Tuesday, May 19, 2009

BN SAH TIDAK BERTANDING PENANTI: KEPUTUSAN WARAS?


BN mengesahkan tidak akan bertanding bagi DUN Penanti. Tindakan BN ini mengundang pelbagai reaksi. Ada yang menyokong namun tidak kurang pula yang tidak senang dengan keputusan BN ini khasnya Ketua Umum PKR. Mungkinkah strategi atau percaturan Anwar tidak menjadi.

"Hujah ini satu helah kerana Umno selalu tabik dada (mengaku) kuat dan relevan," katanya kepada wartawan selepas ceramah di Taman Medan Petaling Jaya malam tadi, sempena pelancaran kempen penerangan "Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat". Reaksi Anwar ini seakan-akan menjawab persoalan selama ini “kenapa PKR gemar mengadakan pilihanraya”. PKR menjadikan Pilihanraya sebagai pentas menunjukan sokongan dan kekuatan mereka kepada rakyat di samping sebagai salah satu kaedah meniup semangat perjuangan kepada ahli-ahlinya. Inilah semboyan perjuangan Anwar ‘pilihanraya yang tidak bernoktah’....“Arang yang merah membara kalau tidak dikipas selalu, akan padam jua”.

Perkara yang berlaku di Penanti tidak boleh disamakan dengan apa yang berlaku di Perak. Adalah perkara janggal dan tidak rasional bagi Anwar untuk menyamakan apa yang berlaku di Perak dengan apa yang berlaku di Penanti.

Secara rasionalnya keputusan BN untuk tidak bertanding di DUN Penanti merupakan keputusan yang waras, tepat dan bijaksana. Tahniah!!! kepada BN yang menunjukkan kebijakan politik....BN hanya perlu menyertai PRK jika sekiranya kerusi berkenaan kosong kerana ADUN penyandangnya meninggal dunia atau hilang kelayakan dari sudut undang-undang.


“jangan sampai menang jadi arang, kalah jadi abu...menang sorak, kampung tergadai”

4 comments:

Unknown said...

biasanya BN pernah menang tanpa bertanding tetapi BN kalah tanpa bertanding baru sejarah dicipta pada 23 Mei akan datang.

yang menyokong keputusan itu, sokonglah. yang tidak setuju maka katakanlah isi hati kenapa tidak bersetuju. maka berjalanlah proses kebebasan bersuara dan menyampaikan pendapat.

Ajin b. Gagah said...

Batu Gadung,
Salam perkenalan,
Selaku Anak Sama dari KB, saya rasa terkilan kerana melihat tidak kurang Jomoti yang berkelayakan dan minat berblog...Tahniah ! ! !
Buat masa ini saya belum merancakkan komen di blog saudara, kerana bagi saya, analisa saudara memang bernas dan sealiran dengan pandangan saya.
Saperti Saudara Musli dan blogger Sabah Kita, saya juga AMT USBO.
Selamat Berjaya dan teruskan menulis

BATU GADUNG said...

Keputusan BN tidak bertanding DUN Penanti memang merupakan satu lembaran sejarah baru tetapi sejarah ini tercipta atas dasar kewarasan berpolitik.

Solymone, terima kasih, atas sokongan moral saudara... saya hanya insan kerdil dalam dunia penulisan blog yang mengutarakan sedikit pandangan dan analisis semasa untuk dikongsi bersama.

“correct me if I’m wrong”

Unknown said...

mengkritik tidak bermakna tidak bersetuju. tidak bersetuju tidak bermakna menentang. menentang tidak bermakna tidak menyokong. tidak menyokong tidak bermakna bermusuh. teruskan menulis secara rasional tanpa dipengaruhi emosional.tahniah! kebanyakan artikel saya ingin mengusik minda pembaca supaya mereka dapat berfikir. terima kasih adik ku.