Dr M. yang selama ini lantang mengkritik politik tanahair namun kebelakangan ini seakan-akan “berpuasa bercakap politik” khasnya berkaitan isu perkembangan kemelut politik di Perak. Malahan dalam tulisan terbaru beliau dalam blognya hanya berkaitan isu Bosnia Herzegovinia “Kita sudah lama tidak mendengar laporan berkenaan Bosnia-Herzegovina”. Mengimbas rentetan kemelut politik tanahair alaf baru yang bermula selepas PRU-12, kita melihat kelantangan Dr M. mengkritik kerajaan dan pemimpin politik khasnya kepimpinan mantan PM yang ke-5.
Jika kita perhatikan sejak kebelakangan ini suara Dr. M hanya sayup-sayup kedengaran berbicara soal politik terutamanya selepas PM ke-6 mengambil alih tampuk kepimpinan negara. Apakah beliau sudah menemui jawapan bagi seribu satu persoalan khasnya berkaitan gagasan yang beliau ilhamkan “Wawasan 2020”. Mungkin juga dari sudut lain, melihat anakanda beliau Dato’ M telah mendapat ruang yang memungkinkan menjadi nakhoda bagi pelayaran politik dan kepimpinan negara kelak. Namun demikian hanya Dr. M yang tahu jawapannya.
Menyentuh kemelut politik di Perak, pagi ini saya terkejut apabila terbaca beberapa laman sesawang yang mengulas tentang Datuk Dr Zambry Abdul Kader yang mana menyamakan kedudukannya serta apa yang sedang berlaku di Perak sama seperti yang dialami oleh pejuang kemanusiaan Afrika Selatan dan Negarawan Dunia Nelson Mandela serta wira rakyat dan pejuang hak kesamaan manusia Mahatma Ghandi.
Sangat keterlaluan bagi Zambry untuk menyamakan dirinya dengan Mandela mahupun Ghandi apatah lagi untuk memetik ucapan pejuang hak asasi manusia Amerika Syarikat Dr Martin Luther King sebagai sesuatu yang nak membenarkan apa yang sedang dialaminya.
Melihat kepada keadaan politik di Perak yang seakan-akan hilang seninya...timbul satu persoalan besar; Bagaimanakah atau apakah bentuk penyelsaian hakiki kepada kemelut politik di Perak? Pagi tadi setelah bersembang dengan seorang kawan dan mengajukan soalan ini... kawan tersebut menjawap “soalan bocor”.
2 comments:
ASKM.Demokrasi ialah "Government by the people and for the people". So aya lebih cenderung kepada mengembalikan mandat kepada rakyat melalui PRU Negeri. Tenically, sekiranya undi tidak percaya dilakukan pada 7 Mei lepas, Kerajaan Pembangkang could have been defeated in the court of the law BUT rakyat masih terabai oleh kerajaan yang kecoh dan tidak stabil. So baik ada PRU. WBS.
saya plak rasa pru kat perak macam tak kan berlaku, pa tak nyer Umno/Bn la ni mcm takut akan bebayang depa..
kecuali ada persetujuan bersama semasa pertemuan antara dua "garuda" politik ini...
Post a Comment