Monday, November 23, 2009

Teori Penyelidik Barat Tentang Tanda KAFIR Dajjal

oleh Ibnuyaacob

texe_marr

Seorang bekas Pegawai Kanan Tentera Laut Amerika, iaitu Texe Marrs telah membuat suatu kajian mengenai hadith Rasulullah SAW yang berikut;

1. Dari Annas berkata Rasulullah;

“…Ketahuilah sesungguhnya dia (Dajjal) buta sebelah sedangkan Rabb kalian tidak buta.Dan sesungguhnya diantara kedua matanya tertulis KAFIR”.

(HR.Bukhari)

2. Dalam riwayat lain disebutkan :

“…Kemudian mengejanya (Kaf , Fa , Ra) semua Muslim dapat membacanya.”

(HR.Muslim dalam shahihnya kitab Fitan (18/59-SyarhImam Nawawi)

Menurut kajian Marrs, KAFIR yang dimaksudkan Rasulullah adalah suatu simbolik dan perlu diteliti dengan mendalam. Marrs berpendapat KAFIR yang dimaksudkan adalah pertubuhan CFR yang diasaskan pada 1921 di Washington, Amerika Syarikat. Marrs juga amat yakin dengan kajiannya kerana dia juga adalah bekas pegawai kanan tentera Amerika dan telah melihat pelbagai perancangan-perancangan rahsia kerajaan Amerika.

logo pertubuhan CFR

Marrs telah membuat soal-selidik dalam webnya dengan meletakkan soalan berkenaan Dajjal ini seperti berikut:

15. In the Islamic religion the antichrist is said to be a one-eyed lying false Christ with what letters marked on his forehead?
A. D-E-V-I-L B. C.F.R. C. J-E-S-U-S D. M-O-S-E-S

Jawapannya : B

Berikut adalah keserasian huruf Kaf…Faa..Ra… dengan CFR.

Kaaf (Arab) = C (Inggeris) - dalam Inggeris konsonan “C” berbunyi seperti “K” apabila dibaca

Faa (Arab) = F (Inggeris) - vokal huruf Faa sama dengan Inggeris huruf ‘F’

Raa (Arab) = R (Inggeris) - vokal huruf ‘Raa’ sama dengan vokal Inggeris huruf ‘R’

Maka, KaFiR = CFR

Mengapa CFR dan Apakah CFR itu ?

(Gambar) Richard N. Haas, Presiden CFR, berbangsa Yahudi

CFR adalah singkatan daripada Council on Foreign Relationship yang beribu pejabat di Washington, Amerika Syarikat. Pertubuhan CFR ditubuhkan pada 1921 iaitu selepas Perang Dunia Pertama. Pertubuhan ini adalah pertubuhan NGO orang-orang Yahudi terbesar yang berselindung disebalik matlamat kebajikan masyarakat.

Apa yang menyebabkan Texe Marrs mengatakan CFR adalah tanda Dajjal (antichrist)? Marrs amat yakin dengan kajiannya kerana semua ahli-ahli CFR adalah terdiri daripada presiden-presiden Amerika sejak 1920-an hingga sekarang. Selain itu, ia juga dianggotai oleh billionaire-bllionaire berbangsa Yahudi seperti Rockefeller dan Rotschild.

Semenjak penubuhan CFR pada 1921, dilihat dasar luar Amerika mula berubah. Antaranya ialah menyokong penubuhan negara Israel, membantu perpindahan masyarakat Yahudi ke Israel, penindasan Palestin, perang dunia kedua dan sebagainya.

Hatta, PBB juga ditubuhkan oleh ahli-ahli CFR yang berjawatan penting dalam kementerian eksekutif di Amerika. Dan perkara yang paling disyaki ialah sebelum berlakunya sesuatu peperangan ahli-ahli CFR akan bermesyuarat secara sulit di hotel-hotel terkemuka milik orang-orang Yahudi.

Perkara ini dapat dilihat pada beberapa hari sebelum tercetusnya Perang Iran-Iraq, Perang Teluk 1991, Perang Afghanistan, Perang Iraq dan terbaru ialah perang menentang Iran yang sedang di rancang.

