Sunday, June 3, 2012

Benarkah Dasar Kabotaj Penyumbang Kemiskinan Rakyat Sabah???

Tan Sri Suffian Koroh, Menteri Perhubungan & Kerja Raya sedang merasmikan pembukaan pelabuhan dan gudang Lembaga Pelabuhan Sabah di Lahad Datu pada bulan September 1979.
Tan Sri Suffian Koroh, Menteri Perhubungan & Kerja Raya sedang merasmikan pembukaan pelabuhan dan gudang Lembaga Pelabuhan Sabah di Lahad Datu pada bulan September 1979.
Kabotaj kebiasaannya digunakan sebagai sebahagian istilah "hak kabotaj," hak bagi sesebuah syarikat dari satu negara untuk berdagang di negara lain.  Perdagangan kabotaj adalah istilah politik menggambarkan "perdagangan persisiran sesebuah negara oleh kapal yang mengibar bendera negara tersebut". Dasar Kabotaj seperti ini juga dilaksanakan di lebih 50 buah negara di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, China, India, dan Australia. Namun, dasar tersebut juga telah dimansuhkan di negara-negara lain dalam jangka masa lebih daripada satu dekad yang lalu. Misalnya, Kesatuan Eropah pada 1 Januari 1993.
Sabah merupakan antara negeri terkaya di Malaysia dari segi sumber alam, dengan rezab petroleum dan gas. Namun, kos sara hidup yang tinggi di Malaysia Timur tidak berpadanan dengan taraf hidup penduduk Sabah. Rakyat Sabah terpaksa berbelanja lebih semuanya; dari barang keperluan harian hinggalah untuk membeli majalah kegemaran mereka.
Kos barangan yang lebih tinggi Sabah kebanyakannya berpunca daripada Dasar Kabotaj Negara yang dilancarkan oleh Kementerian Pengangkutan pada 1 Januari 1980. Ianya dilaksanakan bagi membantu perkembangan industri perkapalan tempatan layaran tempatan dan menyekat penglibatan kapal perdagangan asing dalam penghantaran kargo domestik sahaja. Dasar perlindungan sedemikian memutuskan bahawa hanya syarikat perkapalan milik Malaysia dengan kapal-kapal mengibarkan bendera Malaysia sahaja dapat menjalankan perdagangan dalam negeri antara dua pelabuhan di negara ini.

Sungguhpun banyak usaha telah dilakukan untuk menetapkan harga piawai bagi barang-barang utama seperti minyak, gula dan tepung ke seluruh negara, cukai yang dikenakan oleh kerajaan dan subsidi juga menyebabkan perbezaan dalam harga. Jumlah tertentu di dalam mencari keuntungan dan manipulasi harga oleh peniaga-peniaga juga dianggap sebagai faktor penyumbang kepada kos barangan yang tinggi tersebut.
Selain pengangkutan barangan dari semenanjung ke Sabah, faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kos di dalam rantaian bekalan yang terlibat di dalam pengangkutan barang pelabuhan termasuklah kos pelabuhan berkaitan, pembawaan (forwarding), kos trak, kos penyimpanan, dan kos perkhidmatan pengendalian terminal. Namun, Dasar Kabotaj dikritik hebat secara berterusan atas kadar penghantaran sehingga meningkat 46% daripada jumlah keseluruhan kos pengangkutan, dan kadar penghantaran angkut yang menyumbang  5 hingga 7% daripada harga runcit barangan pengguna.
Hakiktanya bahawa pengimport dan pengeksport di Sabah terpaksa membayar lebih daripada RM1 bilion untuk perkhidmatan perkapalan yang mana menyebabkan harga barangan di Malaysia Timur lebih mahal. Dalam perbandingan yang mudah, Proton Persona Manual 1.6 B-Line model berharga  RM46, 713 di Semenanjung.  Jenis yang sama akan menelan belanja RM49, 256 di Malaysia Timur.
Walaupun makanan tidak terkecuali. Orang yang makan di Malaysia Timur khasnya Sabah boleh menjangkakan untuk  membayar lebih sebanyak RM1 atau RM2 untuk hidangan yang sama di Semenanjung

