Saturday, August 15, 2009

Rohaizat Othman BN vs Salleh Man PAS di Permatang Pasir


Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh,Rohaizat Othman,38 telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan negeri Permatang Pasir,Pulau Pinang.Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di Command Centre BN di Jalan Permatang Ara,Permatang Pasir,petang Jumaat.Lebih 2,000 penyokong BN hadir di majlis itu.Sementara itu dalam satu majlis pada sebelah malam pula PAS umum Salleh Man (gambar bawah) yakni Persuruhjaya PAS Pulau Pinang sebagai calonnya.Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Sumber: http://www.agendadaily.com/


15 comments:

kelapa mawar said...

salam sdr batu gadung,..

UMNO sabah sudah hantar tentera seramai 50 orang ke Permatang pasir..wajarkah?...ada saya post kn di blog saya..harap sdr dpt berikan ulasan..ma kasih

BATU GADUNG said...

Salam,

Sdri Kelapa Mawar...terima kasih atas undangan sdri, sekejap lagi akan datang bertandang...on the way...

risk-taker said...

salam..

ai napa la BN letak calon2 begini..
da mengalah awal-awal ke?
bagus x pyh lawan mcm di DUN penanti....
Lawan ni pun saja nak jaga kredibiliti najib...
semua org dapat agak oi...

risk-taker said...

salam...

bgini da terang2 BN tumbang lagi...hehehhe

risk-taker said...

Salam....

da xda calon BN lebih gah ker di PP?
ni mana calon ada rasuah 2 juga di letaknyer...
petanda mengalah awal2 da ni....
hehehe

BATU GADUNG said...

Salam,
Sdra Ristaker, menang atau kalah semua menjadi adat pertandingan... dan siapa menang, siapa kalah adalah ditentukan oleh rakyat...jadi kita tunggu dan lihat siapakah calon pilihan rakyat Permatang Pasir

BATU GADUNG said...

SALAM UKHWAH ISLAMIYAH,

Syukran Sdra SABAHKITA...Alhamdulillah...esok kita akan mula menunaikan salah satu daripada rukun Islam. Sempena bulan Ramadhan bulan yang penuh kerahmatan, saya juga seperti sdra mengaharapkan agar kita dapat bersama-sama menghayati bulan yang mulia ini dan semoga juga dapat mengeratkan tali persaudaraan dan akhirnya dapat membentuk permuafakatan ummah.

Wassalam

Unknown said...

Salam Batu Gadung,

Calun BN macam perasuh, inilah yang Tun Mahathir marah, pucuk pinpinan pilih orang yang ada masalah peribadi. jangan hairan kalau kalah nanti. Wasalam

BATU GADUNG said...

Salam,

Sdra Nyawa Bin Badan...mana2 parti politik pun tidak terlepas daripada masalah rasuah...perkembangan yang baik kerana Tun Mahathir benci rasuah tetapi seperkara cuba sdra renung-renung sejenak iaitu Siapakah Bapa Rasuah Malaysia?...setiap calon ada kisah peribadinya...kita adalah manusia biasa, bah kata orang bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora...fikir2kanlah

Selamat....

Unknown said...

Hai Batu Gadung,

Mana sudah kawan kau si Anggau. Dia pendek-pendek tapi tagah. Berapa talipon dia ah

Unknown said...

Salam Batu Gadung,

Saya rasa ini adalah satu kesilapan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti apabila memilih calun yang mempunyai masalah peribadi. Sebagai orang BN, kita kena terima hakikat apabila saudara Rohizat kalah di Permatang Pasir. Wasalam

BATU GADUNG said...

Salam,

Sdra Labilabulabi, si Angau sedang bercuti di Pulau Bali, dia lupa bawa telifon...

BATU GADUNG said...

Salam,

Sdra Nyawa Bin Badan...macam juga perlawanan bola sepak apa yang ada di kertas tidak akan menjamin keputusan akhir...apa2 pun boleh terjadi...namun kalau sudah kalah kena terimalah hakikat...

Selamat...

risk-taker said...

salam..

sdr batu gadung...title bapa rasuah negara memang title paling ngam dgn tun 'tuuutttttttttttt.....'
hhehehehe

BATU GADUNG said...

Salam,

Sdra Risktaker, nampaknya sdra salah faham, saya TIDAK maksudkan bahawa Bapa Rasuah malaysia adalah Tun...saya cuma sekadar bertanya...

Selamat...