Monday, August 24, 2009

DILEMA MENCARI AGENDA

Dewasa ini entah kenapa ramai sangat yang bercakap tentang hal-hal berkaitan bungkus membungkus dan pangkas memangkas. Mungkin tidak ada siapa kisah kalau setakat kisah bungkus-bungkus dan pangkas-pangkas yang memang patut dibungkus dan dipangkas. Atau yang macam semua orang maklum tentang perilaku membungkus part-part yang harus dibungkus dan ranting-ranting yang mesti dipangkas. Malah hal insan-insan yang masih aktif membungkus dan memangkas masih tak nak penat jua seakan-akan macam satu kewajipan baginya.


Apabila timbul persoalan bungkus-bungkus dan pangkas-pangkas, lantas mereka yang didakwah pakar membungkus dan memangkas membuka mulut yang selama ini lagaknya berpuasa daripada memberi sebarang respon. Namun demikian ramai yang menyifatkannya sebagai “telunjuk lurus kelingking berkait”. Ada ungkapan menyatakan “luaran seseorang itu menggambarkan apa yang ada di dalam dirinya. Baik dan sopan santun luarannya maka begitu jugalah apa yang ada didalamnya. Tetapi, ada pula ungkapan membangkang yang mengatakan “don’t judge the book by it’s cover”, maksudnya kalau luar buruk tak semestinya dalam juga buruk dan begitulah sebaliknya. Jelasnya tidak ada sesiapa yang dapat membaca dengan tepat apa yang ada dalam kepala hotak orang lain, apa yang ada dalam hati orang lain selain dirinya sendiri. Maknanya, tak boleh nak salah sesiapa kalau ada orang kata you all itu nampak luar saja bagus, tapi dalam hancus! You all itu luar saja nampak baik, tapi dalam buruk! So what?


Apa pun bungkus-bungkus dan pangkas-pangkas bukan itu yang harus menjadi persoalan pokok kerana agenda perjuangan Iranun yang harus lebih utama untuk dibicarakan. Apakah Iranun tiada agenda perjuangan selama ini? Ada! tetapi untuk siapa? Kepada siapa?. Persoalan inilah yang harus dikupas, bukan untuk membuka pekung di dada tetapi sebagai ralat kepada agenda perjuangan bangsa.


Pada awal riwayat perjuangan Iranun dalam usaha memartabat bangsa, semboyan agenda bangsa menjadi penyuntik semangat kepada para pejuang ketika itu. Perjuangan akhirnya membuahkan hasil, memartabat bangsa, menempah nama dalam sejarah. Inilah hasil perjuangan harmoni orang-orang terdahulu.


Namun semangat perjuangan harmoni semakin lama semakin pudar warnanya, semakin tawar rasanya. Semboyan agenda perjuangan bangsa diganti dengan semboyan perjuangan peribadi. Maka ada diantara pejuang menjadi api dalam sekam, golongan muda bersuara “kalau dah jadi begini, ini bukan lagi pejuang namanya, ni namanya petualang”. Perkara ini mengingatkan saya akan kata-kata mantan PM Malaysia Tun Dr. Mahathir “Melayu mudah lupa”. Melayu mudah lupa!! Ini bukan kata-kata saya. Bukan saya yang kata. Bukan saya yang mulakan, Tun yang mulakan. Nampaknya Iranun pun tidak terlepas daripada penyakit mudah lupa, mungkin dek kerana Iranun tergolong dalam rumpun Melayu. Mereka lebih menjurus kepada agenda peribadi dan mengaburi mata rakyat dengan seribu satu janji lagaknya seperti “tanam tebu di bibir mulut”. Falsafahnya tak ubah seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.


Akhir-akhir ini Iranun khasnya golongan muda mula sedar akan kekhilafan ini. Mereka menuntut agar perjuangan kembali ke landasan agenda bangsa. Mereka bukan tidak berterima kasih, jauh sekali untuk menongkah arus, dan kalaupun mereka sanggup menongkah arus itu demi atas nama bangsa kesayangan mereka. Mereka bukan lagi penonton setia opera setelah lebih separuh abad melihat gelagat pelakon opera yang diiringi gesekan biola merdu memukau kalbu. Itu dulu, penonton bukan meminggirkan opera cuma biarlah opera dipentaskan di tempat ternama di istana budaya. Mungkin juga boleh dipersembahkan pada majlis-malis beradat dan menyambut pelancong asing bagi memperkenal adat budaya. Ini kerana opera sudah punya nama, maka ia akan mencemar nama andai dipersembah dipinggiran kota......bersambung.

14 comments:

tawadakan said...

Salam,

sdra, bunga kalau dipangkas selalu lagi elok tumbuhnya, lagi lebat rantingnya, nasi lemak lebih sedap jika dibungkus dengan daun pisang, opera drama real tanpa editing, tapi orang muda suka animasi

PENDIKAR KEBENARAN said...

