Sunday, August 2, 2009

Kejutan di Lapangan Terbang Kota Bharu…




















Ia satu kejutan.Malah Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui ia sesuatu yang beliau sendiri tidak duga.Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz tiba-tiba muncul menyertai pimpinan UMNO Kelantan menyambut ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu Sabtu.Ini mengenangkan beberapa hari sebelumnya Mursyidul Am PAS itu membuat kenyataan terbuka ‘ pergi jahanam UMNO’ ketika menjelaskan beliau hanya berminat nak merapatkan hubungan kerajaan negeri Kelantan dengan kerajaan pusat dan bukan nak berbaik dengan UMNO.Juga sehari sebelum itu yakni Jumaat,Nik Aziz memberitahu beliau akan membangkitkan isu kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat pada satu mesyuarat mengenai Pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) di Putrajaya pada Isnin ini.Tiada siapa tahu kenapa tujuan beliau hadir di lapangan terbang itu.Kebiasaanya dari segi amalan protokal Menteri Besar hanya hadir bilamana Perdana Menteri datang untuk hadir sesuatu acara rasmi kerajaan di negeri itu.Namun kedatangan Najib kali ini adalah untuk merasmikan majlis politik iaitu Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Bharu.Apapun kehadiran yang tidak dijadual itu memberi peluang kepada Najib dan Nik Aziz berbual selama 20 minit di lapangan terbang itu.1/8/2009


Sumber:http://www.agendadaily.com

5 comments:

kelapa mawar said...

slm sdr batu gadung

sy suka memetik kommen sdr depu depu yg politik semua adalah misteri, bukan semua ble di duga dan di ramal masyarakat.

SABAHKITA said...

Assalamualikum.
Paparan yang beguna untuk renungan semua. Teruskan usaha menulis tanpa jemu dan dengan pendirian sendiri. Semoga sihat wal afiat dan berjaya setelah berusaha dalam lapangan yang diceburi. Wassalam.

BATU GADUNG said...

Salam,

Teriama kasih atas komen... Sdri Kelapa Mawar...emmmm enak rasanya diminum..just joke...sebab itulah dikatakan bahawa politik adalah seni tipu helah...

Terima atas kunjungan Sdra SABAHKITA, komen yang sangat bermakna...memberikan lagi saya semangat utk terus menulis...moga-moga usaha ini mendapat keredhaan Allah S.W.T..inshaALLAH...

Selamat....

Ajin b. Gagah said...

Sdra Batu Gadung,
Saya sependapat dengan sdra Sabah Kita. Dalam kontek isu yang sdra postkan, rasa nya bilamana seseorang itu telah menerima jawatan sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri, bermakna tanggung jawab nya bertugas ada lah selama 24 jam.

Nik Aziz turut menjemput Najib dari lapangan terbang ada lah atas capacity dan protokol seorang MB ke PM. Sama ada mereka dari parti yang sama atau tidak, itu lain cerita.

Salam dan teruskan menulis isu-isu menarik saperti ini.

BATU GADUNG said...

Salam,

Terima kasih atas ulasan sdra Solymone...mungkin kali ini MB Kelantan TGNA telah mengamalkan protokol sebenar....atau mungkin juga ada message disebalik kehadiran TGNA...

Selamat....