PKR Sabah menghadapi satu lagi tamparan, dengan ketua bahagian Kota Kinabalu Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Liew, yang telah digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata bagaimanapun beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.
"Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada presiden parti hari ini," katanya kepada Bernama.
Liew berkata selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.
"Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui.
"Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya.
Dr Jeffrey telah meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR, anggota majlis tertinggi dan anggota biro politik, memberikan tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan parti itu di Sabah.
Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan ke ibu pejabat parti menjelang hari ini, akan kekal sebagai anggota biasa parti, menurut bekas pembantu kanannya Kanul Gindol.
Dipercayai majoriti ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin sebagai ketua parti yang baru di Sabah.
Ahmad Thamrin, anak kelahiran Sabah dinamakan sebagai ketua PKR negeri yang baru pada hujung minggu lalu selepas ketua-ketua bahagian menyatakan tidak yakin dengan naib presiden PKR Azmin Ali untuk menerajui PKR negeri.
Di TAWAU, Kong berkata beliau terkejut dengan keputusan Dr Jeffrey untuk meletak jawatan sebagai naib presiden parti, menyatakan Dr Jeffrey telah bersetuju dengan keputusan berhubung pelantikan Ahmad Thamrin sebagai pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru.
"Saya menghormati keputusan (Dr) Jeffrey meletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR, namun tidak bersetuju dengan andaian bahawa pelantikan pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru sebagai tidak mengikut kehendak ketua-ketua cabang (bahagian)," katanya.
Mesyuarat perhubungan PKR Sabah yang diadakan pada 22 Okt lalu di Kota Kinabalu, yang dihadiri semua pemimpin 25 cabang parti dan perhubungan negeri termasuk Dr Jeffrey, bersetuju supaya isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri diserah kepada presiden parti, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota dan ketua cawangan PKR zon Tawau.
"Kita anggap isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri dalam mesyuarat malam itu sudah selesai. Jadi keputusan yang dibuat Dr Jeffrey ini memang di luar jangkaan saya.
"Sebagai pemimpin berpengalaman, kita harus hormat keputusan mesyuarat rasmi," katanya.
Kong bagaimanapun yakin keputusan Dr Jeffrey tidak akan menjejaskan kekuatan parti.
Umumnya tarikh kemerdekaan negara ialah 31 Ogos 1957 dan kita merayakan hari kemerdekaan negara pada 31 Ogos pada setiap tahun. Jelas di sini kita telah terlepas pandang tarikh 16 september. Fakta sejarah mencatatkan 16 september ialah hari Malaysia di mana Tanah Melayu yang telah merdeka bercantum dengan Sabah, Sarawak dan Singapura yang belum merdeka. Soalanya adakah Sabah dan Sarawak merdeka pada 31 Ogos? Malaysia sebagai sebuah negara wujud pada 16 September 1963 bukan pada 31 Ogos 1957. 31 Ogos 1957 hanya Persekutuan Tanah Melayu merdeka, tidak Sabah dan Sarawak, oleh itu 16 September sebenarnya adalah tarikh yang lebih penting daripada 31 Ogos kerana negara kita Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963.
Jika mengikut fakta sejarah, 31 Ogos adalah tarikh bagi hari kemerdekaan Tanah Melayu sahaja dan pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman hanya mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu bukannya Malaysia. Ketika itu belum ada idea untuk menamakan Tanah Melayu sebagai Malaysia. Walaubagaimana pun, cadangan memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi alasan utama untuk penubuhan Malaysia. Negeri-negeri berkenaan diberikan syarat agar bergabung dengan Tanah Melayu sebelum dimerdekakan secara mutlak. Akhirnya 16 September 1963 menjadi saksi akan penubuhan Malaysia dan sekaligus Sabah Sarawak dan Singapura merdeka dari kolonial British.
Pembentukan persekutuan baru ini pada mulannya dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan Tanah Melayu ke-6.
Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Jadi jika dinilai dari aspek sejarah 16 September bukanlah sekadar hari penubuhan Malaysia tetapi kemerdekaan mutlak semua negeri yang bergabung dalam Malaysia. Tanah Melayu pula selepas itu disebut sebagai Semenanjung dan setiap negeri dalam Semenanjung mempunyai kuasa negeri sama seperti Sabah Sarawak dan Singapura.