Salam,

Dadih, perjuangan kami dulu sangat-sangat ikhlas untuk bangsa tanu, akan tetapi sekayan madakel ah kialipatan yan, lumalangag ban akih sa langit, pun mandtai midsaghul sa watuh, nyatapayah, antuna ehkabolosan run.

Unknown said...

Salam, sdra setiap orang ada pendirian masing2, ada pendapat masing2, sesiapa pun layak memberikan pandangan...itu pandangan sdra...bunga perlu dicantas rantingnya untuk membolehkannya dibentuk mengikut acuan kita, agar lebih cantik bentuknya, kalau dah kenampakan agak memalukan dibungkuslah seelok2nya supaya orang tidak nampak bayangnya, terima kasih

Hati Seorang Wanita said...

A'kum...

Abg Batu Gadung, memang betul Iranun mudah lupa... inilah yang memualkan rakyat terutamanya di Kota Bungan...oleh itu marilah kita bersama2 mengetengahkan Ust. Idris Kisab, dia ini segar belum lagi tercemar mindanya. Hidup!!! Idris Kisab

kelapa mawar said...

salam sdr batu gadung..

Penulisan sdr dalam isu ini masih bersembunyi di sebalik perlambangan yang mendalam tetapi memerlukan penelitian yang ikhlas. Syabas dan teruskan..saya amat teruja membacanya..kerana isu ini pernah juga saya postkan bilamana, pemimpin atau ketua tidak suka ditegur..meletakkan diri jauh lebih tinggi dari rakyat biasa...alasanya mudah kerana pemimpin banyak idea dan pengalaman..cukup singkat perkiraannya..

rakyat dibiarkan terus terbiar dan tidak terbela...kononnya untuk menjadi pendikar di tengah-tengah bangsanya...Pendekar baru tidak direstui..benarlah dicantas dan dibungkus macam nasi lemak..

Golongan muda sprti sdr perlu berfikir banyak kali menyokong ketua sebegini..tahniah dan teruskan.

Unknown said...

Salam Batu Gadung,

Suatu perkara yang baik untuk dibincangkan masa kini oleh oleh semua pendekar-pendekar cahaya Iranun dalam bahasa PA`MIN. Hala tuju bangsa Iranun kini terumbang ambing seolah2 dipukul ombak dek badai di tengah lautan.

Ada pelapis pemimpin tapi masih dipertikaikan, yang terdahulu tidak memberi laluan kepada bakal mewarisi kepimpinan mereka bercakaran sesama sendiri. mendabik dada konon dia juga berkebolehan. Jarang sekali antara mereka ini mencerminkan diri sebelum membuat kenyataan, tidak lagi menghormati pemimpin terdahulu. Pak kata orang pasar BERCELARU.Baru setahun jagung dah mula berkokok, tapi kokoknya kadang-kadang macam ayam betina atau ayam jangan yang tidak sedar diri. Wasalam

DEPU-DEPU said...

salam sdr batu gadung..

saya berfikir banyak kali untuk memberikan ulasan dlm post sdr kali ini..kerana sbg anak iranun dan dari golongan muda..saya amat risau perkembangan yang sdr katakan ini..banyak perkara yang perlu diambil perkiraan kerana kesilapan akan menyebabkan iranun akan bertambah "tenat' kuasa politiknya.

kalau kita katakan bahawa politik suku menidakkan politik serumpun juga bagi saya tidak tepat..kerana kepimpinan bangsa bermula dari keluarga dan suku..dikembangkan kepada kepimpinan serumpun dan negeri serta negara...
persoalannya sudahkah sampai kepimpinan Iranun dalam kepimpinan serumpun..? tepuk dada, dan sendawalah berpanjangan...

Now, Isu cantas-mencantas ini bagi bagi saya perlu dipandang secara lebih emprikal iaitu berdasarkan bukti yang sahih..dan tidak melepaskan batuk ditangga...jika misalnya situasi ini wujud..maka satu tindakan mengumpul semua cendikiawan dan pemikir Iranun perlu diadakan..secepatnya...Saya rasa SABAHKITA, SDR MUSRAM,PEMIMPIN PISBA, TOKOH VETERAN IRANUN SEPERTI SDR PINJAMAN DAN PEMIMPIN2 masyarakat Iranun perlu dilibatkan....( maaf ramai lagi yg tidak sempat disenaraikan namanya )..perkumpulan ini bukan atas kepentingan diri tetapi disusuri perasaan maaf dan kesedaran...bermula dari suku iranun dulu..Pada mata kasarnya, cadangan ini mungkin sukar dan susah dilaksanakan. Tetapi saya berpandangan..cara ini lebih baik dan berjiwa iranun sifatnya.

