Jepun dan Korea Selatan pernah mengalami pengalaman pahit dalam peperangan yang hampir menghancurkan dan meranapkan sama sekali ekonomi masing-masing. Walaupun Jepun dan Korea berjiran, tetapi kedua-dua buah negara itu “bermusuhan” dan bersaing di antara satu dengan yang lain. Kebangkitan Jepun sebagai kuasa besar ekonomi dunia telah diikuti rapat oleh Korea sejak beberapa dekad yang lalu. Jika tidak disebabkan oleh peperangan saudara yang berlaku di antara regim utara dan pihak selatan, mungkin Korea telah dapat mengatasi, ataupun sekurang-kurangnya duduk sebaris dengan Jepun sebagai kuasa ekonomi yang paling berpengaruh di rantau Asia. Peperangan itu telah menyebabkan negara Korea berpecah kepada dua dan mengakibatkan proses kebangkitan serta pemulihan ekonominya menjadi agak perlahan jika dibandingkan dengan Jepun.
Namun demikian, di antara Jepun dan Korea, kedua-dua negara itu sebenarnya mempunyai banyak persamaan. Rakyatnya memiliki semangat juang yang kental. Mereka tidak mudah berputus asa, jauh sekali untuk menyerah kalah. Kemampuan Jepun dan kebangkitan korea daripada musibah perang jelas menunjukkan betapa kedua-dua rakyat negara itu mempunyai ketahanan yang luar biasa. Jepun tidak pernah menangisi kekalahan mereka pada perang Dunia ke-2. Sebaliknya kekalahan itu menguatkan tekad mereka untuk menebus kembali maruahnya yang tercalar itu. Ini dilakukan menerusi ekonomi yang menjadi “senjata” baru untuk menguasai dunia, dan bukannya menerusi kekuatan militari.
Demikian juga rakyat Korea Selatan yang walaupun menghadapi tentangan dan ancaman daripada pihak komunis, tetapi berjaya mempertahankan sistem demokrasi daripada jauh ke tangan regim berkenaan. Kesengsaraan dan peperangan yang dialami sewaktu perang tidak pernah mematikan semangat rakyat Korea untuk membina semula dan mengembalikan kehormatan negaranya. Korea mempunyai penduduk lebih daripada 50 juta orang dan menduduki senarai sepuluh buah negara yang perkembangan ekonomi yang pesat.
5 comments:
Paparan yang bagus sekali, jika saudara pernah ke Korea, jarang ada kereta buatan negara lain. hampir semua made in Korea..begitu juga dengan barang-barang lain kecuali produk yg tidak ada dikeluarkan syarikat milik mereka.
di Jepun juga begitu. Kedua-dua bangsa ini punya semangat nasionalisma yg kuat...mereka loyal terhadap negara, syarikat tempat mereka berkerja dan bangsa mereka.
disamping itu banyak lagi kualiti lain yg mendorong Tun Mahathir memperkenalo Dasar Pandang ke timur pada tahun 1981. saya adalah antara pelajar yg dihantar ke Jepun untuk belajar sistem pengurusan Jepun pada tahun 1981 selama 3 bulan.
Salam,
Sdra Musli, inilah semangat yang kita inginkan dan sepapututnya ada...semangat nasionalisme dan budaya kerja yang hebat.
Syabas sdra kerana terpilih ke Jepun...saya belum pernah ke Jepun NAMUN saya difahamkan bahawa di Jepun, bagi para surirumah di Jepun kalau suami mereka balik awal dari waktu kerja(ponteng kerja), isteri mereka akan menangis BERBEZA di Malaysia surirumah akan marah atau curiga kalau suami terlewat pulang dan surirumah di Malaysia akan berasa gembira sekiranya suami awal pulang/ponteng kerja.
Selepas WWII Jepun musnah. Marshall Plan digerakkan oleh negara yang menghancurkan Jepun untuk Jepun dibina semula. Para ahli sejarah lebih condong menyatakan bahawa pembangunan Jepun yang lebih cepat dari sebuah negara yang hancur bukan kerana bantuan material dari Marshall Plan. Penggerak Maeshall Plan sahaja yang bangga dengan perancangannya. Sejarahwan mengatakan bahawa Jepun mampu bangun semula dan maju kerana digerak oleh "Echievement Motivaton"..kerana motivasi dan keinginan tinggi untuk berjaya. Salam Batu Gadung.
Bagi Korea pula, semasa Asia mengalami krists ekonomi dan matawang, rakyat Korea berbondong-bondong menyerahkan barang kemas, emas,kepada dana negaranya serta menumpukan pembelian barang buatan Korea dan sebagainya untuk negaranya melawan keganasan spekulisi matawang. Rakyat korea juga bangga dengan produk buatan negaranya. Bisakan rakyat Malaysia berbuat demikian. Bukankah pada saat Malaysia menghadapi krisis itu ada pihak yang mengancam supaya kepimpinan negara di tukar dan kerajaan dijatuhkan (1997-1978).
Salam,
Terima kasih atas kunjungan Sdra Sabahkita... ringkasnya self motivation... Sejarah telah membuktikan bagaimana self-attitude orang kita yang memberi ruang kepada penjajah Inggeris untuk masuk campur di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.
Melahirkan warga yang patriotik dengan semangat nasionalisme merupakan jawapan kepada keutuhan sesebuah negara sama ada dari aspek ekonomi, politik, pertahanan dan sosial.
Post a Comment