Saturday, August 1, 2009

Pemuda Umno Lebih Suka ISA Dipinda Daripada Dimansuhkan

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia lebih suka Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipinda dan bukan dimansuhkan, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata pemansuhan akta itu hanyalah satu pilihan tetapi membuat pindaan supaya tiada ruang bagi pihak-pihak tertentu menyalahgunakan kuasa untuk tujuan politik adalah lebih baik.

"Apa saja akta bagi menggantikan ISA hendaklah bertujuan menjaga keselamatan negara dan menghapuskannya pada masa ini tidak wajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu di sini, Sabtu.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam mencadangkan supaya kerajaan menghapuskan atau meminda ISA.

Khairy memberi contoh dalam konteks membendung anti-keganasan, ISA masih relevan kerana ada negara yang melaksanakan undang-undang anti keganasan menggunapakai akta yang tiada beza dengan ISA.

Contoh lain ialah mengurangkan tempoh tahanan dari 60 hari kepada 45 atau 30 hari sahaja dan selepas ditahan selama dua tahun, kajian semula yang lebih telus lagi hendaklah dibuat," tambahnya.

Mengenai Pemuda Umno, Khairy mahu anggota pergerakan itu supaya lebih fokus ke arah pilihan raya dengan mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

Katanya angin perubahan di kalangan rakyat semakin berpihak kepada Barisan Nasional (BN) terutama golongan muda saperti yang ditunjukan mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai Selasa lepas.

Beliau bagi pihak Pemuda Umno Malaysia mengucapkan takziah dan simpati kepada rakyat Indonesia serta mangsa-mangsa warganegara yang terkorban dan tercedera dalam tragedi pengeboman di dua hotel di Jakarta, Ritz Carlton dan JW Marriot dua hari lepas.

Katanya rakyat Malaysia perlu berwaspada kerana kemungkinan suspek yang melakukan keganasan itu adalah anggota Jemaah Islamiah yang mempunyai keanggotaan di seluruh rantau Asia Tenggara bagi mempastikan ancaman itu tidak merebak ke negara ini.

-- BERNAMA

2 comments:

Ajin b. Gagah said...

Salam Sdra Batu Gadung,
Dengan ringkas nya saya setuju, ISA dikemas-kini kan sealiran dengan keadaan. Namun di hapus? saya dengan bersebab; 100% tidak setuju.

Maseh ada lagi hal sensitif lagi sulit yang tidak mudah di tangani dengan setakat menggunakan perlembagaan atau pun akta polis.

Kes saperti tindakan subversive dari luar dan dalam, ideologi komunisma dsn, maseh lagi mengancam negara kita masa ini.

Negara yang mengamalkan konsep demokrasi klas satu saperti USA dan British pun masing-masing maseh menggunakan akta keselamatan negara mereka sama saperti ISA di negara kita.

So, dalam hal yang begini serius, kita kena bertindak lebih matang sebelum melakukan sesuatu yang merugikan masa depan rakyat,agama dan negara kita.

BATU GADUNG said...

Salam,

Terima kasih atas kunjungan sdra Solymone...saya juga berpendirian bahawa ISA tidak seharusnya dimansuhkan cuma perlu dibuat pindaan agar sesuai dengan keadaan semasa serta demi mengelakkannya daripada disalahguna demi kepentingan politik oleh pihak tertentu.