Friday, August 28, 2009

SAHIBUL HIKAYAT: RAJA PENJUAL PETAI.

Cerita ini sekadar hiburan semata-mata...........
Alkisah pada suatu masa adalah seorang pemuda. Pemuda bernama Bantogen Akhlaken. Kerjanya menjual petai. Adapun itulah satu-satunya pekerjaan yang dilakukannya sejak dari akil baligh sehinggalah menjadi muda belia. Tiadalah dia tahu melakukan barang apa pekerjaan pun selain dari itu. Akan tetapi sayugia diingat, Bantogen Akhlaken ini tidaklah suka memakan petai. Busuk, katanya.


Maka ada pun rutin harian Bantogen Akhlaken itu sangatlah mudah. Setiap hari apakala bangun dari tidur, bersiap-siaplah dia itu pergi dari sebuah kampung ke kampung yang lain bagi membeli petai-petai yang hendak dijual. Maka apakala petang, dia berjualan. Maka apabila sampai duduklah dia di situ berkempen memanggil pelanggan.


Syahdan tersebutlah pula kisah raja negeri itu. Baginda itu bernama Raja Patalan. Adapun Raja Patalan ini seorang yang sangat suka memakan petai. Setiap hari tiadalah lain pekerjaan baginda itu selain daripada keluar ke balairong seri untuk mendengar aduan rakyat sambil tangannya menyuap ulas petai ke mulut.


Sekali peristiwa pada suatu hari Bantogen Akhlaken pun berasa bosanlah akan pekerjaannya itu. Terfikirlah olehnya alangkah seronoknya jikalau dia dapat melakukan barang sesuatu pekerjaan lain yang lebih mencabar.


Kata syahbul hikayat, pada masa itu Raja Patalan pun mempunyai perasaan yang sama. Sudah jemulah baginda itu duduk mendengar masalah rakyat setiap hari, yang tiada berkesudahan hujung dan pangkalnya. Sudah letihlah baginda itu berjanji akan menyelesaikan masalah hamba rakyatnya itu, akan tetapi tiadalah satu pun yang benar-benar selesai. Maka itu berkatalah Raja Patalan di dalam hatinya alangkah baik jikalau dia dapat melakukan barang sesuatu pekerjaan lain yang boleh menghilangkan kebosanannya buat sementara.


Adapun semasa berfikir begitu, Raja Patalan ditandu di hadapan gerai petai Bantogen Akhlaken. Apabila terlihat petai yang banyak itu meleleh-lelelah air liur baginda. Maka disuruhnya para biduanda berhenti di situ.


Kemudian raja itu berkata kepada raja penjual petai, “Wahai orang muda, beta sudah bosan menjadi raja dan teramat ingin melakukan pekerjaan lain barang beberapa hari. Sudikah kamu bertukar-tukar pekerjaan dengan beta?


Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, Bantogen Akhlaken pun menerimalah

tawaran itu. Syahdan pada petang itu jua berangkatlah dia ke istana untuk memulakan hidup baru sebagai raja buat sementara waktu. Maka Raja Patalan pula berangkatlah ke teratak Bantogen Akhlaken untuk memulakan kehidupan sebagai penjual petai.


Maka si Bantogen Akhlaken pula, pagi-pagi telah masuklah ke balairong seri untuk menjalankan tugas sebagai raja. Maka telah tersedialah untuknya di situ timbunan petai yang telah dikopek kulitnya.


Akan Raja Patalan pula pada ketika itu, pergilah dia masuk kampung keluar kampung untuk meraih petai-petai yang hendak dijual.


Syahdan tidak lama masuklah hambah rakyat ke balairong seri itu untuk mengadu hal seperti biasa. Akan tetapi tiadalah Raja Bantogen Akhlaken mempedulikan mereka, sebaliknya sibuklah dia itu menjerit seperti biasa, “Petai! Petai! Semuanya siap dikopek! Murah! Murah!”


Maka kerana kepandaiannya berkempen dalam sekelip mata singgahsana di balairong itu pun bertukarlah menjadi seperti gerai petai.


Tersebutlah pula kisah Raja Patalan. Sehinggah petang belumlah dia itu dapat pulang ke gerainya untuk memulakan berjual-jualan. Adapun sebabnya ialah dia tidak mempunyai petai untuk dijual kerana mana-mana yang diborong daripada orang kampung habis dimakan olehnya sendiri.............

Dipetik dan diubahsuai dari: Majalah Politik Kedai Kopi

10 comments:

SI RENGIT said...

salam...

Mataid ambu palambangan ka aya pagari....Semoga sucsess(pinjam ayat Saudara solymone)....tq

tawadakan said...

Salam,
sdra Batu Gadung...pening kepala mentafsir apa gerangan maksud hikayat ini...mendalam sungguh...tukul fungsinya untuk mengetuk dan paku untuk memaku, jika kedua2nya bertukar fungsi, kacau bilaulah akhirnya...

Nyawa Bin Badan said...

Salam Batu Gadung,

Sesuatu yang amat menarik, tapi tak faham apakah yang tersirat dari yang tersurat. Tolong jelaskan maksud sebenar cerita ini.

kelapa mawar said...

salam sdr Batu Gadung..

Bilang si Renggit mataid anan..

mana mataid dengan post saya 'PANDIKAR-HJ MUSBAH TEMAN SEPERMAINAN..?

BATU GADUNG said...

Salam,
Sdra Si Rengit...bloger org lama, teringat pula masa pilihanraya banyak lambang bergantungan sana-sini, kerana kalau setakat sebut nama calon saja pengundi sukar kenal mesti ada lambang, bukankah begitu?

BATU GADUNG said...

Salam,
Sdra Tawadakan...."make the right choice!!!"

BATU GADUNG said...

Salam,
Sdra Nyawa Bin Badan, saya pun sekali baca ini maksudnya, kedua kali baca itu maksudnya...macam2...apa pun terima kasih atas kunjungan sdra...

BATU GADUNG said...

Salam,
Sdri Kelapa Mawar...mataid su raked ka...kerana mataid ah babai...kirakah?

DEPU-DEPU said...

salam sdr batu gadung..

Saya terlambat agaknya, memberikan ulasan..maklumlah..sejak akhir2 ni sibuk...tapi tak apalah..

Saya sangat tertarik membaca cerita ini..bagus kalau rasanya sdr bagi tajuk "SI BANTOGEN AKHLAKEN" atau SADDIQ SIGA- RAGA, Penjual barang-barang Purba (petai)"..ha..ha.. Salam Sdr.teruskan..banyak parlambangan...

BATU GADUNG said...

Salam,
Terima kasih, atas kunjungan sdra Depu-Depu...satu cadangan yang menarik...ya, kenapa saya tidak terfikir juga meletakkan tajuk seperti itu...hahaha......

terima kasih...