Sambutan 31 Ogos setiap tahun sebenarnya hanyalah dinikmati maksudnya oleh penduduk Semenanjung tetapi di Sabah Sarawak ianya tidak memberikan makna yang besar kerana tiada kaitan dengan negeri mereka. Hari Malaysia pada 16 September merupakan cuti am di negeri Sabah dan Sarawak. Ia bukan merupakan cuti am di Semenanjung Malaysia. Ini mengelirukan generasi baru kerana ada dua bentuk cuti atau perayaan yang berbeza untuk negara ini.
Sebagai menyahut seruan kebangsaan serta semangat 1Malaysia, seharusnya 16 September diiktiraf sebagai hari sebenar Malaysia ditubuhkan dan kemerdekaan Negara. Isu ini nampak macam isu kecil, tapi hakikatnya ramai rakyat kita yang tersilap kerana menganggap negara ini merdeka pada 31 Ogos. Fakta ini harus diperbetulkan dan tarikh kemerdekaan itu hendaklah diubah agar generasi akan datang faham dan sedar tarikh sebenar negara ini wujud dan merdeka dengan rasminya.
1. Sebentar tadi kita telah mendengar dan menghayati dengan penuh tekun akan harapan, hasrat dan cita-cita besar Presiden kita, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak untuk melakukan transformasi demi memastikan kelangsungan dan survival parti yang kita semua sayangi ini. Kita perlu segera berubah. Semua tahu bahawa kita tiada pilihan. Berubah atau rebah. Tranformasi yang dimaksudkan menuntut perubahan dari segi sikap kita sebagai ahli dan perubahan dari segi struktur organisasi. Ianya perlu bersifat drastik, berani dan menunjukkan bahawa UMNO benar benar serius untuk melakukan perubahan. Yang akan menilai kesungguhan untuk melaksanakan perubahan ini bukan semata-mata kita dalam umno sahaja tetapi rakyat di luar sana. Seperti yang sering diingatkan oleh YAB Presiden, “tidak guna kita pegang jawatan dalam parti
jika kita tidak ada kuasa”.
2. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Parti yang diamanahkan oleh Majlis Tertinggi UMNO, berdirinya saya di sini adalah untuk menyempurnakan tanggungjawab bagi memenuhi tuntutan kepada transformasi besar ini. Ianya merupakan amanah yang begitu berat kerana pindaan-pindaan yang dikemukakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk memperkukuh parti, memperteguh lunas-lunas demokrasi serta
menghak-upayakan ahli-ahli parti agar UMNO menjadi lebih terbuka, lebih inklusif dan lebih demokratik.
3. Insya-Allah apabila diluluskan nanti, pindaan kepada perlembagaan UMNO ini bakal mencatat sejarah paling bermakna, paling drastik dan paling berani pernah dilakukan sepanjang tempoh 62 tahun kewujudan parti keramat UMNO kita ini. Datuk Pengerusi Tetap,
4. Izinkan saya memberikan sedikit latar belakang kepada usaha penyediaan usul pindaan perlembagaan UMNO yang akan kita bahaskan hari ini. Untuk makluman sidang perwakilan, saya dan seluruh Ahli Jawatankuasa telah memulakan gerakerja seawall 30hb Mei 2009 dengan meminta maklum balas sewaktu Persidangan Cawangan berlangsung dan disusuli pula dengan maklum balas ketika bahagian-bahagian bermesyuarat.
5. Jawatankuasa kemudiannya telah bermesyuarat beberapa kali untuk menyediakan draf awal cadangan pindaan perlembagaan ini, sebelum draf ini diangkat untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Parti, yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Presiden, sebanyak tiga (3) kali.
6. Draf ini kemudiannya dibentangkan kepada Majlis Tertinggi pada 11hb September dan secara prinsipnya telah dipersetujui dan telah diputuskan untuk ianya diperhalusi lagi oleh mesyuarat Biro Politik, yang dipengerusikan oleh YAB Presiden sendiri, dan turut dianggotai oleh semua Pengerusi Badan Perhubungan Negeri- Negeri.
7. Langkah penyediaan tidak terhenti di sini dan bagi memastikan semua Ketua Bahagian mendapat maklumat mutakhir tentang draf ini, saya telah diminta untuk memberi taklimat kepada mereka di Kursus Orientasi Perdana di Janda Baik, di mana dalam taklimat tersebut ia turut dihadiri oleh pimpinan tertinggi sayap-sayap parti.