CFR disyaki sebagai bayangan kepada pertubuhan Illuminati. Untuk mengkaburi mata masyarakat, CFR berkempen mempamerkan sifat kebajikannya terhadap isu-isu antarabangsa. Perkara-perkara ini, anda boleh baca di laman web rasminya .

Di laman ini anda akan melihat bagaimana artikel-artikel politik yang mengelirukan maklumatnya. Anda juga akan melihat bagaimana terdapat 2 orang Islam yang menganggotai CFR sebagai Manager Director iaitu Fouad Ajami dan Farid Zakaria.

Kedua-duanya penyokong penuh Amerika semasa berperang dengan Iraq dan mereka juga individu yang menulis artikel-artikel menghasut orang Arab menyokong dasar luar Amerika.

Menurut Myron Fagon dalam bukunya yang bertajuk “Pawn In The Game”, matlamat akhir CFR ialah One World Government. Matlamat ini semakin tercapai apabila tertubuhnya PBB selepas perang dunia ke-2. Jika diteliti betul-betul, PBB sebenarnya dikuasai oleh Majlis Keselamatan yang dianggotai 7 negara kuasa nuklear termasuk Jepun.

Mesyuarat Majlis Keselamatan pula tidak dihadiri oleh Presiden setiap negara tetapi dihadiri oleh Menteri-Menteri Luar Negeri (Foreign Minister) untuk memutuskan sesuatu perkara. Dan yang paling membimbangkan sekarang ialah semua menteri-menteri luar negeri itu adalah ahli bagi CFR sekarang ini.

Dan amat logik sekiranya Iran tidak dibenarkan mempunyai nuklear, kerana ia akan mengimbang kuasa dunia Islam dan Barat. Iran tak mungkin diambil sebagai ahli Majlis KEselamatan kerana ia akan menganggu matlamat CFR yakni Dajjal.

Kaedah akhir CFR melalui ahli-ahli Majlis Keselamatan PBB ialah, para ahli-ahli majlis akan mencadangkan kepada dunia melalui suatu persidangan tentang perlunya semua kerajaan disatukan. Tujuannya supaya tidak lagi berlaku perbalahan antara dunia barat dan dunia Islam. Jika cadangan ini benar-benar muncul, agak anda siapakah yang akan dilantik menjadi Presiden Besar mengetuai semua kerajaan-kerajaan dunia nanti ?

Sejauh Mana Penguasaan CFR terhadap Negara Dunia?

Untuk menguasai dunia, CFR harus mempunyai ahli-ahli dikalangan negara Islam untuk membantu mencapai matlamat One World Government yang dibentuk pada 1784 di Perancis. Caranya ialah menubuhkan suatu lagi NGO yang dianggotai hanya oleh menteri-menteri dan billionaire-billionaire. Pertubuhan itu ialah Trilateral Commission.

Ahli-ahli TC adalah terhad dan tidak boleh dianggotai oleh semua orang. Ianya diasaskan oleh orang yang sama iaitu David Rockefeller 1973. Anggota TC meliputi semua korporat seluruh dunia, antaranya ialah Presiden Bank Dunia, Presiden Toyota, Presiden Panasonic, Presiden Fuji Xerox, bekas Penasihat Politik Presiden Indonesia (mungkin sebelum Bambang Susilo dan termasuk 2 orang Tan Sri dari Malaysia berstatus billionaire.

(Kiri) Yotaro Kobayashi, Presiden Fuji Xerox, (Kanan) Shiguro Ogata, Gabenor Bank Jepun

Pendedahan Maklumat Sulit CFR dan Trilateral Commission

Masyarakat barat dikurniakan Allah sifat suka mengkaji dan menyelidik, dan sekarang ini terdapat beratus-ratus laman web yang mendedahkan gerakan sulit tajaan Dajjal iaitu CFR, Trilateral, Bilderberg, Skull and Bones, New World Order, Illuminati dan sebagainya.

