Majlis memperkenalkan calon Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada para perwakilan Negeri Sembilan di Seremban Khamis malam melakarkan suasana yang cukup menarik.Ia dilihat sekaligus meredakan ‘ketegangan’ ekoran daripada keputusan Lembaga Disiplin Selasa melarang Datuk Seri Mohd Ali Rustam daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden.Ini berikutan berlegarnya berbagai spekulasi termasuk ada yang bimbang berlaku krisis dalam parti kerana tindakan itu.Tanpa diduga Ketua Menteri Melaka itu muncul pada jam 9.05 malam iaitu 25 minit sebelum majlis berkenaan berlangsung di dewan sebuah hotel di bandar itu.Melihat kehadirannya itu para ahli UMNO yang berada sekitar lobi hotel berkenaan spontan memberi tepukan gemuruh.Beliau kemudian berjalan beriringan dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang tiba beberapa minit lebih awal.Mereka sama-sama masuk ke dewan makan dan duduk di meja bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sampai lebih awal.
Friday, March 20, 2009
Panas hanya seketika....LAGI(Enter)
Muhyiddin: Umno di hujung jalan... LAGI (Enter)
Mar 20,
Naib Presiden Umno itu berkata parti berkenaan ada masa empat tahun sahaja lagi untuk berubah sebelum diadili rakyat dalam pilihanraya umum ke-13.
- Masa terbatas
- Pulih imej parti
Antara Adat Dan Ritual: Perkahwinan Dan Kematian Dalam Masyarakat Iranun
Masyarakat Iranun sangat berpegang kepada adat yang diwarisi turun-menurun dari nenek moyang. Perlanggaran adat merupakan sesuatu perbuatan khianat dan sumbang kepada bangsa. Adat ini berdasarkan kedudukan individu dalam hirarki sistem kemasyarakatan Iranun. Contohnya masyarakat Iranun dari golongan bawahan seperti yang digelar oripen maka tidak boleh mengadakan upacara keramaian seperti golongan Datu.
Peghaing (Perkahwinan) dalam tradisi Iranun, sama juga dengan masyarakat Islam yang lain, iaitu ghaing (kahwin) dalam masyarakat Iranun hendaklah berlandaskan ajaran Islam. Pertama dalam adat perkahwinan Iranun, selepas pihak lelaki menetapkan perempuan yang bakal dipinang terdapat beberapa peringkat yang perlu dilalui iaitu:
- Panunuriman saatib (merisik)
Peringkat ini beberapa wakil yang dilantik oleh keluarga lelaki akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan. Dalam perjumpaan tersebut pihak lelaki akan cuba menyiasat samada pihak perempuan sudah berpunya atau belum, sekiranya belum berpunya maka wakil pihak lelaki akan menyampaikan hasrat lelaki tersebut yang mana hasrat tersebut disampaikan dalam nada bayuk (istilah pantun dalam bahasa Iranun
- Pagidsah-idsah (Hari Peminangan Sebenar)
Pada hari pagidsah-idsah pihak lelaki akan membawa rombongan yang ramai untuk membuat perundingan serta menetapkan syarat-syarat perkahwinan berdasarkan adat iaitu kedudukan keluarga perempuan dalam hirarki masyarakat Iranun. Antara adat tersebut ialah pelit, sewakah , betang, bengah, pangerang, getas arirai yang semuanya ini dikira dalam unit pikul. Semakin besar bilangan pikul tersebul maka menandakan pihak perempuan tersebit datang dari keluarga yang berdarjat tinggi.
- Dalam perkahwinan juga tersebut satu istilah yang dalam bahasa Melayu kalau tidak silap saya dipanggil langkah bendul maka dalam bahasa Iranun dipanggil palangkadan iaitu pihak terpaksa membayar denda yang dikenakan sekiranya meminang perempuan yang mempunyai kakak yang masih belum pernah berkahwin. Satu lagi istilah iaitu sikendoh atau palagoya (kahwin lari) yang merupakan satu perbuatan yang sangan dibenci oleh masyarakat Iranun. Sikendoh terjadi apabila lelaki dan perempuan pergi berjumpa imam, orang tua (ketua kampung) atau waris terdekat dengan tujuan minta dikahwinkan. Kesannya mereka ini akan dikutuk oleh masyarakat dan mereka terpaksa pamamanikan (memohon maaf secara dari rumah ke rumah keluarga mereka) untuk merayu kepada masyarakat supaya memaafkan mereka.
Semasa kematian juga terdapat beberapa perkara yang menjadi kelaziman masyarakat Iranun namun demikian ia tidaklah sampai menyalahi ajaran Islam. Perkara kelaziman tersebut adalah:
- Mengumumkan kematian dalam Iranun dibezakan berdasarkan darjat simati dalam hirarki masyarakat Iranun. Apabila orang yang meninggal tersebut terdiri daripada kalangan orang biasa maka ia diumumkan mengunakan pukulan taboh (beduk), apabila mendengar paluan taboh tersebut maka masyarakat faham berlakunya kematian orang biasa. Bagi kematian dikalangan yang berdarjat tinggi seperti Datu maka kematiannya diumumkan melalui paluan gong dan bebendir yang dipanggil baluh atau pembaluan.