8. Malah sebelum dibentangkan di dalam Perhimpunan Agung Khas ini pun, draf tersebut telah dibawa ke mesyuarat khas yang dihadiri oleh wakil-wakil Negeri pada pagi semalam. Akhirnya cadangan pindaan perlembagaan yang saya bentangkan ini telah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi yang bermesyuarat malam semalam. Keseluruhan proses ini dilakukan agar cadangan pindaan ini dapat disediakan dengan sebaik mampu. Untuk makluman, sebanyak 36 Fasal dan sub-Fasal terlibat dalam cadangan ini yang boleh saya rumuskan kepada 7 perkara.
i. Perluasan jumlah perwakilan
ii. Penghapusan kuota
iii. Penambahan bilangan Ahli Jawatankuasa Majlis
Tertinggi, Bahagian dan Cawangan lantikan;
iv. Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO;
v. Penghapusan Yuran Tahunan;
vi. Pendaftaran Keahlian;
vii. Pengiktirafan kepada Setiausaha Bahagian;
9. Bagi memudahkan Sidang Perwakilan menyemak fasal-fasal berkaitan dengan setiap perkara yang akan disentuh sebentar lagi, pihak ibu pejabat ada membekalkan Buku Usul Pindaan Perlembagaan UMNO (berwarna merah) beserta addendumnya dan Ringkasan Usul Pindaan sebagai rujukan kepada semua perwakilan.
Datuk Pengerusi Tetap,
10. Di sini izinkan saya mengupas dan mengulas fasal-fasal pindaan yang telah saya bentangkan sebentar tadi yang merupakan fasalfasal yang dipinda, fasal-fasal yang perlu dimansukh dan fasalfasal baru merealisasikan 7 perkara yg saya sebutkan tadi.
11. Perkara pertama adalah berkaitan dengan perluasan jumlah perwakilan. Tujuan pindaan ini adalah bagi menjadikan UMNO lebih inklusif dengan menghakupayakan ahli-ahli di peringkat akar umbi, sekaligus akan menjadikan UMNO lebih demokratik dalam soal pemilihan. Ia juga berdasarkan kepada maklum balas yang diterima, rata-rata berpandangan bahawa UMNO perlu melebarkan jumlah perwakilan dalam proses pemilihan pemimpin tertinggi dengan mengembalikan hak memilih kepada lebih ramai ahli selaras dengan semangat dan roh parti UMNO itu sendiri.
12. Mengambil Majlis Tertinggi sebagai contoh, jika sebelum ini, pemilihan ahli Majlis Tertinggi hanya dibuat oleh 2,510 orang perwakilan, maka adalah dicadangkan agar seramai 146,500orang perwakilan akan terlibat dalam proses membuat pemilihan ini pada masa akan datang.
13. Jumlah 146,500 ini adalah berdasarkan kepada anggaran jumlah
perwakilan mengikuti formula berikut:
i. secara purata diandaikan terdapat seramai 500 orang perwakilan di dalam satu Bahagian yang ada pada hari ini. Maka, 500 orang x 191 bahagian bersamaan 95,500 orang.
ii. cadangan untuk memberi taraf perwakilan secara automatic kepada ketua sayap-sayap cawangan dengan mengambil kira secara purata terdapat 17,000 cawangan yang ada hari ini, maka, 3 orang ketua sayap sayap x 17,000 cawangan bersamaan 51,000 orang. Justeru, 95,500 campur 51,000 menjadikan jumlah keseluruhan seramai 146,500 orang pemilih.
14. Langkah ini akan memberi pengiktirafan kepada suara dan peranan ketua pergerakan sayap-sayap cawangan dan perwakilan di peringkat bahagian untuk terlibat sama dalam pemilihan pemimpin di peringkat tertinggi parti semasa mesyuarat bahagian.
15. Majlis Tertinggi sedia maklum bahawa perubahan cadangan ini telah menarik minat ahli tentang urusan logistik dan kos pelaksanaannya yang akan melibatkan jumlah yang lebih besar. Sukacita, saya memaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi menangani perkara ini yang akan saya perjelaskan sebentar nanti. Inilah di antara perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh ahli akar umbi dan rakyat. Apabila diluluskan nanti, pindaan ini bakal mencatatkan sejarah kerana tiada mana-mana pemimpin, khususnya yang berkuasa mentadbir negara sanggup mengubah sistem yang meletakkan mereka di persada kuasa. Jelas ini adalah manifestasi sikap keterbukaan dan demokratik pemimpin UMNO terhadap citarasa serta harapan ahli parti dan rakyat, dan apabila dipersetujui, saya percaya ianya tidak akan mengecewakan kerana ianya merupakan penambahan 5,800 peratus (5,800%) dari jumlah perwakilan yang sedia ada.