Salah seorang rakyat Amerika yang terkenal Alex Jones (pengarah filem) mendedahkan banyak maklumat tentang gerakan Yahudi di Amerika. Pendedahannya di luar batasan yang dibenarkan sehingga ia ditahan oleh pihak berkuasa Amerika.

Kesimpulannya, adakah pertubuhan-pertubuhan ini ditubuhkan secara kebetulan? mengapa setiap pengasas pertubuhan ini adalah dari keluarga yang sama iaitu cucu-cicit Rotschild dan Rockefeller? Jika anda peminat setia buku Muhammad Isa Dawud, anda pasti jumpa jawapannya dalam bukunya yang bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda”.

wallahu’alam…

Dipetik Dari: http://ibnuyaacob.com/

Thursday, November 19, 2009

"Pengemis politik" lebih mulia dari "pelacur politik" kata Anuar Shaari pada Anwar dan Azmin





Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dulu,Anuar Shaari tidak kisah dengan reaksi bekas bosnya dan juga Azmin Ali terhadap langkahnya serah dokumen salinan asal saham dan penyata akaun bank pada polis semalam.

Anwar dakwa beliau ' cari makan' manakala Azmin yang juga Naib Presiden PKR copnya ' pengemis politik'.

Katanya pada Agendadaily Rabu 'pengemis politik' lebih mulia dari ' pelacur politik' yang sanggup menggadai segala-galanya. Mengenai dakwaan Anwar seolah beliau diupah untuk itu,Anuar menjelaskan tindakannya semata-mata untuk membolehkan orangramai menilai siapa sebenarnya ' bakal Perdana Menteri' dan bakal ' Menteri Besar Selangor'.

Beliau merujuk pada cita-cita Anwar Ahli Parlimen Permatang Pauh nak jadi Perdana Menteri dan Azmin yang kini ADUN kawasan Bukit Antarabangsa,Selangor nak jadi Menteri Besar

Sumber: http://www.agendadaily.com/

Monday, November 16, 2009

Generasi Nobita

Doraemon adalah judul sebuah mangga merupakan kata komik dalam bahasa Jepun. Diluar Jepun, kata tersebut digunakan khusus untuk membicarakan tentang judul sebuah buku komik bersiri buatan Jepun. Doraemon adalah Cerita popular yang dikarang Fujiko F. Fujio sejak tahun 1970 dan berkisah tentang kehidupan seorang anak pemalas kelas 4 SD yang bernama Nobita yang didatangi oleh sebuah robot kucing bernama Doraemon yang datang dari abad ke-22. Dia dikirim untuk menolong Nobita agar keturunan Nobita dapat menikmati kesuksesannya daripada harus menderita dihimpit masalah kemelut kewangan -yang akan terjadi di masa depan- penyebab utamanya adalah kebodohan Nobita.


Nobita, setelah gagal dalam ulangan sekolahnya atau setelah diganggu oleh Giant dan Suneo, telah selalu mengharapkan bantuan Doraemon. Doraemon kemudian biasanya akan membantu Nobita dengan menggunakan peralatan-peralatan canggih dari kantong ajaibnya. Peralatan yang sering digunakan adalah baling-baling bambu -membuat pemakainya dapat melayang di udara-, pintu ke mana saja -dapat membawa orang menuju tempat dan waktu sesuai yang diinginkannya dengan mudah- dan berbagai macam alat dari abad yang akan datang lainnya dipergunakan agar membahagiakan Nobita atau menyelesaikan masalahnya, akan tetapi sering kali penggunaan peralatan canggih tersebut disalahgunakan sehingga menjerumuskan ke dalam masalah yang lebih besar.


Versi kartun (anime/animasi) Doraemon masih ditayangkan di kaca television setelah belasan tahun (sejak 1991). Hampir semua orang kenal dengan tokoh ini, baik orang dewasa mahupun kanak-kanak. Ironisnya pemikiran instant gaya nobita yang seringkali memerlukan alat dari Doraemon- banyak diadaptasi dalam kehidupan kita. Manifestasi dalam hal cerita dilayar television dapat kita lihat dalam berbagai tayangan sinetron dengan cerita kekuatan lain yang tidak rasional seperti pari-pari atau kekuatan supra natural lainnya dapat ditojolkan untuk mengeluarkan segala persoalan kehidupan. Cuba kita saksikan konteks kecantikan atau pertandingan nyanyian atau lainnya yang dapat menjadikan kehidupan seseorang berbalik dari tidak terkenal menjadi celebritis kegilaan setiap pendukungnya. Dalam kehidupan ekonomi, ada pihak lebih senang melakukan penyelewengan untuk menggandakan wangnya tanpa harus bersusah payah.


