Saturday, September 12, 2009

Najib: Tiada guna popular di kalangan ahli sahaja...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua pemimpin parti komponen BN bahawa tidak guna menjadi popular di kalangan ahli parti sahaja tetapi tidak popular di kalangan rakyat, sehingga menyebabkan kehilangan sokongan rakyat.


Najib yang juga pengerusi BN berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen suara keramat ialah suara rakyat dan kuasa mutlak adalah di tangan rakyat dan mereka yang akan menentukan nasib BN dalam setiap pilahan raya umum.

"Perkara ini relevan untuk diingat sama ada pada Umno, pada MCA, pada MIC atau semua parti kompenan BN...bahawa pertimbangan yang paling penting ialah sejauh mana kita popular di kalangan rakyat (dan) bukan popular di kalangan ahli-ahli sahaja.

"Kalau kita popular di kalangan ahli parti, kita boleh menang jawatan dalam parti tapi sama ada parti kita relevan atau tidak ialah sama ada kita boleh menang di kalangan hati rakyat untuk menyokong parti BN," katanya berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC kali ke-63 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini, lapor Bernama.

"Sebab itulah untuk Umno, untuk MCA, untuk MIC dan untuk parti-parti komponen yang lain jangan lupa perspektif ini, kalau kita lupa perspektif ini rakyat akan menghukum kita dalam masa pilihan raya," katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam ucapannya yang penuh bersemangat dengan diiringi tepukan bergemuruh 1,464 perwakilan MIC dan lebih 1,000 anggota dan pemerhati parti itu, Najib berkata rakyat hari ini bukanlah rakyat dalam tahun 50an kerana mereka sudah menjadi cerdik pandai disebabkan oleh dasar-dasar kerajaan BN.

"Rakyat juga sudah membuka pemikiran mereka...oleh itu untuk menjadi parti yang relevan...untuk BN menjadi relevan dan terus relevan, kita mesti berhubung dengan rakyat. Kita mesti sentiasa berhubung dengan rakyat...apabila kita berhubung dengan rapat, kita akan mendapat sokongan rakyat," katanya

Perdana Menteri berkata jika pemimpin-pemimpin BN sentiasa turun
padang dan menunjukkan sikap merendah diri , "kita tidak akan kehilangan apa-apa".

"Saya dah beri isyarat jelas bahawa pendekatan macam inilah yang kita kehendaki sebab BN merupakan sebuah produk yang baik," katanya dalam ucapan 25 minit itu.

Najib turut menekankan bahawa pemipin-pemimpin BN juga mesti mencerminkan kepimpinan yang disenangi oleh rakyat.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/


4 comments:

NUJUM PAK BELALANG said...

Saudara Batugadung,

Sukacita saya menjemput saudara memberi komen terhadap tiga artekil yang ditulis oleh pak belalang dalam blog Nujum Pak Belalang.

Che Leh Jangok said...

Barangkali ada yang berminat nak baca "Kaedah Manusia Melayan Manusia" di Tokjanggutkeramat.

BATU GADUNG said...

Salam,
Sdra Nujum Pak Belalang...jemputan Pak Belalang sangat dihargai, lagi pun saya teringin sangat minum kopi pak belalang, tapi sekarang ni bulan puasa pula...boleh tapau kah?

BATU GADUNG said...

Salam,
Che Leh Jengo...saya teringin juga nak tau...agaknya macam mana "kaedah manusia melayan manusia".....