Wednesday, May 6, 2009

Ke Manakah Arah Tuju Politik Iranun?

Politik bukanlah istilah baru dalam kamus hidup masyarakat Iranun. Ia juga merupakan perkataan ajaib dan penuh hikmat kerana ia boleh menyatukan masyarakat dan boleh memecahbelahkan masyarakat dalam konteks politik Iranun. Apabila berbicara soal politik, rasanya saya terlalu kerdil untuk mengungkap bicara dan telahan berkaitan isu politik namun demikian atas dasar tanggungjawab terhadap bangsa, saya terpanggil untuk mencoretkan secebis pandangan “arah tujuh politik Iranun”.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap sistem politik masyarakat Iranun, tidak kurang hebatnya berbanding kaum-kaum lain. Tan Sri Pandikar merupakan kayu pengukur pencapaian politik Iranun secara relatif. Sebut saja Tan Sri Pandikar... siapa tidak kenal? Beliau merupakan ikon besar politik Iranun. Namun demikian timbul satu persoalan besar yang memerlukan penelitian yang mendalam iaitu selepas Tan Sri Pandikar.... siapa??? Siapakah pemimpin yang boleh kita tonjolkan yang mempunyai semangat perjuangan berwajahkan Iranun, yang benar-benar berjiwa rakyat. Memang tidak dinafikan ramai dikalangan masyarakat Iranun yang mempunyai ketokohan sebagai pemimpin tetapi apa yang kita mahukan pemimpin yang terpimpin dengan ilmu perjuangan bangsa, berani serta berakhlak tinggi. Namun demikian jauh sekali untuk menafikan ketokohan para pemimpin dari kalangan masyarakat Iranun, saya akui bahawa kriteria ini memang ada pada kebanyakan pemimpin pelapis Iranun tetapi peluang membataskan mereka untuk maju ke pentas arus perjuangan politik perdana.

Berdasarkan senario politik kini, saya berat hati untuk menyatakan bahawa politik Iranun dilema persimpangan. Ini bukan bertujuan membuka pekung di dada tetapi inilah hakikatnya. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini tetapi pada fikiran saya kalau kita sangkal kenyataan ini wujudlah persoalan “KENAPA AKU TIPU AKU?

Pemimpin-pemimpin Iranun dewasa ini tiada kesepakatan dalam perjuangan. Masing-masing mahu kehadapan. Tidak salah untuk semua kehadapan. Tetapi dengan rendah diri, saya mencadangkan agar kita memilih seorang pemimpin yang boleh kita tonjolkan sebagai ikon kedua selepas Tan Sri Pandikar dan kesepakatan harus wujud demi survival politik Iranun.

“Usah menebas pohon pisang yang tumbuh subur menghijau, bajalah ia mungkin siapa tahu pisang tersebut boleh tersebut mendatangkan hasil yang diharapkan”. Dalam menempuh arus globalisasi politik, kita harus keluar dari kotak pemikiran zaman. Kalau lombong emas menjadi ukuran kekayaan dan kejayaan tetapi jangan lupa ada lagi satu lombong yang lebih menguntungkan iaitu lombong pemikiran. Nah!!! Kenapa kita tidak menggunakan lombong pemikiran sebagai cara bagi mewujudkan serta memantapkan agenda perjuangan politik Iranun.


“Sebatang anak tangga itu bukanlah dimaksudkan sebagai tempat merehatkan sebelah kaki sipemanjatnya, tetapi sekadar sebagai tempat berpijak sejenak cukup untuk membolehkannya meletak kaki yang sebelah lagi di suatu tempat yang lebih tinggi (Thomas Henry Huxley)”

4 comments:

abd naddin said...

pagari,
diharap akan lebih banyak lagi wacana pemikiran daripada saudara. salam dan terus menulis.Tulisan ini baik sekali.Boleh buka minda Iranun

SABAHKITA said...
This comment has been removed by the author.
SABAHKITA said...

Assalamualikum Dadi. Tahniah dan syukur saya dapat menemui blog ini. Maka panamar tanu. Tademan tanu bahawa daa a sumunggud sa bangsa tanu pun kena sekitanu kandiri. "Minoriti itu sendikit tetapi kualiti itu menonjol". Wassalam. May Allah SWT Bless you and your family.

Anonymous said...

salam pagari..
terlebih dahalu..ingin mengucapkan salam perkenalan.. semuga anda sihat sejahtera.. Mmg diakui Tan Sri Pandikar ne berani orgnya.. tapi hanya luaran.. dalamnya kosong..minta maap cakap..saya pernah membaca sebuah buku parti politik yg menyatakan ketidak profesianalnya Tan Sri Pandikar ini dan amnya semua Politician di sabah ini.. saya bercakap terbuka..biarpun cerita lama.. tapi seswai untuk dijadikan renungan.. siapa dalang rusuhan di sebuah hotel.. um .. maafkan saya sebab terlupa..pa pa pun saya suka blog saudara.. semuga allah memberkati kita semua... amin....