Semua orang berkeinginan mencapai impiannya dengan waktu yang singkat tanpa banyak kerja keras dan pengorbanan, kiranya itu yang kita maksudkan dengan pemikiran instant. Dalam kehidupan berpolitik, konteks atau kompetisi yang saya sebutkan tadi nampaknya juga terlihat dalam perilaku sesetengah ahli politik. Sehingga parti politik nampak hanya sebagai batu loncatan atau kendaraan bagi memenuhi keperluan peribadi bukan tempat perjuangan ideologi politiknya. Padahal, penyertaannya dalam arena politik diharapkan dapat mengasah seorang pemimpin dalam tingkat internal, kemudian diserahkan kepada pengundi untuk menilai apakah dia layak menjadi nahkoda pemerintahan kedepan.


Budaya instant sebagai hasil dari perilaku yang didasari oleh pemikiran gaya Nobita menjadi suatu istilah dan dapat digunakan oleh manusia untuk menjuluki keadaan dunia zaman sekarang. Padahal budaya instant seperti yang saya maksudkan barusan melahirkan generasi Nobita yang tidak mahu bekerja keras dan mudah putus asa.


Akan tetapi kita tetap memiliki harapan bahwa generasi Nobita yang berpikiran instant tidak banyak atau hanya sebagai gejala sosial yang tidak dapat digeneralisasi sebagai perilaku masyarakat Malaysia pada umumnya. Banyak terdapat orang-orang yang senantiasa berupaya dengan segala potensi yang dia miliki tanpa mengharapkan kantong Doraemon atau kekuatan supranatural untuk menggapai segala keinginannya. Kita semua termasuk dalam generasi yang pantang menyerah tadi, karena hanya dengan intelektual kita mampu membuang kantong Doraemon serta membunuh kekuatan supranatural.

Wednesday, November 11, 2009

Mengukuhkan Integriti Politik

Pemimpin politik memainkan peranan penting dalam usaha membina kejayaan negara. Rakyat pula sentiasa melihat pemimpin politik yang mewakili mereka sebagai role model. Rakyat ingin melihat para pemimpin yang mewakili mereka dan dipilih oleh mereka mengamalkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, berkualiti, jujur, amanah, prihatin, telus, bersih serta berpegang kuat pada nilai-nilai ajaran agama tanpa mementingkan diri dan agenda peribadi.


Walaupun di sana sini politik seringkali digambarkan sebagai kotor, hitam dan kejam, namun itulah cabarannya kerana pada asasnya politik adalah murni dan mulia kerana ia adalah wadah untuk kita mengurus dan mentadbir dunia ini.


Persoalannya ialah apakah masyarakat kita khususnya “pemain-pemain” atau orang politik dalam arena politik negara sudah luntur atau hilang integritinya di mana pembudayaan nilai-nilai baik dan akhlak yang mulia sudah tidak ada. Jawapannya tentulah tidak jika isu ini dilihat secara menyeluruh, tetapi apabila isu ini dilihat dalam beberapa aspek yang lebih kecil, dekat dan terperinci tentu kelihatan lompang di sana sini yang perlu ditutupi. Kita perlu mengembalikan atau mewujudkan suatu suasana di mana politik sentiasa dilihat bersih dan murni.


Persepsi masyarakat yang serong dan sinis terhadap politik dengan anggapan-anggapan yang tidak baik perlu diperbetulkan dengan memberikan medan politik yang bersih bersama-sama dengan pemimpin yang juga “bersih”. Rakyat memerlukan pemimpin yang memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang memilihnya sebagai pemimpin. Rakyat memerlukan pemimpin yang memperjuangkan hak mereka. Ini adalah tugas kita semua dan parti-parti politik dalam negara tidak kira kerajaan atau pembangkang.


