Saturday, April 25, 2009

RIBA?

Riba bermaksud:

  • Bahasa: bertambah/ tambahan/ mengembang/ meninggi/ lebihan kepada sesuatu.
  • Syarak/ istilah: setiap tambahan yang tiada timbal balas tukarannya/ tambahan kepada sesuatu (kefahaman umum) Atau; tambahan ke atas harta pokok tanpa mengikut kontrak jual beli (konteks hutang).


Mazhab Shafie:

Riba kontrak ke atas tukaran tertentu yang tidak diketahui persamaannya pada ukuran yang diakui syarak semasa berkontrak atau penangguhan kedua-dua atau salah tukaran barangan tersebut.


Mazhab Maliki:

Riba adalah lebihan pada bilangan atau pada timbangan yang sebenar atau samara-samar dan menangguhkan.


Mazhab Hanafi:

Riba adalah lebihan yang tidak setara tukarannya mengikut ukuran yang diakui oleh syarak dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh salah satu pihak yang berkontrak dalam kontrak pertukaran.


Mazhab Hambali:

Riba adalah melebihkan sesuatu dan menangguhkan sesuatu yang tertentu dengan sesuatu.


Ulama Tafsir:

Riba adalah tambahan yang diambil oleh pemiutang daripada penghutang kerana menangguhkan tempoh pembayaran


Pendapat lain terhadap riba:

Menurut Smith bunga adalah pampasan oleh penghutang kepada pemiutang kerana keuntungan yang mungkin diperolehinya daripada menangguhkan hutang tersebut atau pembayaran bagi modal tersebut. Begitu juga dengan kerajaan Henry VII iaitu dalam statut 1457 & 1945 memberi takrifan kepada usury iaitu perbuatan mengambil apa-apa lebihan daripada wang yang dipinjamkan bagi hutang yang sama. Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa tidak ada perbezaan antara riba, bunga & usury kerana istilah terlibat itu boleh dipakai kepada semua jenis jual beli yang haram.


Terdapat dua jenis riba iaitu riba Fadhl dan riba Nasiah. Perkataan nasiah bererti penundaan tempoh pembayaran yang dibenarkan kepada si pemiutang. Ia dikenali sebagai nasiah kerana pemiutang dikatakan membenarkan penundaan bayaran hutang dengan ganti rugi tambahan ke atas pokok modalnya. Manakala fadhl menyatakan lebihan yang dikenakan dalam pertukaran atau jualan barang yang sama jenisnya seperti gandum, padi, lembu, kambing.


Sumber-sumber pengharaman riba:

  • Al-Quran: riba al-Nasiaah – riba ini terlibat dalam bahan-bahan ribawi
  • Al-Sunnah – riba diketegorikan kepada empat:
    1. Riba al-Fadhl – riba ini terlibat dalam bahan-bahan ribawi
    2. Riba Yad – riba ini terlibat dalam bahan-bahan ribawi
    3. Riba Nasa – riba ini terlibat dalam bahan-bahan ribawi
    4. Riba Qard – riba pinjaman

No comments: