sagit ka akal aa mangoda...

BATU GADUNG said...

Salam,
sdri hati seorang wanita, tiada perkara sindir menyindir...cuma kita meluahkan rasa dan pandangan...namun setiap pandangan hendaklah disampaikan secara berhemah...

BATU GADUNG said...

Salam,
Sdra Sambalbelacan terima kasih atas kunjungan sdra...dalam setiap perkara yang penting kita mencari titik persamaan bukan perbezaan......

BATU GADUNG said...

salam,

sdra palingberani....selamat berkunjung.....

Sdra tudungduang...sekadar menyatakan pandangan ikhlas...walau apa pun...jasa & perjuangan Pa'min sukar untuk dipertikaikan...tetapi bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana yang tak bergelora...

BATU GADUNG said...

salam,

sdra mambangtiora, jasa dan perjuangan TSP sukar dipertikaikan, beliau adalah insan terpilih...namun kadangkala "kita manusia biasa" ...tetapi mesti bersedia menerima teguran dan teguran biarlah berdiplomasi...

BATU GADUNG said...

Salam,
sdra amai a baragir...marangitkah ambuh tau...tagua an ka buluh anan...daah pen maumah su kagunaannya...terima kasih atas kunjungan sdra...

BATU GADUNG said...

Salam...

Ayahanda Pak Amin...mataid ambuh aa sajak ka ini...

Terima kasih atas coretan sebuah sajak yang cukup bermakna kepada kami sebagai orang muda...

Ulasan ayahanda terhadap isu-isu yang dibangkitkan sangat2 saya hargai...semoga dengan ulasan tersebut dapat menjawap sedikit sebanyak isu berbangkit....mungkin juga dapat meredahkan kerisauan orang2 muda....

sedikit coretan buat ayahanda......
"Dia adalah seorang ksatria yang mampu membebaskan dirinya dan orang lain dari ketidaktahuan erti hidup.

Dia juga seorang pemimpin sejati yang tidak sombong untuk mengandalkan kekuatannya sendiri dalam mencapai kemenangan, sebab ia mengetahui dan memanfaatkan semua kehebatan dan keunggulan dari bangsanya"

Che Leh Jangok said...

Kagum hamba melihat mesra bapak dengan anak anak.
akepingin untuk dapat melihat contoh begini berlaku ditempat2 lain.
Tapi hamba cuma nak maklumkan ada lagi satu Gatotkaca baru singgah dilapangan Penyair Dari Gunung. Ada masa silakan ke sana.