- Seterusnya memandikan mayat, menurunkan mayat serta pengebumian mayat. Namun ada sesuatu perkara yang unik untuk dikongsi bersama iaitu tungguh sakuburan (menjaga kuburan) yang mana masyarakat Iranun tidak akan meninggalkan mayat yang baru dikebumikan begitu sahaja tetapi akan menjaga kuburan 24 jam sekurang-kurangnya selama tujuh hari. Namun demikian bagi golongan Datu, sekurang-kurangnya 21 hari atau paling lama 40 hari. Dalam masa tujuh hari kematian tersebut, setiap malam keluarga simati termasuk masyarakat kampung akan berkumpul di rumah tempat berlakunya kematian dan sepanjang tujuh malam berturut-turut akan diadakan bacaan tahlil dan pangadih sabangkai-bangkaian dan mereka juga akan berjaga setiap malam. Pada hari ketujuh atau pitu ah gawi, kenduri arwah akan diadakan serta pendulang, iaitu memberi sedekah kepada yang datang berbentuk makanan dalam bungkusan. Pada kesupuluh akan diadakan juga kenduri arwah dan seterusnya pada hari kedua puluh atau tengah ah paat puluh kenduri arwah akan dilakukan sekali lagi bersama bacaan tahlil. Seterusnya pada hari keempat puluh jenazah dikebumikan serta pada hari kelima pulah atau tengah ah gatusan kenduri arwah sekali dilakukan. Menjelang keseratus hari jenazah dikebumikan maka kenduri gatusan akan diadakan. Seterusnya pada ulang tahun kematian, kenduri untuk temegan akan diadakan.
- Dalam soal kematian, masyarakat Iranun sangat bertimbang rasa dan menghormati waris simati. Perkara ini diterjemahkan dalam bentuk adat iaitu adat perkabungan. Menurut adat apabila berlaku kematian rakyat biasa daripada kalangan orang Iranun, maka tidak sesiapapun tidak dibenarkan melakukan keramaian atau peghalilang dalam masa 3 bulan (tetapi sekarang telah diubah hanya 20 hari sahaja). Bagi kematian daripada kalangan Datu maka sesiapapun tidak boleh melakukan keramaian atau peghalilang dalam masa 12 bulan (namun dewasa ini 40 hari sahaja). Sesiapa yang mengadakan khalilang atau majlis keramaian besar-besaran dalam tempoh tersebut maka akan didenda kecuali mendapat keizinan daripada waris simati.
Tuesday, March 17, 2009
KERTAS KERJA RANCANGAN PERNIAGAAN
1) Ringkasan Ekesekutif
2) Pengenalan
Ringkasan Mengenai :Jenis Perniagaan diceburi
Nama dan lokasi / alamat perniagaan
Tarikh perniagaan akan beroperasi
Tren pasaran yang menjustifikasikan projek ini
3) Tujuan Rancangan Perniagaan
Samada untuk permohonan pinjaman, rancangan projek baru,garispanduan menguruskan projek
4) Latarbelakang perniagaan
Alamat, Bentuk Perniagaan, Tarikh & Nombor Pendaftaran Perniagaan, Modal Permulaan, Maklumat Bank
5) Latarbelakang Pengusaha/Rakan Kongsi/ Pemegang Saham
Nama Penuh, No K/P , Umur, Jantina, Alamat Tetap, No. telefon, Taraf Perkahwinan, kelulusan Akademik , Kursus Yang Pernah Dihadiri, kemahiran, Pengalaman, Pekerjaan sekarang, Perniagaan Yang pernah Diceburi .
6) Rancangan Pentadbiran
Alamat Penuh Perniagaan & Pelan Lokasi
Carta Organisasi
Senarai Jawatan dan Bilangan Pekerja
Spesifikasi Tugas
Gaji /Imbuhan balas Jasa
Keperluan Pejabat
Perbelanjaan Pejabat / Pentadbiran
7) Rancangan Pemasaran
Barangan / Perkhidmatan Ditawarkan, Sasaran Pasaran
Saiz Pasaran, Pesaing Utama
Kekuatan & Kelemahan Persaingan
Syer Pasaran, Ramalan Jualan
Strategi pasaran ( strategi produk, strategi promosi, strategi harga, strategi edaran
Belanja Pemasaran
8) Rancangan Operasi
Carta Aliran Proses / Sistem penternakan
Unit pengeluaran / jam operasi ,Keperluan Bahan
Tenaga Kerja
Mesin & Peralatan
Susunatur Ruang Operasi
Overhead Operasi
Perbelanjaan Operasi
9) Rancangan Kewangan
Unjuran Aliran Fizikal ternakan
Unjuran Aliran Tunai
Unjuran Penyata Pendapatan
Analisis Kewangan
10) Dokumen Sokongan
Surat sebutharga, salinan geran tanah, sokongan pihaktertentu, sijil pendaftaran syarikat, surat dapat tender,salinan permit lesen,
11) Penutup
Monday, March 16, 2009
Iranun: Filipina & Sabah
Kaum Iranun berasal dari Teluk Ilana di Pulau
Majoriti kaum Iranun dewasa ini adalah di sekitar Marawi di Mindanao. Kaum Iranun adalah masyarakat yang kuat berpegang kepada agama Islam sebagaimana kaum Maranao dan Maguindanao di Mindanao. Kaum Iranun sebahagian kecil tinggal di sekitar Kepulauan Basilan dan sekitar kepulauan Sulu dan diceritakan mempunyai hubungan yang erat dengan Bajao Balangingi. Kaum Iranun juga terdapat di
.
Berkenaan dengan tuduhan bahawa rakyat Sultan Sulu adalah masyarakat lanun dan jahat malah sultan sendiri yang menggalakkan aktiviti pelanunan ini maka saya menyatakan disini bahawa tuduhan itu sebahagian besar adalah salah walaupun perlu di akui memang orang Sululah antara yang terhandal melanun. Sejarah telah menggambarkan dengan jelas bagaimana rakyat Sulu dan kesultanannya mementingkan maruah agama, bangsa dan tanah airnya dari momokan kekuasaan asing yang datang merampas tanah air mereka. Tuduhan seperti "Sultan Sulu menggalakkan pelanunan" adalah dusta yang tiada satu pun disandarkan pada sejarah kecuali catatan-catatan yang datang dari musuh-musuh Islam. Kalau ada pun ia hanyalah helah atau strategi Sultan Sulu bertujuan untuk melemahkan Sepanyol.
.
Sunday, March 15, 2009
Iranun Di Sabah
Kaum Iranun seringkali dipanggil sebagai Illanun oleh sesetengah pihak. Ini merupakan perkara yang perlu diperbetulkan iaitu IRANUN Bukannya ILLanun. Selain itu Iranun bukanlah terdiri daripada kelompok atau cabang mana-mana kaum lain. Ini kerana kaum Iranun mempunyai asal-usul yang jelas. Ini dapat dilihat melalui sejarah kewujudan Kerajaan Kesultanan Sulu.
Dari aspek publisiti masyarakat Iranun didapati kurang menonjol dalam media massa. Ini menyebabkan kaum ini kurang dikenali, malahan ada pihak tidak mengenali apa/siapakah kaum Iranun? Namun demikian masyarakat Iranun tidak perlu rasa kecewa/ terpinggir kerana keadaan ini tetapi haruslah berusaha menonjolkan diri samada melalui media cetak, elektronik mahupun kaedah lain seperti penerbitan jurnal, artikel ataupun filem-filem dokumentari tentang masyarakat Iranun. Selain itu kedengaran juga terdapat segelintir orang Iranun yang telahpun membuat membuat kajian terhadap kaum Iranun tetapi yang menjadi persoalan dimanakah hasil kajian tersebut? Kenapa ia tidak diterbitkan atau didedahkan kepada pengetahuan umum? Malahan apa yang agak dikesali dan kita rasa terkilan kepada mereka ini ialah enggan berkongsi dengan hasil kajian tersebut dan hasil kajian tersebut disembunyikan “saken liatih mumbal sakajian piragunan, senang-senang ah kabegaiku rekiran, langun ah embegaiku rekiran maklumat ban ah biasa” (kata-kata yang pernah diungkapkan oleh seorang pengkaji apabila didatangi oleh sekumpulan pelajar IPTA yang datang untuk mendapatkan sumber maklumat untuk dimuatkan dalam kajian). Agak mengecewakan sikap sebegini dan saya menyarankan kita lupakan kepentingan diri demi kepentingan Bangsa Iranun.
Apabila membicarakan soal kaum Iranun, kita dan saya sendiri secara jujurnya berasa bangga, kerana masyarakat Iranun walaupun kurang menonojol serta dikenali tetapi kita mempunyai pemimpin yang harus dibanggakan dan kita sewajarnya perlu berasa bangga, kerana mempunyai pemimpin yang sukar saya gambarkan mungkin dengan meminjam istilah yang selalu diungkapkan oleh Pak Lah iaitu cemerlang, gemilang dan terbilang dapatlah mengambarkan pemimipin tersebut. Ini kerana bukanlah semua orang mampu serta layak mengendalikan dewan yang mulia (Dewan Rakyat), tambahan pula dengan situasi politik serta komposisi ahli parlimen antara BN dan Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat kini, tetapi seorang pemimpin yang lahir sebagai Orang Iranun sejati, telah membuktikan bahawa kaum ini juga layak mengatur negara dengan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat, yang memastikan sidang parlimen berjalan lancar bagi memastikan sistem demokrasi berpalimen dalam negara ini dapat ditegakkan. Namun timbul lagi satu persoalan selepas beliau, siapa lagi pemimpin dari kalangan masyarakat Iranun yang boleh kita banggakan???