Thursday, September 10, 2009

Kemelut MIC: Samy Vellu VS Subramaniam

Calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam hari ini mengecam jawatankuasa pusat (CWC) parti itu kerana merujuknya kepada jawatankuasa disiplin, yang disifatkannya sebagai satu “kempen kotor” terhadapnya.

Beliau mendakwa, ia merupakan satu taktik yang dirancang untuk menakut-nakutkan perwakilan supaya tidak mengundinya.

Mengulas pengumuman presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengenai perkara itu semalam, Subramaniam percaya ianya dilakukan kerana mendakwa presiden itu sedang berkempen bagi pihak seorang lagi calon, Datuk G Palanivel”.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara, beliau mendakwa, Samy Vellu melancarkan kempen kotor terhadapnya setiap hari.

Katanya, seandainya tindakan tidak diambil terhadapnya sekalipun, ia sudah cukup untuk menakutkan perwakilan.

Semalam, CWC memutuskan untuk merujuk Subramaniam kepada jawatankuasa disiplin ekoran satu kenyataan yang dibuatnya dalam akhbar berhubung pemilihan parti itu pada 1977.

Sumber: http://www.sabahdaily.com/


2 comments:

Unknown said...

Salam Batu Gadung,

BN semacam berada di ambang kehancuran, parti-parti pembangkang tidak lagi mementingkan keutuhan parti. Matlamat untuk mengekalkan kuasa mendahului segala-galanya, MCA misalnya mengambil tindakan kepada timbalan presdiennya kerana melihat Datik Chua menghampir kemampuan untuk mencabar perisedn Datuk Ong Te Keat.

Takut akan kekalahan kepada Datuk Chua majlis persiden mengambil tindakan memecatnya dalam parti MCA atas alasan kesilapanya dalam skandal sexs tahun 2007. Satu tindakan yang dilihat tidak adil keatas beliau, kerana beliau telah memikulnya dengan penuh tanggungjawab apabila beliau meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan pada waktu itu. Tetapi dalam pemilihan Parti MCA selepas itu Datuk Chua telah berjaya meyakinkan balik ahli MCA mengundi beliau dan memenangi jawatan timbalan priseden MCA. Bagi pemerhati politik melihat Datuk Chua telah Berjaya membersihkan namanya apabila beliau memenangi pertandingan itu dan tindakan memecat beliau adalah satu bentuk menganiyan.

Berbalik kita kepada masalah MIC, demikian juga rasanya. Merujuk Datuk Subra ke jawatankuasa disiplin parti lebih dilihat satu bentuk yang mempunyai motif politik, kerana beliau dilihat Calun yang popular memenangi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan MIC nanti. Dan bila memenangi jawatan itu akan menjadi tamparan yang hebat kepada Datuk Sami Vellu. Dan keinginan untuk melihat Datuk Panalevil menggantikan beliau akan musnah.

Jika ini sentiasa berlaku dan Datuk Sri Najib membiarnya berlaku akibatnya BN umpama retak menanti pecah. Wasalam

BATU GADUNG said...

Salam,
sdra nyawa bin badan, apabila "kuasa didahulukan, rakyat dikemudiankan" inilah yang akan terjadi...pemimpin bercakaran sesama sendiri...masing2 berlagak hero superman konon2nya, tuduh-menuduh...siapa yang menikam dan siapa yang ditikam belakang? menjadi persoalan...

Suara dan tuntutan rakyat tidak lagi didengari, akibatnya rakyat beralih arah kepada pihak lain...dan perkara ini bukan saja dalam MIC tetapi ia juga berlaku pada komponen lain.