Pemimpin-pemimpin atau ahli-ahli politik yang memelihara integriti politik akan mengekalkan kedaulatan dan peningkatan keutuhan institusi politik itu sendiri. Ini bermaksud wujudnya kualiti unggul dan pengamalan nilai-nilai positif pada diri orang politik yang akan membantunya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jujur, ikhlas, bertanggungjawab, bersih, cekap, amanah dan berdisiplin serta berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing.


Rakyat dan negara menuntut komitmen khususnya para pemimpin politik dalam usaha membasmi kemiskinan, menghapuskan rasuah, penyelewengan dan mengekalkan perpaduan dan keharmonian di kalangan semua kaum. Rakyat menuntut mereka yang menceburi politik supaya bersifat amanah, telus, bertanggungjawab serta benar-benar berkhidmat demi kepentingan rakyat dan negara.


Amaran yang tegas lagi jelas telah diberikan oleh Allah s.w.t. melalui forman-Nya dalam surah al-A’raf, ayat 129 yang bermaksud; “Dan Allah telah melantik kamu sebagai khalifah di atas muka bumi, maka Dia akan melihat apakah yang kamu kerjakan.” Ini disokong pula oleh hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud; “Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan disoal mengenai apa yang dipimpinnya.”

Berikut ini ialah beberapa tindakan atau perkara yang boleh dipertimbangkan bagi mengukuhkan integriti politik negara:

1. Kembali kepada fitrah manusia

Orang politik yang menjadi “pemain” dalam arena politik seharusnya insaf dan sedar akan dirinya adalah makhluk ciptaan Tuhan yang dilahirkan bersamanya amanah dan tanggungjawab untuk menjadi hamba Tuhan. Wujudkan rasa bertuhan (God fear) dalam diri sebagai piawai ukuran dalam membuat sebarang tindakan dan keputusan. Undang-undang dan peraturan hanya dapat mendisiplin manusia secara paksa.

Dalam konteks politik Melayu-Islam, jangan sekali-kali menjadikan Islam sebagai alat. Banyak alat yang lain yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat. Kebenaran Islam adalah mutlak. Adalah tidak tepat mendakwa Islam adalah milik kumpulannya dan kumpulannya adalah Islam kerana masih banyak “alat” yang memperjuangkan matlamat yang sama.

2. Jelas matlamat dalam berpolitik

Kemelut politik juga ada kaitannya dengan pemahaman dan pengetahuan orang politik tentang politik. Mereka harus bertanya mengapa mereka menyertai politik. Asas kepada matlamat ini ialah kemaslahatan individu dan masyarakat. Dalam hal ini orang politik dituntut bersikap moderat, seimbang dan sederhana dalam setiap perilaku dan perbuatannya.

Sikap moderat menuntut keseimbangan antara kepentingan individu dan kepentingan sosial serta mencegah sesuatu yang mengancam kehidupan individu dan masyarakat. Seimbang pula berdiri atas arah yang diukur bedasarkan kualitatif dan situasi manakala sederhana pula sentiasa mengikuti jalan lurus tanpa menyimpang dari landasan dengan mengambil pendekatan yang ekstrem.

Wujudkan sikap berpolitik secara profesional berdasarkan analisa ilmu, hujah, fakta, bukti yang kukuh dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Berilah peluang kepada calon dan orang politik yang layak dan mempunyai kredibiliti.

Sikap “cantas-mencantas” termasuk di kalangan ahli sesama parti perlu dihapuskan lebih-lebih lagi melihat orang yang lebih berkelayakkan muncul di hadapan kita. Seorang ahli politik atau pentadbir yang cekap dan amanah mungkin tersingkir kerana ada calon lain yang lebih diyakini pendirian politiknya. Bayangkan jika ini berlaku melibatkan kepentingan negara, dan jika sikap sama menular dalam bidang pendidikan, ekonomi, budaya, sukan dan sebagainya, lama-kelamaan kita akan kekurangan orang-orang yang pakar dan layak dalam semua bidang.