Siapa yang memulakannya, saya rasa Ayahanda TSP, lebih berkelayakan..kumpul golongan muda ,terangkan intipati perjuangan Iranun di pesada politik daerah dan negara...dengan harapan kefahaman akan mengambil tempat..

Perdebatan dan pendedahan di dunia cyber ini ibarat membuka pekung di dada...golongan majoriti (pinjam kata ayahanda Pa'min) hanya akanmelihat dari jauh kesudahan ini.
Mohon maaf atas pandangan yg panjang ini.Wassalam.

BATU GADUNG said...

Salam...sdra Tawadakan, memang benar pokok bunga perlu dipangkas untuk mencantikan ia...inilah pegangan pakar-pakar landskap yang cerdik dalam rekabentuk taman2 permainan...nasi lemak perlu dibungkus "packaging" katakan namanya...

BATU GADUNG said...

Salam...Pakcik Pendikar Kebenaran, tahniah dan saya terharu dengan kunjungan pakcik, walaupun bersara tetapi terpaksa kembali beraksi dalam gelanggang persilatan...selamat kembali beraksi

BATU GADUNG said...

Salam..sdra Radiamoda, macam gelaran dalam strata orang Iranun dulu2...terima kasih atas pandangan sdra, pandangan sdra sangat berguna untuk direnungkan

BATU GADUNG said...

Salam...Sdri ku, Hati seorang Wanita...mungkin inilah luahan isi hati seorang wanita...Idris Kisab juga punya peluang tetapi pada hemat saya, namun yang pasti, masa dan keadaanlah yang menentukan bertuah atau tidak seseorang itu, ini kerana manusia tidaklah seperti ayam sabung yang boleh dikenalpasti bertuah atau tidak berdasarkan tajinya...

BATU GADUNG said...

Salam...sdri Kelapa Mawar...enak rasanya diminum...orang dulu2 suka berbayuk, bayuk adalah warisan orang Iranun...tapi saya tidak pandai bayuk...

orang bijak pandai ada mengatakan budak kecil sekali pun jika ideanya bernas tidak salah untuk kita dengan dan mempelajari sesuatu daripadanya...teringat cerita Singapura dilanggar todak...kaedah mengatasi permasalahan tersebut datangnya daripada seorang budak mentah...

tidak banyak yang diminta oleh golongan muda...terlalu ringkas...politik tak payah sentuh kerana kita dah berjaya walaupun kebelakangan ini agak mengecewakan...yang dipinta oleh golongan muda adalah perkembangan budaya, bahasa dan ekonomi. Suku kaum lain sudah berasa lega kerana bahasa mereka sudah dimartabatkan lihat saja di radio siaran bahasa ibunda mereka berkumandang setiap hari begitu juda di dada2 akhbar terpampang bahasa mereka setiap hari bahkan hinggakan sampai di IPTA menjadi salah satu subjek bahasa yang diajar di IPT.

Dalam aspek budaya, mana pusat kebudayaan kita? mana pertubuhan kita? dulu ada PISBA sekarang? majoriti suku kaum Iranun terdapat di KB tetapi mana bangunan atau binaan am yang bercirikan budaya dan adat resam Iranun, orang lain dah ada...

Ekonomi, tak usah ceritalah penyertaan Iranun pada peringkat nasional....di KB pun boleh kita dapat jawapannya...

Walaupun pada hakikat saya tak nak ulas pasal politik tetapi, sedikit pertanyaan mana formula 2:1:1

Maaf sdri KM, terlalu panjang respon saya...kerana terlanjur sdri menimbulkan persoalan mengenai aspirasi dan orang muda...saya pun tertulis panjang pula...

BATU GADUNG said...

Salam, Nyawa Bin Badan...terima kasih atas pandangan sdra...tak apa terumbang ambing dipukul ombak kerana yang penting nakhoda cekap mengemudi haluan...

Teringkat ungkapan ayahanda Pak Amin iaitu "KEJARANGAN atau KEBIASAAN"...Obama, usianya masih muda tetapi mampu menawan White House...

Orang terdahulu perlu dihormati!! namun agenda perjuangan bangsa tidak menetapkan had usia...yang penting dapat memikul amanah rakyat yang dipimpinnya...terima kasih sekali lagi atas pandangan sdra...

BATU GADUNG said...

Salam sdra Depu-depu...pengunjung yang dinanti-nantikan....meminjam kata2 ayahanda Pak Amin "Sejarah Menentukan Masa Depan Bangsa"... memang betul kata sdra, sejarah telah melakarkan bahawa perjuangan bermula dari keluarga dan suku barulah serumpun...

keluarga dan suku merupakan asas perjuangan...seperti sebuah rumah 'inilah tiangnya...kalau tiang tak teguh mana mungkin rumah tidak bergoyang....silap2 haribulan boleh roboh dibuatnya...

Terima sekali lagi atas ulasan sdra terhadap isu ini...