Datuk Pengerusi Tetap,
16. Perkara kedua, adalah perkara yang berhubung kait dengan penghapusan sistem kuota. Tujuan pindaan ini adalah untuk menjadikan UMNO lebih demokratik dan membuka ruang seluasluasnya kepada ahli parti untuk bertanding, manakala sekatansekatan dalam melayakkan seseorang ahli menawarkan diri untuk bertanding akan dihapuskan.
17. Walaupun Majlis Tertinggi bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan Jawatankuasa termasuk berkaitan kriteria kelayakan calon-calon, namun ia mencadangkan agar hanya kriteria kelayakan minimum sahaja dikenakan untuk melayakkan seseorang menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Rasional Majlis Tertinggi ini adalah untuk melindungi institusi Presiden dan Timbalan Presiden kerana secara adatnya, mereka berdua merupakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri negara.
18. Tetapi apabila cadangan ini dibawa kepada Biro Politik, kedua-dua penjawat sekarang, YAB Dato’ Seri Mohd Najib dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan ini dan berpendirian bahawa mereka berdua tidak memerlukan apa-apa perlindungan dan tidak akan berselindung di sebalik syarat yang dicadangkan itu.
19. Walaupun demikian, bagi memastikan agar calon-calon dapat melalui proses kepimpinan parti di samping membolehkan mereka menghayati persekitaran politik akar umbi serta menjiwai semangat perjuangan parti yang sebenar sebelum menawarkan diri, maka satu kelayakan minimum dicadangkan untuk diwujudkan, di mana;
i. bagi mana-mana ahli yang ingin bertanding untuk manamana
jawatan Ahli Majlis Tertinggi, mereka hendaklahmendaftarkan diri dan pernah memegang mana-manajawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi atau Ahli JawatankuasaBahagian selama satu penggal.
ii. Manakala bagi ahli-ahli yang ingin bertanding untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian, mereka hanya perlu menjadi ahli parti selama tiga tahun.
Datuk Pengerusi Tetap,
20. Perkara ketiga adalah untuk membolehkan pelantikan tambahan seorang lagi Wakil Wanita dalam Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.
21. Kita amat mengiktiraf peranan yang telah dimainkan oleh seluruh warga Pergerakan Wanita terhadap UMNO. Sanjungan serta penghormatan sangat wajar diberikan kepada mereka di atas pengorbanan dan khidmat bakti yang telah diberikan kepada parti. Sumbangan Wanita memang cukup besar dan tidak kita nafikan. Justeru di atas prinsip inklusif dan untuk mengiktiraf sumbangan dan peranan Wanita selama ini, maka dicadangkan bahawa tambahan seorang lagi wakil Wanita untuk jawatan Ahli Jawatankuasa lantikan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.
22. Namun begitu, bagi tidak menjejaskan kuasa lantikan Presiden, Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan, maka dicadangkan supaya jumlah keseluruhan bilangan Ahli Jawatankuasa lantikan di peringkat Majlis Tertinggi ditambah daripada 12 kepada 13 orang, di peringkat bahagian daripada 7 kepada 8 orang dan di peringkat cawangan daripada 5 kepada 6 orang. Pindaan ini akan menambah suara Wanita di peringkat cawangan sehinggalah ke peringkat tertinggi parti.
Datuk Pengerusi Tetap,
23. Perkara keempat adalah mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU).
24. Sama ada disukai atau tidak, hari ini, UMNO sedang dibelenggu oleh persepsi yang negatif sewaktu kita menjalani pemilihan parti. Di peringkat parti, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memerangi persepsi negatif ini. Salah satu cadangannya adalah dengan melaksanakan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian seluruh negara pada tahun pemilihan secara serentak. Dengan kaedah ini, ia akan mengatasi persepsi negatif tadi agar kita boleh memberi tumpuan kepada tugas-tugas parti berbanding kempen yang berpanjangan.
25. Kita memahami dan menyedari bahawa mungkin timbul perkaraperkara yang berhubung kait dengan masalah kos pelaksanaan, pentadbiran, penyelarasan, perjalanan dan pengawal seliaan sewaktu pemilihan. Di atas kesedaran itu satu jawatankuasa khas yang akan diinstitusikan di peringkat UMNO pusat yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemilihan UMNO akan ditubuhkan untuk menyelaras perkara-perkara yang menjadi kerisauan ahli-ahli. Malah di dalam taklimat Presiden, Presiden telah menyatakan bahawa perkara ini akan ditangani dengan sebaik-baiknya.
