Iranun merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai khasnya di Daerah Kota Belud. Masyarakat Iranun dipercayai berasal dari Mindanao. Orang Iranun mencapai tahap peradaban di bawah Kerajaan Sulu dalam era Pemerintahan Kesultanan Sulu. Masyarakat Iranun mempunyai kebudayaan, adat, sistem politik serta sistem kemasyarakatan tersendiri. Masyarakat ini juga secara keseluruhannya merupakan penganut Agama Islam. Dahulunya kaum ini hidup sebagai pedagang, nelayan serta petani dan adalah kurang tepat apabila digambarkan bahawa kaum ini hidup sebagai lanun. Dari aspek kepahlawanan kaum ini terkenal sebagai pahlawan sejati yang tidak akan pernah mundur dalam medan peperangan.
Kaum Iranun seringkali dipanggil sebagai Illanun oleh sesetengah pihak. Ini merupakan perkara yang perlu diperbetulkan iaitu IRANUN Bukannya ILLanun. Selain itu Iranun bukanlah terdiri daripada kelompok atau cabang mana-mana kaum lain. Ini kerana kaum Iranun mempunyai asal-usul yang jelas. Ini dapat dilihat melalui sejarah kewujudan Kerajaan Kesultanan Sulu.
Dari aspek publisiti masyarakat Iranun didapati kurang menonjol dalam media massa. Ini menyebabkan kaum ini kurang dikenali, malahan ada pihak tidak mengenali apa/siapakah kaum Iranun? Namun demikian masyarakat Iranun tidak perlu rasa kecewa/ terpinggir kerana keadaan ini tetapi haruslah berusaha menonjolkan diri samada melalui media cetak, elektronik mahupun kaedah lain seperti penerbitan jurnal, artikel ataupun filem-filem dokumentari tentang masyarakat Iranun. Selain itu kedengaran juga terdapat segelintir orang Iranun yang telahpun membuat membuat kajian terhadap kaum Iranun tetapi yang menjadi persoalan dimanakah hasil kajian tersebut? Kenapa ia tidak diterbitkan atau didedahkan kepada pengetahuan umum? Malahan apa yang agak dikesali dan kita rasa terkilan kepada mereka ini ialah enggan berkongsi dengan hasil kajian tersebut dan hasil kajian tersebut disembunyikan “saken liatih mumbal sakajian piragunan, senang-senang ah kabegaiku rekiran, langun ah embegaiku rekiran maklumat ban ah biasa” (kata-kata yang pernah diungkapkan oleh seorang pengkaji apabila didatangi oleh sekumpulan pelajar IPTA yang datang untuk mendapatkan sumber maklumat untuk dimuatkan dalam kajian). Agak mengecewakan sikap sebegini dan saya menyarankan kita lupakan kepentingan diri demi kepentingan Bangsa Iranun.
Apabila membicarakan soal kaum Iranun, kita dan saya sendiri secara jujurnya berasa bangga, kerana masyarakat Iranun walaupun kurang menonojol serta dikenali tetapi kita mempunyai pemimpin yang harus dibanggakan dan kita sewajarnya perlu berasa bangga, kerana mempunyai pemimpin yang sukar saya gambarkan mungkin dengan meminjam istilah yang selalu diungkapkan oleh Pak Lah iaitu cemerlang, gemilang dan terbilang dapatlah mengambarkan pemimipin tersebut. Ini kerana bukanlah semua orang mampu serta layak mengendalikan dewan yang mulia (Dewan Rakyat), tambahan pula dengan situasi politik serta komposisi ahli parlimen antara BN dan Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat kini, tetapi seorang pemimpin yang lahir sebagai Orang Iranun sejati, telah membuktikan bahawa kaum ini juga layak mengatur negara dengan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat, yang memastikan sidang parlimen berjalan lancar bagi memastikan sistem demokrasi berpalimen dalam negara ini dapat ditegakkan. Namun timbul lagi satu persoalan selepas beliau, siapa lagi pemimpin dari kalangan masyarakat Iranun yang boleh kita banggakan???

1 comment:
Saya bersetuju dengan pandangan saudara, aku rasa memang kena pada tempatnya.....Datu K
Post a Comment