Dasar Kabotaj telah melalui beberapa peringkat liberalisasi sejak pelaksanaannya. Pada 3 Jun 2009, kerajaan membenarkan sejumlah kapal asing untuk membawa barangan melalui kontena melalui pelabuhan terpilih di Semenanjung dan Malaysia Timur tanpa perlu untuk memohon lesen perkapalan. Pelabuhan-pelabuhan termasuklah Teluk Sepangar.
Sungguhpun desakan demi desakan dibuat oleh banyak pihak agar Dasar Kabotaj menjadi liberalisasi sepenuhnya atau dimansuhkan kerana kesannya terhadap kos hidup di Malaysia Timur, pihak berkuasa tetap dengan pendekatannya dengan menyekat atas alasan ianya dapat mendorong pertumbuhan industri perkapalan tempatan. Pada setakat itu, terdapat lebih 200 syarikat perkapalan dan 4,500 kapal yang mendapat manfaat daripada peluang-peluang  yang disediakan oleh dasar tersebut. Pemilik kapal menentang pemansuhan yang dicadangkan kerana mereka menyalahkan kelemahan-kelemahan dalam rantaian bekalan tersebut bagi kos hidup yang tinggi, dan dimana penurunan kadar angkut pun tidak dapat membolehkan penurunan kos penggunaan.
Apapun rakyat Sabah yakin pihak kerajaan akan dapat menyelesaikan Dasar Kabotaj, satu daripada masalah negeri yang telah lama wujud, secepat mungkin. Ini adalah berlandaskan kepada keikhlasan agenda transformasi nasional kerajaan dengan semangat 1Malaysia yang mendukung keadilan bagi semua rakyat Malaysia, termasuk orang Sabah. 
Penyokong-penyokong liberalisasi sepenuhnya berpendapat bahawa peningkatan dalam persaingan akan menjurus kepada harga yang lebih rendah buat pengeksport dan pengimport, menjadikan harga yang lebih kompetitif dan akan menguntungkan Malaysia Timur. Menekankan keperluan bagi liberalisasi dasar kabotaj ini, penulis berpendapat langkah tersebut akan pastinya mengurangkan kos pengangkutan laut yang dengan itu akan menurunkan harga barangan di pasaran Sabah.
Golonngan peniaga  juga kebanyakannya menegaskan bahawa dasar kabotaj yang tidak diliberalisasi sepenuhnya masih akan mendorong kenaikan harga, memandangkan kapal-kapal lain terpaksa melewati Pelabuhan Klang atau hub pelabuhan pertama yang lain. Selepas itu, belayar pula ke selatan Singapura, kemudian merentasi Laut China Selatan, dan meneruskan perjalanan sepanjang persisiran pantai barat Kalimantan untuk sampai ke Sabah di bahagian utaranya. Oleh sebab itu, adalah jelas bahawa liberalisasi lengkap dasar kabotaj diperlukan untuk menjadikan Sabah berdaya saing di dalam ekonomi dan  dapat menyumbang ke arah peningkatan taraf hidup rakyat sabah dengan penurunan kadar inflasi di negeri ini.

1 comment:

BATU GADUNG said...

sdra Kump. Abang2 Keluar UMNO...buktikan dgn fakta sdra!!! dalam setiap tuturkata biarlah profesional...rasanya org2 muda boleh membuat penilaian dan membuat keputusan sendiri...Apakah pemuda/puteri akan menjadi lebih bijak dgn menyokong PKR, PAS dan DAP??? Apakah dlm PKR wujud perpaduan dlm erti kata penyatuan politik atau sekadar kerana terpaksa demi menumbangkan UMNO BN???