3. Memahami adab perbezaan pendapat

Hidup berpolitik akan mendedahkan kita pada pelbagai karenah dan ragam manusia. Pada masa berbincang mungkin ada perbezaan pendapat. Dalam masa mereka mengambil alih suatu tugasan, pendekatan dan stail yang digunakan mungkin berbeza. Malah di kalangan ulama’ dan ilmuan Islam pun, perbezaan pendapat ini adalah lumrah.

Perbezaan pendapat yang berlaku dengan cara yang betul merupakan jalan kepada kebijaksanaan. Hormat-menghormati dan bersopan dalam memberikan pandangan menjadi asas kepada lahirnya lebih banyak sudut pandangan.

Apa yang penting ialah bersikap profesional menguruskan perbezaan dan konflik antara parti-parti. Perpaduan, kesatuan atau kerjasama bukan bermakna kita ingin hanya wujud satu parti sahaja yang memerintah. Adanya pembangkang dan kerajaan itu baik sebagai check and balance di mana pada akhirnya check and balance itu akan menguntungkan rakyat.

Perbezaan dalam perpaduan hendaklah diterima dan diraikan. Sebagai contoh, jangan kita “menghakmilikkan” agama, bangsa dan negara dalam kerangka dan sentimen politik parti masing-masing. Agama, bangsa dan negara adalah pokok perpaduan sebagaimana kita boleh menerima dengan lapang dada apabila orang berkata, “awak umat Islam”, “awak bangsa Melayu” dan “awak rakyat Malaysia”.

4. Berpolitik secara matang

Relatifnya pemilihan kepemimpinan politik di Malaysia ditentukan secara demokrasi di mana kepemimpinannya dibuat oleh rakyat terbanyak. Justeru, cara kita berpolitik hendaklah berjiwa rakyat dalam erti kata bertanggungjawab untuk membela rakyat dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan baik dari segi dasar, strategi dan program pembangunan yang akan dilaksanakan.

Amalan politik kepartian perlu dilakukan secara matang dan dewasa. Prinsip-prinsip keadilan, kebebasan dan persamaan hendaklah dipegang teguh. Nilai-nilai materialisme, individualisme, politik ala-Machiavelli dan kerakusan kepada kuasa yang merebak dalam gelanggang politik negara tidak harus dibiarkan berterusan.

Tidak salah mempunyai pelbagai parti politik. Biarlah kita banyak persatuan tetapi kita mempunyai kesatuan. Kepelbagaian parti akan memperlihatkan kepelbagaian cara, kaedah, idea dan pandangan untuk mentadbir negara. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menguruskan kepelbagaian itu dengan baik dan secara profesional, bertolak-ansur dan hormat-menghormati dalam semangat patriotik: cintakan negara tidak berbelah bahagi.

Jika ada pun kritikan, ia disuarakan secara matang di meja perundingan dengan penuh hujah, kredibiliti, kewibawaan dan kompeten. Politik matang tidak akan mengheret dan melibatkan seluruh rakyat untuk turut sama berpolitik tidak kira masa, tidak kira tempat dan tidak kira perkara.


Integriti politik di Malaysia secara umumnya masih terpelihara. Bagi memastikan amalan politik yang bersih, berprinsip, telus, bertanggungjawab dan matang tidak semestinya mencipta semula budaya politik baru (reinventing of a new political culture). Pokoknya “pemain-pemain” atau ahli politik harus berpegang kepada kualiti unggul seperti akhlak yang baik, bersih, amanah, berilmu, beriman dan bertakwa, berfikiran luas dan tajam, berwawasan, telus, ikhlas, komited terhadap perjuangan dan sebagainya.


