Malaysia diambang kemusnahan. Mungkin
ada yang marah atau tertawa atau tersenyum sinis mendengar ungkapan
ini. Untuk sementara waktu, lupakanlah sangkaan dan jauhilah
permasalahan politik kerana ia lebih jauh dan rumit dari sangkaan itu.
Sukar untuk menelah apa
sebenarnya yang bakal berlaku. Namun angin bertiup menjadi semakin
kencang dan panas di negara hutan hujan tropika ini. Malaysia terselamat
dari bencana alam yang dahsyat. Tiada gunung berapi ataupun lingkaran
gempa bumi. Namun, bencana lain yang bakal melanda. Malah ia lebih
bersifat kemusnahan "kemanusiaan". Bencana yang akan mengalirkan air
mata berbaur darah. Sukar dimengerti sehinggalah ia benar-benar terjadi
kelak. Bangsa yang hidup harmoni dan diperakui sebagai bangsa yang
paling lembut bertoleransi ini bakal diregut dengan ganas atas kerakusan
pengikut Dajjal. Malangnya ia didalangi oleh pengkhianat dari bangsa
ini juga.
Kita toleh ke arah negara Arab
seketika untuk cuba memahami situasi tersebut. Arab didorong untuk
berbunuhan sesama sendiri, begitu juga Melayu akan dihasut untuk
berbunuhan sesama Melayu. Fakta terbaik, kita boleh renungkan peristiwa
Libya. Kesudahannya hampir pasti. Apa perasaan anda? Mungkin ada yang
tidak pernah ambil peduli kerana ia masalah negara Arab. Ada sedikit
yang rasa gembira kerana tumbangnya seorang pemimpin zalim (adakah
benar?). Pendokong sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal
menerajui Libya. Ada pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah
krisis biasa. Namun saya mengajak semua memikirkannya kembali sebagai
iktibar.
LIBYA SEBENAR bukanlah
seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan
Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi.
Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media
antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh
negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau
menyembunyikan "Hakikat Sebenar" matlamat mereka dari diketahui dunia.
Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat
menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun
dikuburkan iaitu Saddam Hussein.
Untuk mengelabui mata dunia,
perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya
mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga
kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan
revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara
selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja
Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui
oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.
Setelah Tunisia, kekacauan
meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak
dijadikan "kambing Hitam" untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu
NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni
Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.
Dalam waktu yang sama rakyat
Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan.
Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh
agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.
Kaedah yang digunakan seiras
dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan
rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu
mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara
sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media
alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik
bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat
kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat
propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal
yang sama sedang menular di negara ini.
Senjata utama siri kejatuhan
negara Islam ini ialah "PEMBOHONGAN". Pembohongan bermaksud "Dusta" itu
adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya
berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang
kewarasannya.
Apabila terpengaruh dengan janji
manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi
dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya
sanggup mengorbankan segalanya.
Seperti mana Iraq. Barat membina
helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan
ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi
mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini
terhamburlah janji "Gunung Roti" bakal dinikamati dan ia ditawarkan
sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka
mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah
memahami perancangan zionis " The Protocols of the Elders of Zion"
perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.
Itulah keadaan sebenar yang
berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib yang sama bakal
dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan
Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya
diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia
untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.
(Muammar Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya)
Siapa Gaddafi sebenarnya?
Keburukan demi keburukan
ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat
Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini.
Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli
minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal
diperkenalkannya iaitu Dinar Emas. Usahanya hampir nerjaya dan diterima
oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab.
Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD
dan Euro.
Dari saat inilah Barat terdesak
untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal.
Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat
sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk
melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari
pengetahuan dunia.
Terima kasih diucapkan kepada sdr
Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati
oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan
Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.
Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah
satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi
Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan
dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga
mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di
hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu
mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak
tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!
Malang sekali apabila ada rakyat
Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan
hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk
menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!
Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:
1. Setiap individu rakyat Libya
menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan
terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini
juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam
Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk
rakyatnya!
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';
4. Qaddafi bersumpah bapa dan
keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak
mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya
rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;
5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
7. Tidak ada bil elektrik di Libya;
8. Pendidikan adalah percumn;
9. Kemudahan perubatan adalah percuma;
10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
13. satu sistem pengairan dan
saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang
membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;
17. Kadar celik ilmu adalah 90%
(sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar
celik-ilmu hanyalah 10%);
18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;
Sebenarnya Qaddafi berjaya
membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung
dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis
la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri
sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am
kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan
Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!
