PMBK: Siapa benar ? siapa salah ? mustahil semua benar ? mustahil semua salah ?
Antara TGNA, Ariffahmi, Nik Amalina dan Syed Azidi (penulis blog kickdeffela) serta pimpinan PAS, semuanya mempunyai alasan dan hujah yang telah dikemukakan kepada rakyat Kelantan, terserahlah kepada rakyat Kelantan untuk menilainya. Khususnya kepada TGNA dalam mempertahankan kredibilitinya sebagai Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan. Pendirian dan sokongan para pemimpin kanan PAS terhadap TGNA akan menggambarkan kedudukan sebenar sokongan rakan seperjuangan dan rakyat kepadanya.
Kalau para pemimpin kanan PAS sudah percaya kepada segala cerita yang dikemukakan oleh kedua yang lain, maka pucuk pimpinanan tidak akan menyokong untuk mempertahankan TGNA dalam dakwaan berhubung kes PMBK dan ia memberikan isyarat bahawa PAS hilang kepercayaan terhadap TGNA.
Awas tidak mustahil sokongan dan simpati pucuk pimpinan PAS Pusat terhadap TGNA kerana mereka akan bersimpati dengan beliau dan ramai akan mengundi beliau sekiranya parti berkenaan mengadakan undi tidak percaya terhadapnya. Tentunya kerana mereka tidak percaya dengan tuduhan yang dilemparkan kepada menantu beliau.
Mustahil semuanya pembohong kerana ada antaranya yang tidak berbohong, siapakah mereka ?. Demikianlah mustahil semuanya benar kerana antaranya pasti ada yang salah dan berbohong. Siapa pula mereka ?
Dalam Islam sesuatu yang ingin dilakukan sebagaimana dipesankan oleh Nabi, mestilah bertanya kepada hati. Lalu jawapan dari hati inilah sebenarnya jawapan anda sendiri dan termasuk pucuk pimpinan Pas pusat dan seluruh rakyat Kelantan ....siapakah yang berbohong ?
No comments:
Post a Comment