"Walaupun pihak berkuasa mengawasi virus baru influenza di kalangan manusia, pihak berkuasa kesihatan haiwan gagal mengesan terhadap babi," kata laporan penyelidikan berkenaan.
Penyelidik Britain, Andrew Rambaut dari Universiti Endinburg dan Oliver Pybus dari Universiti Oxford serta Yi Guan dari Universiti Hong Kong memeriksa turutan genetik virus baru selesema H1N1 berkenaan.
"Kami dapati H1N1 berasal daripada beberapa virus yang ada dalam babi dan pemindahan kepada manusia berlaku beberapa bulan sebelum wabak berkenaan dikenal pasti.
"Pergerakan babi hidup antara rantau
"Walaupun pemantauan influenza dalam manusia, kurangnya pemantauan sistematik menyebabkan kehadirannya tanpa dikesan dan menjadikan ia berpotensi sebagai pandemik selama beberapa tahun."
Mereka berkata, pandemik baru ini memberikan bukti lanjut peranan babi domestik dalam ekosistem Influenza A.
"Virus baru itu yang pertama kali dilaporkan terhadap dua kanak-kanak Amerika Mac lalu, mungkin menjangkiti manusia seawal Januari di Mexico," kata pihak berkuasa tempatan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan ia satu pandemik penuh Khamis lalu, bermakna ia merebak ke seluruh dunia dan tidak boleh disekat.
Pasukan antarabangsa juga menggunakan kaedah jam molekul untuk membandingkan virus sekarang dengan kaitannya dan menganggarkan usianya berdasarkan kepada mutasinya.
"Kami mendapati bahawa keturunan biasa wabak H1N1 dan virus babi yang paling hampir wujud antara 9.2 dan 17.2 tahun lalu bergantung kepada segmen genomik, manakala keturunan epidemik ini sudah merebak tanpa dikesan sejak sedekad lalu.
"Struktur genomik mungkin sudah merebak di dalam babi selama beberapa tahun sebelum ia muncul di dalam manusia," kata mereka.
2 comments:
salam sdr batugadung
saya menjemput sdr utk beri respon tntng bloger kota belud releven di blog saya.
thanks..
Salam,
InshaALLAH...jemputan sdra akan saya penuhi...bah kata org rezeki jgn ditolak...ops!!!terlupa, saya fikir kenduri...makan2...on the way...ada kesesakan lalu lintas...
Post a Comment