Tuesday, December 21, 2010

SIAPA BAKAL CALON MEWAKILI SUKUBANGSA IRANUN PADA PRU-13 DALAM FORMULA TOLERANSI 2:1:1?


Sekadar Gambar Hiasan.
Jika pemimpin itu diumpamakan sebagai seorang nakhoda kapal, maka ia dituntut kemampuan untuk mengarahkan kapal dan sekaligus menyatukan seluruh anak buahnya. Dapat dibayangkan apa yang bakal terjadi jika seorang nakhoda kapal kehilangan arah, tidak tahu ke mana kapalnya akan diarahkan. Maka yang terjadi, adalah kapal akan terombang ambing tanpa arah. Kapal akan bergerak tetapi gerakannya tidak jelas, bahkan bisa boleh jadi pada fikirannya sudah pergi jauh, ternyata justru kembali ke tempat semula. Malahan yang lebih memilukan jika sehinggakan sanggup menjual kapalnya sendiri dengan alasan ingin menukar kapal yang lebih besar, hakikatnya  anak buah ditinggalkan dan terpaksa berenang sendirian meredah samudera.
Begitu pula seorang pemimpin, harus mengetahui posisi dan sekaligus tahu akan digerakkan ke mana masyarakat yang sedang dipimpinnya. Mendapatkan orang yang memiliki kemampuan seperti ini ternyata juga tidak mudah kerana menjadi pemimpin kepada masyarakat tidak semudah menjadi pemimpin kepada parti politik. Ramai pemimpin di pelbagai level ternyata tidak tahu apa yang sesungguhnya dikehendaki oleh kelompok atau masyarakat yang dipimpinnya. Untuk menghindari akan terjadinya keputusan seperti itu, maka bakal calon pada PRU-13, sebelum dipilih oleh yang berhak mencalonkan, pertimbangan sewajarnya harus dilakukan sedalam-dalamnya, demi memilih pemimpin yang mempunyai visi dan misi serta matlamat perjuangan yang menguntungkan masyarakat.
Keadaan seperti inilah berakibat bahawa mendapatkan yang benar-benar capable dan memiliki trust yang tinggi pada implementasi yang sulit dilakukan. Suasana buruk dalam proses recruitment/ recycling kepimpinan itu menjadikan pemenangnya adalah orang-orang yang memiliki dukungan politik yang kuat, hubungan-hubungan cultural dan bahkan tanpa malu-malu dikatakan, adalah orang yang sebatas hanya bermodalkan dana besar. Oleh kerana itu tidak aneh jika sementara orang menyatakan bahawa modal mendapatkan kekuasaan selama ini bukan kejujuran, kearifan dan sifat-sifat terpuji lainnya, melainkan wang. Siapapun yang memiliki wang, maka mereka itulah yang akan berkuasa.
Kembali kepada perkara pokok topik perbincangan “Siapa bakal calon yang akan mewakili sukubangsa Iranun di Kota Belud mengikut Formula Toleransi 2:1:1?? Cakap-cakap diluar kedengaran tentang siapa bakal YB sukubangsa Iranun dalam parti BN selepas PRU-13. Terdapat andaian bahawa akan kekal disandang oleh pemimpin dari muka lama/veteran. Tetapi senario politik kini tidak lagi seperti mana diambang PRU-10 dan PRU-11 bahkan lebih mencabar berbanding PRU-12. Pertembungan arus bakal mewujudkan sesuatu yang diluar jangka....mungkinkah ada benarnya muka baru seperti mana yang sering menjadi topik perbualan di kedai-kedai kopi akhir-akhir ini. Namun belum dapat dipastikan sejauh manakah kebenarannya, jika ini berlaku mestinya satu perubahan telah berlaku khasnya dalam mentaliti politik sukubangsa Iranun daripada hanya melihat siapa pemimpin yang memimpin kepada kelompok yang ingin melihat sejauh manakah pemimpin tersebut menyumbang kepada masyarakat yang dipimpinnya. Namun demikian setiap keputusan ada pro dan kontranya...tidak kurang yang meragui keupayaan muka baru dari kalangan pemimpin pelapis khasnya penyokong kuat saf kepimpinan lama. Akan tetapi harus diingat bahawa pembangunan, kemajuan sesebuah masyarakat tidak bisa dibina dengan air liur semata-semata hanya melalui keupayaan berbahas atau berhujah.
Manmohan Singh, Perdana Menteri India yang sememangnya dikenali ramai sebagai pemimpin yang ucapannya boleh membuatkan pendengarnya tertidur. Ucapan beliau bukanlah berapi-api yang membakar jiwa setiap yang mendengarnya ataupun membangkitkan emosi untuk menarik perhatian dan membina pengaruh. Ianya juga adalah satu kelemahan yang boleh dimanipulasikan oleh pihak lawan terutama pemimpin lawan yang bijak berhujah membina imej elegan dan berkarisma di mata rakyat. Tetapi itu bukan masalah bagi Perdana Menteri negara kedua paling ramai penduduk di dunia ini membina perubahan. Apa yang dilakukannya lebih penting dari apa yang dikatakannya. Perubahan ekonomi yang radikal serta polisi memelihara kesejahteraan golongan miskin telah memberikan kehidupan yang lebih baik kepada beratus-ratus juta rakyatnya.
Satu lagi contoh klasik dalam kepimpinan antarabangsa adalah bekas cansellor Jerman, Helmurt Kohl yang berjaya menyatukan hubungan Timur dan Barat negara itu yang terpisah sebelumnya. Pada 1980-an Kohl menjadi bahan jenaka oleh rakyatnya sebagai pemimpin yang tidak pandai berucap dan sering tergagap-gagap. Tetapi apabila satu demi satu pemimpin Jerman yang pada awalnya kelihatan elegan mula gentar dan menyepikan diri ketika keruntuhan Tembok Berlin pada tahun 1989, ketegasan Kohl telah menyatukan dua wilayah tersebut dalam masa hanya satu tahun. Ini semua berkat wawasannya yang jelas.
Apabila pemimpin dan rakyat bekerja menuju ke arah satu arah yang sama, hasilnya pasti hebat untuk mereka. Wawasan perlu dikongsikan bersama. Apabila wawasan dikongsikan bersama, keseluruhan individu dan kelompok yang dipimpinnya akan bergerak bersama.

Dipetik dari kitab2 lama....

No comments: