Wednesday, August 5, 2009

Kenapa/Mengapa DPI Sabah?
















Usahawan dan ahli korporat Iranun wajar memperkukuh kerjasama sesama mereka untuk memastikan kedudukan suku kaum berkenaan tidak terus tenggelam oleh arus liberalisasi ekonomi. Dalam hal ini, saya sekali lagi mengemukakan idea bahawa amat perlu DPI Sabah (Dewan Perniagaan Iranun Sabah) diwujudkan untuk menjalin kerjasama dalam urusan perdagangan demi menjamin hak-hak dan kebajikan suku kaum Iranun dalam bidang perniagaan. Hal ini saya ketengahkan memandangkan pelbagai kesulitan yang menyebabkan kemelut keciciran ekonomi seakan-akan tidak diendahkan oleh mana-mana pihak yang berpengaruh.


Saya berpendapat, adalah wajar bahawa dalam proses penstrukturan ekonomi, pandangan setiap pihak, tanpa mengira saiz dan kedudukan ekonominya, diambil kira, hal ini tidak menjadi dalam realiti dunia perniagaan sebenar. Ini disebabkan, bertentangan tekanan agar dilaksanakan liberalisasi ekonomi, keupayaan suku kaum Iranun bersaing dilumpuhkan oleh faktor persekitaran perniagaan semasa. Antara lain, ini berpunca daripada tahap kurangnya kesatuan golongan peniaga Iranun. Kita berharap agar dengan kerjasama melalui penubuhan DPI Sabah, suku kaum Iranun dapat bersaing dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi Iranun.


Hasrat menubuhkan DPI Sabah bagi mewujudkan sistem pemantapan ekonomi secara berkesan seharusnya diteliti oleh semua pihak dengan serius. Sistem ini akan membolehkan setiap ahli perniagaan yang berlainan dari segi saiz ataupun tahap kemajuan ekonominya, memiliki suara yang lebih tegas dalam setiap aspek perdagangan dan ekonomi. Tidak dinafikan kemungkinan dewan perniagaan ini akan disalahgunakan oleh sesetengah pihak demi kepentingan peribadi. Kini tiba masanya kita mewujudkan sikap positive thinking.


Pendirian saya dalam hal ini sentiasa jelas dan buat sekian kali dicadangkan dengan harapan tinggi demi kepentingan bersama, semua suku kaum Iranun. Masyarakat Iranun yang lain juga mempersoalkan, sehingga bilakah kemelut keciciran ekonomi akan berlarutan? Suku kaum Iranun perlu menyedari bahawa tiada pihak lain yang tampil untuk membantu melainkan dibentuk pendirian bersama apabila timbul sesuatu isu, termasuk liberalisasi ekonomi yang kini hangat diperkatakan.


Cabaran dan beban para usahawan Iranun semakin berat dalam hal ini, lebih-lebih lagi selepas kerajaan memperkenalkan MEB. Justeru, apabila sudah menyedari kaedah yang paling sesuai bagi menghadapi liberalisasi ekonomi, maka suku kaum Iranun mestilah bersikap serius dalam mencapai usaha ini. Tidak ada sesiapa yang akan bertanggungjawab terhadap suku kaum kita melainkan kita sendiri. Walaupun cadangan ini dianggap berat dan mustahil tetapi tetap perlu diusahakan dengan semangat perjuangan harmoni.... bukannya semangat yang hilang.


Semalam, semasa saya membuka email “bersama03@yahoo.com.my”, dengan tiba-tiba terpapar email dari beberapa orang ahli perniaagan dan pegawai tinggi kerajaan dari suku kaum Iranun, yang menyatakan sokongan penuh terhadap usul ini. Alhamdulillah, atas sokongan tersebut menigkatkan lagi motivasi saya untuk terus menulis demi memperjuangkan penubuhan DPI Sabah. Namun demikian, rancangan menubuhkan DPI Sabah memerlukan komitmen dari semua ahli korporat/usahawan Iranun untuk merealisasikannya.


Penubuhan DPI Sabah demi memperjuangkan nasib golongan peniaga Iranun yang semakin terhimpit oleh faktor persekitan ekonomi. Dengan harapan apabila tertubuhnya DPI Sabah, maka suara golongan peniaga Iranun semakin kuat untuk memohon kepada pihak-pihak berkenaan supaya diberi ruang sewajarnya. Di samping ia juga dapat mewujudkan rangkaian perniagaan seperti mana Dewan Perniagaan China. Konsepnya boleh dijelaskan dengan; sebatang lidi dengan mudah kita boleh patahkan tetapi bagaimana kalau segenggam lidi? Begitu juga segenggam lidi lebih baik daripada sebatang lidi untuk menyapu sampah.


Di Kota belud khasnya, contoh yang paling jelas perniagaan yang berasaskan perikanan. Suku kaum Iranun boleh dikatakan menguasai perniagaan berasaskan perikanan berabad lamanya. Lihat saja pasar besar ikan di Kota Belud, boleh dikatakan hampir 100% dimonopoli oleh suku kaum Iranun. Bahkan bekalan ikan dikuasai oleh orang Iranun yang mana mereka adalah pemborong utama hasil tangkapan ikan daripada tauke-tauke kapal orang China di Kudat dan kemudiannya sebagai pembekal ikan utama di Kota Belud, Tenghilan, Tuaran, Tamparuli, Telipok, Menggatal, Inanam, Kota Kinabalu, Ranau, Keningau dan beberapa daerah lain. Namun itu suatu ketika dahulu, sekarang dah jadi sebagai sebahagian daripada lipatan sejarah.


Beberapa hari yang lepas saya sempat duduk semeja minum kopi bersama ‘schoolmate’ dulu yang merupakan salah seorang daripada pemborong ikan yang membekal ikan di beberapa daerah seperti Kota Belud, Tuaran, Telipok dan menggatal. Beliau merungut dan menyatakan bahawa “sekarang ini kalau nak beli ikan di Kudat, macam-macam karena tauke kapal, kadang-kadang kita kena maki hamun dan tauke-tauke ni menaikkan harga sesuka hati. Di pasar besar Kota Belud senang-senang pemborong luar masuk sedangkan kalau di keningau kita bukan senang nak masuk sebab mereka ada persatuan” tambahnya lagi “saya dah ajak beberapa rakan untuk buat persatuan tetapi mereka tidak mahu”. Inilah contoh paling jelas kenapa perlunya organisasi yang berbentuk perniagaan, sekurang-kurangnya menyelesaikan situasi seperti ini. Dengan adanya kesepakatan maka tidak mustahil para pemborong serta penjual ikan Iranun boleh membeli kapal sendiri kerana mungkin kalau seorang tidak mampu tapi kalau dah ramai-ramai takkan tidak mampu lagi? Bahkan boleh mengawal permintaan dan penawaran ikan dalam pasaran.



Ringkasnya DPI Sabah; Daripada Iranun, Kepada Iranun, Untuk Iranun dan Demi Iranun……



9 comments:

Hati Seorang Wanita said...

A'kum...

Saya kenal gambar ni...saya menyokong penuh cadangan penubuhan DPIS...

Datu pitung said...

salam kwn batu gadung

saya pun kenal dgn gambar ini..soooo cuteee..dia ka usahawan dan ahli korporat iranun itu?

saya menyokong penuh cadangan menubuhkan DPI bagi kepentingan bersama..sedangkan pelipin pun sdr ada pasar sendiri ini kan pulak iranun.

di situ kita boleh melihat dan belajar untuk memantapkan lagi ekonomi iranun.

bukan kerana menyokong dengan membabi buta tapi saya melihat dari segi ekonomi iranun itu sendiri, banyak permasalahan timbul.

jika tertubuh DPI ini maka pendapatan iranun juga sedikit terjamin kerna banyak sumber yang boleh di perolehi dari DPI ini.

teruskan sdr batu gadung untk memperjuangan DPI ini sehingga tertubuhnya DPI kelak. insha Allah.

paikankb said...

salam...