Datuk Pengerusi Tetap,
26.Perkara kelima bertujuan untuk menghapuskan yuran tahunan dan
menggantikannya dengan yuran seumur hidup.
27. Berdasarkan statistik ibu pejabat terdapat 27,000 kes diterima dan di
antara aduan yang paling kerap timbul adalah berkaitan dengan pembayaran yuran tahunan, khususnya semasa tahun pemilihan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Justeru dicadangkan agar yuran tahunan dihapuskan dan digantikan dengan yuran seumur hidup sebanyak RM2 kepada ahli baru. Ini dapat mengurangkan pelbagai aduan berkaitan soal yuran dan mengelakkan permasalahan atau pertikaian tentang keahlian daripada berlaku.
28. Berikutan pindaan ini, sekiranya diterima, tuan-tuan dan puan-puan
sidang perwakilan semua, secara automatik telah menjadi ahli seumur hidup.
Datuk Pengerusi Tetap,
29. Perkara keenam adalah membenarkan ketua-ketua sayap untuk
menerima keahlian.
30. Walaupun pelbagai pindaan telah dibuat sebelum ini terhadap pendaftaran keahlian, masih kedengaran ramai yang menimbulkan soal kesukaran utk menadi ahli UMNO. Benar atau tidak, ianya menjadi bahan perbualan dan malangnya ia menjadi senjata untuk menyerang kita. Justeru kita mencadangkan proses penerimaan keahlian diperluaskan kepada semua ketua sayap-sayap. Dengan menghakupayakan ketua sayap-sayap, diharapkan agar kelulusan permohonan ahli dapat dibuat dengan lebih cepat dan seterusnya mengupayakan Ketua sayap-sayap bagi sama-sama memikul tanggung jawab menarik keanggotaan lebih ramai ahli di kalangan golongan sasar tersebut, khususnya golongan muda dengan harapan mereka akan merasa terpanggil untuk menyertai dan berkhidmat untuk parti.
Datuk Pengerusi Tetap,
31. Perkara ketujuh dan terakhir adalah untuk memberikan taraf perwakilan secara automatik kepada Setiausaha Bahagian bagi menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan. Ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada Setiausaha Bahagian-bahagian yang menjadi tonggak pentadbiran parti. Dengan lulusnya cadangan pindaan ini, jumlah perwakilan UMNO akan bertambah seramai 191 orang lagi.
Datuk Pengerusi Tetap,
32. Kesemua cadangan-cadangan di atas terkandung dalam tujuh (7) perkara teras pindaan yang saya kemukakan sebentar tadi. Ia bertujuan untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah kita bagi melaksanakan transformasi dalam parti. YAB Timbalan Presiden menyatakan di dalam ucapan perasmian sayap-sayap Pemuda, Wanita dan Puteri bahawa tanda aras kepada perubahan ini bukan hanya ditentukan oleh kita, ahli-ahli parti sahaja, tetapi ia hanya diterima sebagai berjaya dan terlaksana, hanya jika rakyat dapat merasakan bahawa UMNO benar-benar berubah menjadi lebih inklusif, terbuka dan demokratik.
33. Bagi pihak Majlis Tertinggi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sokongan padu yang diberikan oleh pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO kepada cadangan Pindaan Perlembagaan ini semasa persidangan masing-masing semalam.
Datuk Pengerusi Tetap,
34. Suka tidak suka, rakyat mengikuti rapat perkembangan yang berlaku di dalam UMNO, terutama tatkala pemilihan parti dijalankan. Saya yakin rakyat terutamanya orang-orang Melayu masih sayangkan UMNO, apatah lagi UMNO telah banyak berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Tambahan pula Presiden UMNO juga merupakan Perdana Menteri kepada seluruh rakyat. Sudah tentulah harapan mereka untuk kita melaksanakan tugas dan amanah ini perlu segera kita penuhi. Kesemua cadangan ini perlu kita jayakan secara kesatuan niat dan tekad. Saya yakin apa yang kita lakukan hari ini, nescaya, akan dikenang sebagai pengorbanan dan sumbangan yang paling besar kepada Agama, Bangsa. Tanah Air, ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Ya Allah – penuhilah cita-cita dan harapan kami ini. Amin ya Rabbal Alamin.
