Idea ini pernah diperbualkan menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lalu.Ini bila mana Ahli Parlimen PKR kawasan itu Datin Seri Wan Azizah Ismail ‘ suka-suka’ nak letak jawatan untuk membolehkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk ganti tempatnya.Ada dikalangan pimpinan Barisan Nasional yang cadangkan agar ia tidak bertanding semasa pilihanraya kecil itu kerana membazirkan wang rakyat saja.Namun ada yang tak setuju kerana bimbang ada yang mempersoalkan dari segi moral BN tak mahu letak calon.Kini nampaknya sudah tiga kali PKR buat perangai.Setelah Permatang Pauh,Bukit Selambau dimana wakil rakyatnya V Arumugan letak jawatan kerana sebab peribadi…dan yang terbaru Penanti kerana krisis dalaman yang melibatkan wakil rakyat dan bekas Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin.Jumaat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diminta mengulasnya oleh para wartawan pada satu majlis di Klang mempersoalkan tindak tanduk PKR nak membazirkan wang rakyat lagi menerusi pilihanraya kecil
No comments:
Post a Comment