Sejarah Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat boleh dijadikan contoh bagaimana mengadakan kematangan berpolitik. John McCain yang tewas dalam perebutan jawatan presiden menentang Barack Obama hujung tahun lalu terlalu hebat kata-mengata demi memenangi hati rakyat untuk menguasai White House. Uniknya, selepas itu tiada lagi kata-mengata, tuduh-menuduh dan hentam-menghentam yang berlaku di antara keduanya. Pemimpin yang terpilih boleh terus menjalankan tugasnya dan pihak yang kalah akur dan memberikan ketaatan sebagai rakyat. Selepas itu rakyat Amerika tidak mengira parti terus bekerja membina negara dengan polisi dan prinsip kerajaan yang memerintah. Masing-masingg berfikir dan bertindak bagaimana hendak membela kebajikan rakyatnya.


Di Malaysia, titik persamaan untuk bekerjasama sebenarnya banyak. Kita seolah-olah terlupa bahawa “kerja untuk membina negara” masih banyak sedangkan fokus dan tumpuan kita ialah “kerja untuk meruntuhkan negara” dengan mengheret sebanyak mungkin sokongan rakyat untuk “berperang”.

Jangan sesekali kebencian membunuh rasional dan profesionalisme. Seringkali kita mendengar parti-parti politik di negara ini melaung-laungkan kerjasama, perpaduan dan kesatuan. Namun, semangat itu tidak diterjemahkan ke dalam diri ahli politik parti itu dan juga dalam parti itu sendiri. Masakan mesej yang ditawarkan itu akan sampai kepada rakyat kerana ia tidak lebih dari “guru kencing berdiri” sahaja.


Bangsa yang maju dari segi ekonomi dan mewah dari sudut material tetapi rosak dari segi moral dan akhlaknya tidak akan dapat mengekalkan survivalnya pada masa depan. Kita harus sedar dan insaf bahawa kehilangan integriti akan menghancurleburkan tamadun dan masyarakat sebagaimana yang berlaku pada bangsa Lut, Thamud, Empayar Firaun, mahligai Qarun dan sebagainya.

Apa yang kita hasratkan pada matlamat akhirnya penciptaan integriti politik negara ini ialah mencapai status sebuah negara yang akan mendapat limpahan keampunan dan rahmat Allah s.w.t. iaitu masyarakat baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur (Surah Saba’, ayat 15). Inilah rupa bentuk sebuah negara yang ditadbir oleh “khalifah” Allah.

Monday, November 9, 2009

PAS : Ada yang belum beres…


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nampak seolah tidak terusik dan menampilkan wajah bersahaja ketika diminta mengulas kajian yang mendapati sokongan golongan muda terhadap PAS makin merosot selepas pilihanraya umum ke 12.

Reaksi seumpama itu ketika wartawan menemui beliau di kediamannya di Kota Bharu Ahad sehari selepas hal itu bergema di Seminar Memperkasakan Parti di Markas PAS Pusat di Taman Melewar pastinya menghairankan banyak pihak.

Apa lagi ramai yang sedang menilai siapa yang menang dan siapa yang kalah dari seminar sehari yang diadakan bagi mengantikan Muktamar Agung Khas (EGM) yang dicadangkan oleh Mursyidul Am PAS itu sebelum ini untuk membuat perhitungan keatas ‘ dua tiga kerat’ pemimpin yang dakwanya tidak hayati perjuangan parti.

Sebaliknya isu beberapa pemimpin parti itu seperti Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa,Setiausaha Agung Datuk Mustapha Ali dan Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali yang dikatakan mengusik perasaan Nik Aziz tidak berbangkit semasa perbahasan di seminar itu.Malah ada yang menegur cara Menteri Besar Kelantan itu mengoncang parti.

Dalam kertas kerja yang disampaikan di seminar PAS itu,Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah memberitahu kajian mendapati 70 peratus golongan muda yang percaya pentadbiran PAS sangat baik ketika Pilihan Raya Umum ke-12, kini berubah pantas.

Kajian itu juga menyebut perubahan ketara berlaku di kalangan golongan yang berusia 21 hingga 30 tahun dan golongan pertengahan antara 31 dan 40 tahun.

Komen Nik Aziz ringkas sahaja.Beliau tidak berselindung dalam menggangap walaupun EGM yang dicadangkannya diganti dengan seminar itu tetapi yang penting ia berjaya menyampaikan mesej yang diharapkannya yakni sokongan terhadap parti semakin berkurangan.