Saya pun kenal org nie juga....si Angau bah ini....

DEPU-DEPU said...

Salam Sdr..

Secara lebih adilnya..saya setuju dgn apa yg saudara katakan...DPI amat besar manfaatnya..tetapi kita tunggulah komen Kelapa Mawar...

kelapa mawar said...

Salam sdr batu gadung..

Salam sdr depu-depu...ma kasih kerana menunggu komen saya..

Bagi saya..DPI satu idea yg terlalu besar dan mustahil dilaksanakan..angan2 mat jenin yg entah berjaya entah tidak..

kenapa ? bersandarkan kepada alasan bahawa Iranun belum bersedia ke arah itu... alasan sudah saya terangkan dlm penulisan sebelum ini...

Ajin b. Gagah said...

Sdra Batu Gadung,
Salam dan teruskan missi atau visi sdra.

Itu lah kadang-kadang masaalah nya komen provokasi sdra Kelapa Mawar ini, kalau kita kurang faham ia nya nampak sebagai satu 'conclusive' yang condong kearah 'negatif thinking'.

Namun, setelah berkali-kali mengikuti penulisan sdri ini, rasa nya, yang tersirat ada lah harapan yang penuh dengan cabaran. Terlalu banyak teori-teori yang tidak berkesudahan. hampir-hampir melambangkan "frustration" ? ( mohon maaf kalau salah)

Apa-apa pun, kita selami lah sendiri maksud yang tersirat beliau; dengan membanca artikel beliau yang berjodol " Dilema Iranun baru".

Dalam kontek penubuhan DPI dan menghidupkan kembali PISBA ini, sepatut nya di fikirkan bersama oleh sdra-sdra dari suku kaum Iranun dengan serius.

Kegagalan dimasa lampau, sepatut nya di ambil sebagai iktibar untuk terus maju kehadapan. Tujuan untuk lebih berjaya dalam berhadapan dengan dunia saing yang sangat mencabar.

Namun, dalam masa yang sama, kita kena juga 'realistic' dalam program yang kita ceburi.
Contoh nya dalam dunia business, kita kena kenal pasti siapa 'supply dan targeted demand' kita...Fikir-fikirkan lah

Semoga kalian success

SI RENGIT said...

salam...

Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara solymone....tq

Unknown said...

Salam BG,

Hai macam kenal saya kenal si angau ini. Dia orang muda tapi orang lama(Kontegh).Tak silap lebih tua dari BG. wasalam

BATU GADUNG said...

Salam,

Terima kasih atas kunjungan sdra/i...

sdri Hati Seorang Wanita, tq atas sokongan sdri.

Sdra Datu Pitung, inilah masalah dalaman yang perlu kita tangani jika ingin melihat suku kaum kita nak maju.

Sdra Paikankb, tajam penglihatan sdra...ya ni memang gambar en Angau.

Sdra Depu-depu, walaupun komen sdra ringkas namun cukup bermakna kepada saya kerana menyokong cadangan DPI Sabah.

Sdri Kelapa Mawar...emmm,.enak rasanya diminum....walaupun komen sdri agak kurang menyokong namun saya anggap itu sebagai satu cabaran bukannya halangan.

Sdra Solymone yang sentisa dinantikan akan kemunculannya...terima kasih sekali lagi atas ulasan sdra yang cukup bermakna pada saya... memang itulah sifat KM...tapi hakikatnya KM memang sengaja membuat kita rasa tercabar...kalau kurang pertimbangan kita pula yang kena provokasi.

Sdra Rengit, kunjungan sdra sangat dialu-alukan.

Sdra Abu, tepat sekali ni memang gambar en Angau.

Memandangkan oleh beberapa kesibukan kebelakangan ini, maka says terpaksa membuat ulasan pendek saja...terima kasih.