Pada ketika semua yang menyertai demonstrasi anti-ISA sudah cuci tangan pulang ke rumah masing-masing rupanya kerugian dari pelbagai segi wang ringgit peniaga terpaksa tutup kedai dan kerosakan harta benda yang mereka tinggalkan bukannya sedikit.
Kalau mengikut anggaran awal Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ia mencecah antara RM100 juta ke RM200 juta.
"Kita akan cuba dapatkan segala taksiran mengenai kerugian yang dialami serta kerosakan dan ia mestilah berjuta-juta, sekurang-kurangnya, anggaran saya dalam RM100 juta ke RM200 juta," katanya.
Bercakap pada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Ahad katanya para pegawai kementeriannya bagaimanapun akan membuat penilaian mengenai kerosakan dan kerugian itu untuk mengetahui jumlah sebenarnya.
Beliau berkata anggaran kerugian itu turut mengambil kira bahawa Sabtu merupakan hari cuti hujung minggu, yang membolehkan penduduk bandar raya ini keluar membelibelah sempena jualan mega sebagai persiapan menyambut hari raya puasa yang akan disambut pada September ini.
Ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan itu yang menyebabkan kesesakan teruk di sekitar ibu kota, Raja Nong Chik berpendapat bahawa mereka "dijolok" pihak tertentu untuk berbuat demikian.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun dah kata, ISA akan dikaji balik. Sepatutnya mereka beri peluang kepada kerajaan kaji balik...bagilah pandangan.
"Dalam blog PM pun boleh bagi pandangan, e-mel pun boleh. Kalau kita kata tak kaji balik, mungkinlah (boleh protes), tapi kita nak kaji balik tak patut ada protes. Saya rasa benda ini dipolitikkan. Itu sahaja. Ini memberi gambaran buruk terhadap negara kepada orang luar," katanya
Sumber: http://www.agendadaily.com
3 comments:
salam...
Ye ke ni..just anggaran sahaja lah tu...
kira jangan tak kira..kita pula tengok dan lihat sahaja....sassssh.
Salam sdr..
anggaran kerugian selesema babi beberapa pulak?
Salam,
Terima kasih atas kunjungan sdra Si Rengit...inilah masalahnya kalau kita hilang pertimbangan...buat demonstrasi rasanya tak ade masalah tapi buatlah kat tempat yg sesuai contohnya di Stadium ke...di tepi Pantai ke yang bukan tempat pelancongan ataupun kat dalam hutan rimba...hehehe...
Sdri ku Kelapa Mawar...emmmm enak rasanya diminum....jgn marah... selsema babi untuk anggaran wang ringgit rasanya boleh dikira tapi kalau dah nyawa melayang ini susah mau kira...
Post a Comment