Katanya cadangan beliau untuk mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) adalah bagi menyampaikan mesej berkenaan.

"Itulah sebabnya, saya nak gerakkan supaya diadakan EGM atau seminar kerana kedua-dua itu telah cukup untuk disampaikan kepada anggota.

"Bagi saya EGM tak apa, seminar tak apa,…. mesej saya telah sampai, terpulang kepada ahli-ahli untuk menggunakannya atau tidak," katanya.

Ada pemerhati politik menilai komen itu seperti bermaksud itulah akibatnya kalau tidak dengar cakapnya.

Dalam ertikata lain ia boleh dianggap ditujukan khas pada ‘ dua tiga kerat’ pemimpin yang menjadi sasarannya.

Senang cakap Nik Aziz tahu dan mereka yang berkenaan pun tahu…ada perhitungan yang belum beres.

Sumber: http://www.agendadaily.com/

Saturday, November 7, 2009

Menilai Kelayakan Bakal Calon Di Kota Belud Menjelang PRU-13

Dewasa ini, sejumlah bakal calon wakil rakyat mulai bermunculan. Berbagai pihak dan orang-orang tertentu mulai melakukan survey atau jejak pendapat mengenai calon wakil rakyat yang populer di mata rakyat. Tulisan ini tidak berupaya untuk mengikuti trend survey yang telah dilakukan oleh berbagai golongan, tetapi lebih pada upaya untuk merumuskan sejumlah kriteria yang perlu dimiliki oleh setiap calon wakil rakyat mendatang.


Kriteria-kriteria yang dirumuskan untuk perlu dimiliki oleh setiap calon wakil rakyat adalah: Pertama, komitmen politik dari setiap calon wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah kemudahan asas rakyat yang tidak berpenghujung dan membenteras korupsi. Penyelsaian masalah kemudahan asas rakyat di Kota Belud dan pembenterasan korupsi adalah amanat reformasi yang harus dijalankan, demi kemajuan Kota Belud.


Kedua, komitmen pada peningkatan kesejahteraan rakyat yang terjejas sejak krisis ekonomi 1998. Kriteria ini sangat diperlukan karena penduduk Kota Belud sudah terlalu lama menderita akibat kebijakan ekonomi yang tak berpihak pada kepentingan rakyat terutamanya penduduk berpendapatan rendah.


Ketiga, komitmen pada pluralisme. Reformasi mewujudkan politik pluralisme yang lenyap dari persada politik Kota Belud oleh faktor kepentingan politik peribadi . Pluralisme sesungguhnya harus menjadi nilai dasar dari berdirinya daerah ini. Seorang wakil rakyat diharapkan bisa menjaga dan mengembangkan politik pluralisme yang saat ini tengah diancam oleh gerakan politik berfalsafahkan kepentingan peribadi.


Keempat, seorang wakil rakyat harus mempunyai decisiveness. Decisiveness bererti kemampuan seorang wakil rakyat untuk mengambil suatu keputusan penting dengan cepat dan tegas pada saat rakyat menghadapi suatu persoalan. Wakil rakyat yang bimbang, ragu-ragu menunjukkan dia tidak memiliki decisiveness. Wakil rakyat boleh saja mempertimbangkan berbagai aspek dalam mengambil keputusan, tetapi hendaknya wakil rakyat jangan berlama-lama dengan kebimbangannya. Yang diperlukan adalah suatu keputusan yang cepat dan tegas agar suatu persoalan dapat diselesaikan.


Kelima, responsif. Responsif bisa diertikan sebagai kemampuan seorang wakil rakyat untuk menangkap atau mendengarkan aspirasi rakyat. Tetapi bukan hanya itu, responsif juga berarti kemampuan wakil rakyat untuk memenuhi dan melaksanakan aspirasi rakyat. Kalau seorang wakil rakyat hanya mendengarkan atau menampung tanpa melaksanakan aspirasi rakyat maka wakil rakyat tersebut tidak punya keupayaan yang responsif.

Bersambung.............