Malahan Qaddafi mula menuntut
Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika
Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana
mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya.
Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.
Maka Amerika, Barat dan Yahudi
la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka
berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan
mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi
Kerajaan mereka sendiri!
Begitulah peranan yang dimainkan
oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat
Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam.
Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat
Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.
Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.
Catatan tambahan:
Kolonel Muammar Muhammad
al-Gaddafi[1] (Arab: مُعَمَّر القَذَّافِي Muʿammar
al-Qaḏḏāfī audio(bantuan·maklumat)) (lahir 7 Jun 1942) adalah seorang
pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden
Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tak
berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab
Libya.[2]. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun
membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[3]
Ideologi Gaddafi dipanggil Teori
Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke
seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa
kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam
hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar
memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei
2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan
diplomatik AS-Libya.
Pada awal Februari 2011, bantahan
politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian
lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan
cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid"
jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar,
menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak
mati.[4][5][6] Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah
Antarabangsamengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas
sebab jenayah terhadap kemanusiaan;[7] pada 27 Jun, pernohonan ini
diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif
al-Islam.[8][9]
Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.
Kehidupan awal
Gaddafi adalah anak bongsu dalam
keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun,Sirte.
Beliau keturunan suku Arab Badwi [Berber]] , Qadhadhfa. Datuknya,
Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang
penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.
Menerima pendidikan rendah agama
tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga
1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada
Israel dalam perang 1948.
Pada akhirnya Gaddafi dan
rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan
merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal
Abdel Nasser, Presiden Mesir yang telah menjatuhkan
kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha
dan memulakan aktiviti politik secara aktif.
Kemudian, Gaddafi
belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang.
Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di
sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan
militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat.
Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk
latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff
College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi
dalam Signal Corps.
Pada 1 September 1969, satu
kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah
melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani
rawatan perubatan diTurki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang
bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2
September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun,
pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang
baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan
Tengku Mahkota Hasan telah dijadikantahanan dalam rumah. Semua media
merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."
Tidak seperti pemimpin diktator
tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau
mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik.
Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal
hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh
rakyat" .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas
merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak
memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.
Sementara di Republik El
Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 -
1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan
Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).
Rejim tentera Gaddafi memiliki
campuran semangat kebangsaan Arab
, nasionalisme dansosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara
Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara
"langsung, popular demokrasi" dan lebih sesuai dikenali sebagai
"Sosialisme Islam" . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh
syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.
Gaddafi juga memmperkenalkan
sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudidi kalangan
rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi
Libya yang dinamakan 'Buku Hijau'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan
dicetak di antara 1975 dan 1979.
Bagaimanapun, dalam praktik
pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis
sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan
kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan
antarabangsa.
Jawatankuasa Revolusi memutuskan
semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan
keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan
rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.
__________________
Tidak mustahil rakyat Libya akan
menderita sebagaimana nasib saudara mereka di Iraq. Itulah kebebasan
dan keindahan demokrasi yang diidam oleh rakyat Libya. Mereka tidak
belajar dari peristiwa Saddam Hussein dahulu malah bersedia dibutakan
mata hanya dengan khayalan umpama filem Hollywood. Segala hasil negara
bakal dipunggah keluar dan rakyat Libya dipaksa membayar kos perang
NATO. Bahagiakah mereka? Kesah ini umpama hikayat Melayu, "Lebai
Malang".
Demokrasi adalah Syaitan paling
kejam yang nyata memanipulasi manusia di akhir zaman ini. Mampukah kita
lari dari syaitan ini? Paling jauh kita hanya mampu berusaha agar
syaitan ini tidak mudah membinasakan saki baki iman yang ada. Itu pun
jika kita rasakan berada dikelompok manusia beriman. Untuk itu patuhilah
saranan Rasulullah SAW mendindingi diri dari fitnah Dajjal.
Dinasihatkan agar menghafal dan sering amalkan 10 ayat surah al Kahfi
tanpa jemu. Kita akan diperlihatkan KafFaRa di "dahi" Dajjal ini.
InsyaAllah.
