Monday, August 10, 2009

MENJADI PEMIMPIN YANG JUJUR LAGI ADIL

Gambar Hiasan
Munculnya seseorang pemimpin sebahagian besar terjadi kerana diangkat oleh kelompok orang yang mempercayainya agar dapat memimpin kelompok itu dengan baik. Ada pula orang yang menduduki kepimpinan kerana faktor warisan (dalam politik bisa juga terjadi) di mana peneraju pada mulanya mempunyai keistimewaan yang patut diangkat sebagai pemimpin. Jadi bagaimanapun proses seseorang menjadi pemimpin pada hakikatnya kerana mendapat kepercayaan kelompok yang dipimpinnya agar dapat mengatur kehidupan sehari-hari dengan baik, teratur, tenteram dan aman.

Untuk menciptakan keadaan seperti itu, seseorang pemimpin haruslah jujur dan adil. Jujur dalam erti segala amanah yang dipikul di atas bahunya benar-benar dijalankan tanpa ada niat untuk memperkaya dirinya sendiri atau keluarganya, apalagi sampai menipu.


Rasulullah saw telah bersabda:

“Tak seorang pun yang telah dikehendaki Allah memimpin rakyat, kemudian ketika mati ia masih dalam keadaan menipu rakyatnya, melainkan Allah pasti mengharamkan syurga atasnya”. (HR. Bukhari dan Muslim).


Al Hajjaj adalah gabenor Kota Mekkah pada ketika itu. Pekerjaannya bukan memakmurkan rakyat, tetapi sebaliknya suka menghabiskan wang negara. Pada suatu hari ia berkenaan meninjau desa-desa dalam pakaian biasa untuk mengetahui keadaan masyarakatnya. Kebetulan pada waktu itu ia bertemu dengan seorang petani tua. Terjadilah dialog antara keduanya.

“Bagaimana keadaan masyarakat di desamu?” tanya Al Hajjaj.

“Biasa saja sebagaimana di desa-desa yang lain, mereka banyak mengeluh kerana tingkahlaku wali negeri ini”, jawab petani tua tersebut.

“Bagaimana pendapatmu mengenai wali negeri Mekkah sekarang?”, tanya Al Hajjaj.

“Selama hidup ini belum pernah tahu wali negeri yang kurang ajarnya seperti wali negeri yang sekarang ini”, kata petani tua itu.

“Kelakuan apakah yang paling kamu benci dari wali negeri ini?” Al Hajjaj terus bertanya.

“Semua kelakuannya saya benci. Ia bakhil, tidak memikirkan nasib orang miskin bahkan ditindas, dan suka menghabiskan serta membazir wang rakyat” jawab petani.

“Apakah harapanmu terhadapnya?” tanya Al Hajjaj yang menyamar itu.

“Siang malam saya selalu berdoa agar wali negeri ini lekas dipanggil kehadrat Illahi untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya sebagai pemimpin” jawab petani itu.


Seketika itu pula, Al Hajjaj tercenung mendengar jawapan petani yang begitu jujur. Ia mneyedarinya bahawa selama ini telah berbuat yang sama sekali tidak berkenaan di hati rakyatnya, tidak jujur dalam memerintah serta kejam terhadap rakyatnya. Pada akhir menjelang wafatnya bila dijenguk oleh para sahabatnya dia selalu bersyair:

“Dosaku seberat langit dan bumi.

Dan harapanku kiranya Khalik sayang padaku.

Jika aku diterima baik, itulah harapanku.

Jika aku diberi catatan, itulah azabku”.


Pada saat-saat akhir menghadapi maut itu, datang menjenguk Abul Mundzir Ya’la bin Mukhlid, dan bertanya: “Bagaimana keadaanmu sekarang?”

“wahai Ya’la, aku menghadapi perjuangan yang sangat berat, penderitaan yang tiada tandingan, bertarung dengan maut yang sangat merisaukan. Sungguh-sungguh aku akan celaka bila Tuhan tidak memberikan ampunan”.


Demikianlah sekadar contoh orang yang kurang bertanggungjawab sebagai pemimpin, tidak berlaku jujur kerana menuruti hawa nafsu. Hingga akhirnya ia tidak mendapat simpati rakyatnya bahkan mengutuknya.


3 comments:

Unknown said...

Saudara BG,

Saya ucpankan tahniah kerana menulis satu cerita yang benar2 menjadi panduan kepada mereka yang bercita-cita jadi pemimpin. Syabas saudara.

Unknown said...

Salam,

Diharapkan artikel ini menjadi pengajaran kepada mereka yang berniat menjadi pemimpin dan yang sedang menjadi pemimpin...harap C langah Pak Amin mengambil iktibar. Teruskan menulis.

Sekian, Terima Kasih.

BATU GADUNG said...

Salam,

Sdra Abu, lahirnya pemimpin sedemikian merupakan harapan dan kegembiraan bagi semua rakyat.

Sdra Radiamoda, pemimpin ada dua jenis iaitu pemimpin kepada parti dan pemimpin kepada rakyat.