Tuesday, May 26, 2009

Wajarkah Perkataan Iranun Diberikan Definisi?


Iranun merujuk kepada suku kaum yang diklasifikasikan sebagai kaum bumiputera Sabah. Apabila kita menyebut perkataan Iranun dengan sendirinya tergambar jelas dalam pemikiran kita iaitu suku kaum yang terdapat di Sabah dan kebanyakannya menetap di Kota Belud. Namun di sini bukanlah tujuan saya untuk membincangkan asal-usul Iranun kerana ia telahpun dibincangkan dalam penulisan saya sebelum ini.

Apa yang menarik perhatian saya adalah soal pengertian Iranun. Ketika membaca beberapa blog saya terbaca bahawa Iranun itu bermaksud berkasih-kasihan dan pengertian ini dirujuk kepada sebuah buku yang bertajuk “Iranun:Sejarah Dan Adat Tradisi”. Saya pun berusaha mendapatkan buku tersebut dan memang sah buku tersebut mendefinisikannya sedemikian.

Namun di sini bukanlah bertujuan menidakkan definisi tersebut, cuma mengajak saudara-saudara untuk berfikir sejenak secara rasional dan analitikal tentang persoalan “Wajarkah perkataan Iranun diberikan definisi?”.

Perkataan Iranun sebetulnya tidak mempunyai perkataan seerti mahupun definisi yang sahih. Ini berdasarkan sepanjang pembacaan, saya tidak pernah menemui dalam kamus bahasa manapun atau penulisan ilmiah yang boleh membuktikan sacara fakta dan ilmiah yang boleh menyokong bahawa Iranun itu bermaksud berkasih-kasihan. Tambahan lagi saya membesar dalam suasana perkampungan masyarakat Iranun yang mana seingat saya, bahasa yang pertama kali saya mula tuturkan ialah Bahasa Iranun. Namun demikian sehingga saat ini tidak pernah ada orang tua (orang lama) yang memberikan definisi terhadap perkataan Iranun.

Dalam soal ini saya mengambil pendirian bahawa perkataan Iranun yang merujuk kepada Kaum Iranun hanya boleh didefinisikan berdasarkan sifatnya atau dari sudut persepsi semata-mata bukan secara mutlak.

Dengan meneliti contoh di bawah:

1. Manusia ( kata nama am) bermaksud: i. orang ii. Insan iii. Human iii. Homosapiens

2. Ali (kata nama khas) - wajarkah Ali mempunyai definisi, pada pandangan saya Ali hanya boleh ditakrifkan berdasarkan sifatnya iaitu: i. Tampan ii. Peramah iii. Rajin

Secara ilmiah definisi Ali di atas bukanlah definisi mutlak kerana definisi Ali itu berdasarkan persepsi individu semata-mata yang melihat atau mengenalinya. Bisa saja definisi terhadap Ali ini boleh berubah dan mungkin berlainan dari sudut kaca mata individu yang berlainan.

Apapun atas dasar mencari definisi yang tepat berdasarkan fakta yang sahih, saya sedia menerima pandangan dan mungkin pendirian saya terhadap definisi perkataan Iranun bisa saja berubah andainya definisi tersebut disokong dengan fakta sahih dan diungkapkan secara ilmiah.

2 comments:

abd naddin said...

Alangkah baiknya jika saudara menemukan definisi perkataan Iranun itu.Kerana jika tidak perkataan Iranun itu takkan lagi ada ertinya buat generasi kita akan datang.Salam

Unknown said...

Definasi perkataan Irranun akan dikaji golongan bijak pandai seluruh dunia jika bangsa Irranun menjadi sebuah bangsa yang berjaya dalam semua aspek kehidupan. Quantity bukanlah menjadi halangan kerana quality akan menjadi ukuran manusia yg akan ingin mengetahui dimana sebenarnya kekuatan atau nilai-nilai bangsa itu sehingga mereka boleh berjaya. Secara tidak langsung akan dikaji Irranun itu dari setiap sudut. Maka bangsa Irranun bangkit dan buktikanlah!