Kita bernasib baik kerana kita
diantara mangsa mereka yang terakhir, bukan yang terawal seperti Asia
Tengah dan Asia Barat. Mungkin sememangnya Allah merencanakan begitu
agar kita dapat bersedia sebelum terlambat. Pastinya doa para Aulia
diperkenankan Allah SWT. Bersyukurlah. Segala kemelut politik dan sosial
yang berlaku mutakhir ini sepatutnya segera mematangkan kita bukan
sebaliknya.
Memandangkan kita sekian lama
merangkul demokrasi sekular, halacara menjatuhkan pemerintahan sedia ada
menjadi sedikit sukar. Namun melalui proksi mereka yang berjiwa kental
dan liat, mereka masih berpeluang mengucar kacirkan negara ini. Walaupun
starategi terpaksa diubah dan disesuaikan dengan keadaan, perancangan
untuk menjatuhkan pemerintah Islam tetap akan dilaksana terutama yang
melaksana sistem yang berbeza dengan apa yang mereka sarankan.
Malaysia juga diantara negara
yang cuba popularkan "Dinar Emas" satu masa dahulu tetapi menenggelamkan
hasrat tersebut setelah dapat menghidu bencana yang bakal dihadapi.
Harus diingat, selain Malaysia negara yang cuba bangunkan projek "Dinar
Emas" ini ialah Iraq dan Libya. Iraq dan Libya telah dihanguskan dan
projek tersebut telah ditamatkan. Tidak mustahil pula Iraq dan Libya
mempunyai rezab bijih emas di bawah perutbumi padang pasir yang luas
itu. Sebab itu mereka berani menyuarakannya.
Apa
yang berlaku kini, dinar dan dirham dikeluarkan di Malaysia hanya
sebagai jualan "koleksi" bukan sebagai matawang rasmi. Ia tidak
menggugat sistem kewangan antarabangsa. Zionis tetap mencurgainya dan
bimbang Malaysia mengambil langkah drastik mengisytiharkan untuk
menggantikan wang kertas satu masa nanti. Mereka tahu Malaysia antara
negara yang berani membuat pilihan sendiri mengawal sistem kewangannya
dan berupaya mengenepikan pandangan pakar IMF.
Rekod mengenai hasrat kerajaan
Malaysia mahu menggunakan "Dinar Emas" sebagai forex atau tukaran
perdagangan antarabangsa disatu masa dahulu masih tersimpan kemas dalam
diari Illuminati dan zion, mereka masih tidak percaya Malaysia telah
melupakan hasrat tersebut. Itulah mimpi ngeri bagi Illuminati yang
sekian lama telah menipu dunia melalui terbitan "wang kertas" yang
bersandarkan hutang (debt/riba) itu. Syarikat yang mencetak wang kertas
ini juga milik mereka dan proksi mereka.
Untuk menghilangkan terus
kemungkinan ini, pemerintah sekarang harus diganti dengan proksi mereka.
Siapakah proksi mereka? Akan didedahkah sedikit waktu lagi bila masa
mengizinkan. Mungkin bukan dalam blog ini kerana komputer peribadi saya
sudah diintip dan perhubungan internet pula sering terganggu.
Jika rakyat negara ini masih
siuman, ingatlah bahawa fitnah Dajjal itu amat menyesatkan dan mustahil
umat yang kurang imannya dapat melepaskan diri. Setelah tumbangnya Syria
(pembesaran Israel), Malaysia akan jadi medan baru jika Indonesia dapat
ditawan secara aman. Dalam pada itu jika pembaca meyakini kemungkinan
ini bukan sekadar hipotesis, adalah dinasihatkan supaya segera mengumpul
"dinar/dirham (emas dan perak) Malaysia" sekadar yang terdaya. Kerajaan
negeri Kelantan juga telah mengeluarkannya. Secara tidak langsung ini
menunjukkan kerajaan Kelantan juga telah mengetahui kemungkinan apa yang
bakal terjadi atau mungkin hanya bertujuan menghidupkan kembali tradisi
Kelantan sebelum dijajah British.