Ybhg Datuk Pengerusi Tetap, saya mohon mencadangkan
Arsene Wenger nama yang tidak asing lagi dalam dunia pengurusan bola sepak. Mendapat jolokan nama ‘The Professor’ merupakan salah seorang pengurus pasukan bola sepak terbaik dunia ketika ini. Kedatangannya ke Arsenal telah mengubah kelab itu sehingga menjadi kelab yang digeruni sehingga kini. Berbanding kelab lain yang berbelanja besar untuk mengukuhkan jentera pasukannya, Arsene wenger, walaupun mampu untuk berbelanja lebih £30 juta untuk seorang pemaian tetapi tetap berdegil dengan polisinya untuk tidak berbelanja besar. Pendekatan agak berbeza berbanding gergasi bola sepak lain seperti Liverpool, Chelsea, Manchester United mahupun Real Madrid. Real Madrid pernah menawarkan Wenger untuk menjadi pengurus kelabnya di Bernabau dengan yuran perpindahan £25 juta untuk perpindahan pada bulan Januari 2008. Tetapi Wanger yang setia dengan Arsenal menolak dan menambah kontraknya di Emirates.
Persoalannya sekarang ini, apakah yang istimewa dengan Arsene Wenger ini sehingga menjadi buruan banyak kelab gergasi dan stail pengurusannya menjadi ikutan banyak pengurus kelab bola sepak lain?
Samir Nasri, Bintang muda Arsenal
Robin van Persie
Wenger mempunyai reputasi menggilap bakat yang ada pada golongan muda. Nama-nama besar pemain bola sepak dunia pada masa ini sepeti Thierry Henry, Patrick Viera, Nicolas Anelka, Robin van Persie dan banyak lagi pemain yang dulunya tidak dikenali menjadi pemain bertaraf dunia hasil tunjuk ajar dan bimbingan Wenger. Di Arsenal, bakat mereka digilap sehingga menjadi pemain bertaraf bintang dan ada kelab gergasi yang ternyata teringin untuk memiliki pemain yang sudah digilap ini dengan harga yang mahal. Sebagai contoh Nicolas Anelka yang Arsenal beli dari Paris St Germain dengan harga £500,000 dan kemudian dijual dengan harga £22.3 juta kepada Real Madrid merupakan salah satu dari episod kejayaan Arsene Wenger dalam menggilap bakat pemain muda berbakat.
Itu di padang bola, bagaimana pula dengan dunia fantasi Naruto? Apakah peranan golongan muda dalam Naruto?
Anime Naruto
Secara ringkas berkenaan dengan Anime Naruto, Naruto merupakan seorang kanak-kanak yang yang tinggal disebuah kampung ninja dan dipercayai ibu bapanya telah meninggal dunia. Naruto dipulaukan sejak dari dia dilahirkan oleh penduduk kampung kerana kelahirannya diiringi dengan berbagai bencana kepada penduduk kampung. Tetapi Naruto mempunyai azam yang kuat untuk melindungi kampung kesayangannya dan berhasrat untuk menjadi seorang ketua kampung.
Pelbagai cabaran yang dilalui Naruto untuk membesar dan melindungi penduduk kampungnya. Hasil tunjuk ajar sensei-sensei mereka separti Kakashi, Yamato, Asuma, Jiraya dan lain-lain telah banyak membantu perkembangan Naruto dan rakan-rakan dalam menjadi ninja yang hebat. Usaha dan penat lelah Kakashi sensei, Yamato sensei dan sensei-sensei lain terhadap perkembangan golongan muda amat perlu kerana didalam hati mereka, mereka tahu yang akan tiba masanya golongan inilah yang akan menggantikan mereka. Sehingga Kakashi sensei pernah berkata, “new generation will succed the older generation”. Oleh itu, penat lelah mereka dalam membangunkan generasi muda merupakan titik tolak dalam membentuk kelangsungan kampung ninja mereka. Falsafah ini tidak lari daripada kata-kata Profesor Yusuf Qardawi yang merupakan mufti kepada benua Eropah pernah berkata.
“Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku’”
Imbau Kembali
Mari kita lihat sejarah seribu empat ratus tiga puluh tahun lepas, pembawa ajaran Islam terdiri daripada golongan-golongan muda yang telah ditarbiyah sendiri oleh Rasuallah s.a.w. Lihatlah nama-nama besar seperti Saidina Ali, Saidina Osman, Abdul Rahman bin Auf, Ibnu Zubair, Ibnu Abbas dan ramai lagi sahabat-sahabat yang menjadi pendokong utama dan jentera penggerak pembinaan ketamadunan Islam. Juga Musab Bin Umair yang merupakan seorang yang kacak dan cukup kaya, tetapi selepas memeluk Islam, menjadi seorang yang sangat dihormati bukan kerana rupanya yang kacak. Tetapi kerana ketaatannya kepada Allah. Sejarah juga pernah menyaksikan ketangkasan Usamah bin Zaid yang berusia 18 tahun memimpin satu bala tentera untuk menyerang kerajaan Rom dan Kehebatan Muhammad Al Fateh membuka Kota Istanbul ( Konstantinopal ) ketika berusia 21 tahun.
Mungkin itulah antara rahsia kejayaan Rasuallah s.a.w yang bilamana Rasuallah s.a.w wafat sekalipun, Islam berkembang dengan cepat dan pantas sehingga meliputi 2/3 penduduk dunia ketika itu. Pentarbiyahan kepada golongan muda amat penting kerana merekalah yang akan menentukan jatuh bangunnya Islam.
Realiti kini
Jika dipadang bola, nama seperti Arsene Wenger merupakan nama yang tidak asing lagi dalam menggilap bakat golongan muda, jika di dalam Anime Naruto pula, Kakashi sensei, Yamato Sensei dan lain-lain lagilah yang bertanggungjawab menggilap bakat yang ada pada golongan muda sehingga bakat mereka yang terpendam tidak disia-siakan. Imbau kembali sejarah 1430 tahun lepas, Rasuallah s.a.w. lah yang menanamkan agenda perjuangan kepada golongan muda yang ternyata mencari pengisian jiwa yang memberontakkan mahukan sesuatu perjuangan, dan hasilnya dapatlah kita lihat Islam berkembang sehingga ke hari ini.
Tetapi kini, adakah golongan muda ini hanya dibiarkan keseorangan mengisi kekosongan jiwa mereka dengan melakukan perkara yang pelik-pelik untuk mengisi kekosongan jiwa yang bagaikan kehilangan sesuatu. Sebagai contoh, andaikata Theirry Henry dibiarkan begitu sahaja tanpa bimbingan dan tunjuk ajar Wenger, tentunya sukar dia tergolong dalam pemain yang bertaraf bintang ketika ini. Begitu jugalah pemuda yang memerlukan panduan dan tunjuk ajar daripada orang yang lebih berpengalaman dalam membentuk golongan muda
Pada kesempatan ini, amat penting bagi golongan yang lebih berpengalaman memimpin golongan muda kearah jalan yang betul terutama yang hendak membawa agenda Islam agar dapat memenuhi kehendak mereka hanya ingin mencari pengisian jiwa yang memberontakkan mahukan sesuatu perjuangan. Bagi golongan muda pula janganlah segan-segan untuk meminta bantuan daripada yang lebih tahu dalam mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar.
Selepas pembangkang beria-ia menjadikannya modal kempen, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam Rabu menjawab empat isu besar yang digembar-gemburkan parti lawan dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
Beliau mengambil kesempatan menjawab keempat-empat isu besar tersebut kerana sudah muak dengan sikap pembangkang yang terus menerus menaburkan fitnah dan cuba memburukkan kerajaan dalam isu-isu yang tiada kena mengena dengan Barisan Nasional (BN).
Apakah salah kerajaan Barisan Nasional (BN) atau UMNO dalam isu perarakan kepala lembu, kematian penjenayah A.Kugan serta kematian Teoh Beng Hock dan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Selangor?
Di depan lebih 2,000 penduduk serta pengundi di Taman Politeknik, Teluk Kemang, Muhyiddin menjelaskan, bukan Perdana Menteri atau timbalannya mahupun menteri mengarahkan perkara atau kejadian tersebut berlaku.
Katanya, perarakan kepala lembu membantah pembinaan kuil di Shah Alam berpunca kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dikuasai pembangkang.
"Isu itu berlaku di Selangor, di negeri yang dikuasai pembangkang, apa kena mengena dengan Barisan Nasional," tanya beliau.
Dalam insiden itu penduduk Seksyen 23 Shah Alam tidak bersetuju kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu memindahkan kuil ke kawasan majoriti penduduk Melayu dan beragama Islam.
Menurut Muhyiddin, kerajaan bertindak terhadap mereka terbabit perarakan itu kerana tidak mahu ianya mencetuskan ketegangan kaum yang boleh menjejaskan perpaduan di negara ini.
Bagi kes kematian Kugan ketika dalam tahanan polis, Muhyiddin menjelaskan, lelaki itu ditahan kerana polis mempunyai bukti pembabitannya dalam kegiatan samseng.