Kemerosotan
nilai wang kertas akan menjadi semakin tenat sekiranya kesatuan negara
Eropah gagal mengekang kejatuhan ekonomi negara anggotanya. Ditokok pula
semakin lemah kepercayaan dunia terhadap kestabilan USD. Ringgit
Malaysia juga tidak akan dapat melepaskan diri dari ikut tersungkur
sama. Buat waktu ini, USA masih berupaya melindungi kejatuhan nilai
dollarnya, tidaklah diketahui berapa lama lagi ia dapat bertahan.
Mungkin setahun, dua tahun atau lima tahun sahaja lagi. Keadaannya
dilapurkan sangat tenat.
Emas akan menpunyai nilai yang
berkali-kali ganda dari nilainya sekarang bilamana nilar ringgit merosot
kelak kerana ringgit juga masih berdiri atas nisbah tukaran
antarabangsa yang dikuasai IMF. Semua wang kertas dunia bersandar kepada
bon dan "debt" atau nama asalnya ialah RIBA. Inilah perusahaan
Illuminati (anggota Dajjal) selama ini. Mereka mengumpul emas sebaliknya
memaksa dunia menggunakan wang RIBA.
Tanah Melayu pernah digelar
Semenanjung Emas. Pastinya emas menjadi nadi ekonomi
penduduk purba Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah ini telah berjaya
ditutup rapat oleh British dan sejarah orang Melayu hanya bermula dari
kewujudan Kesultanan Melaka..
Walaupun beratus tahun menjajah
Tanah Melayu, namun atas kehendak Allah mereka masih gagal menemui
simpanan emas kecuali simpanan terhad di Pahang. Pelbagai ekpedisi
dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba banjaran Titiwangsa. Di mana
tempat tinggi mereka mendirikan penempatan dengan alasan sebagai kawasan
rehat. Mereka tetap gagal mengesan simpanan emas di perut bumi Tanah
Melayu ini. Apa yang diizinkan Allah untuk mereka hanyalah bijeh timah.
Tumpuan mereka hanya untuk
menjajah Tanah Melayu dan bersedia pula melepaskan negeri Fathani kepada
penguasaan Siam melalui satu triti. Tentu ada sebabnya. Dapatkah
dibayangkan apa akan berlaku sekiranya mereka menemui simpanan emas yang
banyak di sini? Keadaannya tentu sekali berbeza dari apa yang wujud
sekarang.
Simpanan rezab emas "mentah"
Tanah Melayu memang banyak, Illuminati dan talibarutnya telah lama
mengetahuinya. Melalui kecanggihan teknologi yang mereka miliki, dalam
diam mereka telah mengkaji, mengesan dan memantau secara rahsia
kedudukan dan nilai rezab tersebut.
Kerajaan sekarang juga sudah lama
mengetahuinya (sebab itu PM terdahulu pernah membayangkan penggunaan
dinar emas sebagai sandaran perdagangan menggantikan USD). Menjadi
tanggung jawab kerajaan untuk merahsiakannya dari pengetahuan umum demi
keselamatan negara atas nasihat pakar strategik.
Sebab itu mereka (zion) akan cuba
sedaya untuk menghalang kerajaan sekarang dari terus memerintah.
Walaupun pemerintah negara ini tidaklah sebaik sepertimana yang semua
orang diharapkan, namun sehingga kini mereka masih berupaya melepaskan
diri dari perangkap Yahudi (zion/illuminati).
Allah masih belum izinkan mereka
menjatuhkan pemerintah yang ada . Andai sebaliknya berlaku, proksi
mereka akan mengambil alih pemerintahan dan dengan mudah semua rezab ini
diangkut ke Jurussalem secara rahsia. Masa untuk mereka semakin suntuk.
Usaha mereka selama ini masih belum menampakkan hasil. Kini dengan
bantuan Jesuit (cawangan gerakan sulit zionis), mereka berharap keadaan
akan berubah dan memihak kepada mereka. Sebagai makluman, Jesuit telah
hampir berjaya menawan Indonesia melalui gerakan para proksinya. Gerakan
Islam di sana semakin lemah dicemari LIBRALISMA kecuali Acheh.
Walau bagaimanapun, hanya Allah yang tahu untuk siapa rezab ini disimpan begitu lama.Perancangan Allah melangkaui tipudaya makhluk. Hakikatnya segala rahsia adalah "hak Mutlak" Allah Subhana Wa Taala. Wallahu A'lam.
Sumber: http://wyna95nubies.blogspot.com/2011/10/rahsia-tersembunyi-yang-amat-digeruni.html