Namun, semasa dalam tahanan dia telah mati dan polis sudah menjalankan siasatan terhadap punca kematiannya yang akhirnya seorang anggota polis dituduh ada kaitan dengan kematian penjenayah itu.
"Perdana Menteri tidak pernah memberi arahan supaya Kugan dibunuh Menteri Dalam Negeri pun tak keluarkan arahan itu. Zalimlah saya jika saya beri arahan untuk dia dibunuh," ujar beliau
Mengenai kes kematian pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, beliau menjelaskan, sebelum ini pembangkang selalu menuduh Badan Pencegah Rasuah (BPR) alat kerajaan.
“Kita tubuh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk mereka menjalankan tugas dan mendakwa sesiapa sahaja terbabit rasuah,” katanya.
Menurut beliau, suruhanjaya ini adalah lantikan Yang di Pertuan Agong.
“Dalam kes kematian Teoh Beng Hock, saya tak fikir SPRM buat begitu. Bagaimanapun, kita tubuh inkues untuk mengetahui punca sebenar kematian tersebut,” jelas beliau lagi.
Katanya, kerajaan mahupun pemimpin lain tidak mahu tragedi malang itu berlaku kepada keluarga mangsa.
“Kerajaan kita bertanggungjawab dengan ambil tindakan dengan benarkan inkues kerana tidak mahu kejadian itu menjejaskan institusi SPRM,”.
“Tetapi (Datuk Seri)Anwar(Ibrahim) dan konco-konconya tuduh kita (kerajaan BN), Apakah ini salah kerajaan atau UMNO?” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pembangkang kini minta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tangguh pilihanraya Bagan Pinang kononnya daftar pengundi tidak betul.
Katanya, pilihanraya tidak boleh ditangguhkan malah pengundi pos akan mula membuang undi Khamis.
Ini semua jelasnya, menunjukkan pembangkang tertekan dan tahu mereka akan kalah dalam pilihanraya kecil kali ini.
Muhyiddin turut menjelaskan isu PKFZ yang dikatakan pembangkang sebagai kes pecah amanah dan rasuah yang besar.
“Ini bukan keputusan kerajaan..mungkin ada penyelewengan. Kita sudah tubuh jawatankuasa khas dengan banyak wakil untuk siasat perkara itu hingga ke lubang caci atau ke akar umbi,” tegas beliau.
Katanya, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau sesiapa sahaja cuba rosakkan negara dengan membawa mereka ke pengadilan.
Beliau percaya pembangkang yang kalah 4-0 dengan tuduhan-tuduhan di atas akan membuat cerita dan fitnah lain bagi memburukkan kerajaan termasuk Perdana Menteri.
Malah katanya, mengingatkan para pengundi bahawa menjelang dua hari sebelum pengundian Ahad ini, Anwar dan konco-konconya akan memperhebatkan dakyah mereka dengan membawa cerita bohong dan fitnah kepada pemimpin, kerajaan dan BN.
Sehubungan itu, Muhyiddin mahu pengundi di Bagan Pinang menolak pembangkang yang sentiasa menyalahkan kerajaan padahal kerajaan melakukan apa sahaja langkah terbaik bagi mengelak sebarang perkara buruk yang boleh menjejaskan imej negara.
Penjelasan beliau malam tadi barangkali mahu mematahkan pembohongan pembangkang terutama PAS yang meletakkan calon mereka bertanding di Bagan Pinang selain kemungkinan isu itu terus diputarbelitkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar yang dijadual turun berkempen mulai Khamis.
Giayah ah bangsa ah Gepun agu Korea saritaan aken, sikiran nyanamar ghagalebek satela su enged iran su kadtaru ah run, na miatabog nyamber ah perang. Sikiran daah den ghaumbal yan melainkan pagidsaan iran su ginawa iran sama ada ghababayaan atau dih, na sikiran parlu pakapiaan insendig iran saporuh su bangsa agu enged iran supaya maumbal pangingilaian ah bangsa ah salakau. Na imantu pun tanu pagilaian mapia atantu ah kiabolosan sa bangsa agu enged iran.
Na pebpatuan tanu su bangsa tanu’a Iranun, sekitanu mambager tanu sa pegangan ah ugama antuna dih run makapepeleng, na sekitanu amboh parlu manamar ghagalebek, na pananalamaten tanu den su kapiaan ah bangsa, dapai tanu dih pakakuah sa patabang ah karajaan, kainu boh su bangsa ah Tinah, ghamaju amboh. Ugaig na mautuh den su sarita aken.
Sekadar percubaan menulis dalam Basa Iranun...........