Monday, March 8, 2010

Kota Belud: Dilema Keperluan Asas.


Isu-isu berkaitan perkhidmatan dan bekalan air bersih di Negeri Sabah merupakan salah satu isu yang hangat diperkatakan dewasa ini. Tambahan pula ekoran kenyataan beberapa pihak termasuk wakil rakyat berhubung urusan pengurusan dan bekalan air bersih di Sabah. Satu perkara yang jelas ialah di Kota Belud masalah  perkhidmatan bekalan air bersih di daerah ini yang semakin kritikal ekoran musim kemarau yang berpanjangan. Segelintir penduduk berpendapat bahawa penswastaan merupakan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah bekalan air bersih. Manakala sebahagian pula tidak bersetuju, sebaliknya ia ke arah merealisasikan hasrat untuk menjadikan air sebagai satu komoditi yang diuruskan oleh syarikat swasta, yang bertujuan untuk mengaut keuntungan. Namun, apa yang penting di sini ialah air merupakan keperluan asas bagi semua hidupan di muka bumi ini. Bekalan air bersih ini hendaklah mampu dinikmati oleh semua orang tidak kira status sosial atau di mana ia berada dengan mudah dan pada kadar yang berpatutan.


Umumnya negara kita merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber air. Menurut Kajian Sumber Air Kebangsaan, 97 peratus air mentah yang diproses untuk kegunaan domestik dan industri adalah daripada sumber air permukaan seperti air sungai.' Kalau kita teliti pula, peratus kependudukan yang menerima bekalan air bersih ini, satu kajian yang dilakukan oleh Buletin Kesihatan Masyarakat, dalam keluaran khasnya, menunjukkan bahawa pada tahun 1950-an, hanya 23 peratus sahaja anggota masyarakat yang menerima bekalan air bersih. Angka ini telah meningkat sehingga mencecah 51 peratus pada tahun 1970-an. Pada akhir tahun 1997, 96 peratus masyarakat bandar dan 86 peratus masyarakat luar bandar telah menerima bekalan air bersih. Satu lagi isu yang perlu diambil kira ialah penawaran dan permintaan bekalan air di negara kita. Kajian Sumber Air Kebangsaan turut menunjukkan bahawa permintaan air bagi sektor domestik, industri dan perparitan akan meningkat sebanyak 63 peratus, iaitu 10,833 juta kubik meter pada tahun 2000 kepada 17,675 juta kubik meter pada tahun 2050. Apa yang boleh kita simpulkan di sini ialah, walaupun negara kita mempunyai sumber air yang banyak tetapi ia tidak semestinya dapat menampung keperluan penduduk yang kian meningkat ini. 3 Matlamat Pembangunan Milenium, atau Millenium Development Goals yang diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, inginkan 191 negara, termasuk Malaysia yang menjadi anggota PBB ini agar dapat mencapai lapan objektif dalam tahun 2015 yang telah digariskan pada tahun 2010. Di antaranya ialah pembangunan lestari yang akan merangkumi isu-isu pemuliharaan dan pemeliharaan sumber semulajadi.



Berbalik kepada isu bekalan air bersih yang semakin kritikal di Kota Belud. Masalah bekalan air bersih di Kota Belud bukanlah isu baru di daerah ini, ianya samalah seperti masalah kesesakan lalu lintas dan lembu terbiar di Pekan Kota Belud yang merupakan permasalahan tuntas.

Berbagai kenyataan dan penerangan dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berkenaan mengenai isu ini. Ada pihak yang menyatakan bahawa loji lama dan loji baru di Bayayat tidak mempunyai sambungan selain tekanan air tidak cukup kuat dan andainya tekanan air dipertingkatkan dikhuatiri saluran paip akan pecah. Suatu kenyataan yang mungkin ada benarnya tetapi cukup mengelirukan!

Apakah dengan sekadar jawapan sedemikian sudah cukup untuk menjelaskan isu berkenaan setelah sekian lama permasalahan ini membelenggu rakyat di Kota Belud khasnya penduduk di kawasan perkampungan. Rakyat yang terhimpit dengan masalah kritikal bekalan keperluan asas ini bukanlah cuba untuk menidakkan segala penerangan/ jawapan daripada pihak-pihak yang berkenaan namun demikian Apakah dengan memberikan jawapan sedemikan sudah memadai? Jika inilah masalahnya, Apakah tidak ada jalan penyelesaian altenatif? Barangkali penyelesaian yang lebih baik dan ekonomik!

Mungkin ada yang berfikiran bahawa artikel  ini merupakan suatu pandangan sinis. Namun bagi saya, sebagai rakyat yang turut terlibat sama dengan permasalahan ini yang tahu akan betapa peritnya mendapatkan bekalan air bersih mengharapkan suatu jalan penyelesaian atau setidak-tidaknya pun cadangan yang menjurus ke arah penyelesaian bukannya hanya sekadar alasan yang asalkan logik untuk diterima akal fikiran. 

2 comments:

Hussin Lampoyang said...

Assalamuwalaikum..

Batu gadung...

Saya rasa penulisan sdr BG ini kena pada tempatnya, tetapi langsung tidak memberikan sebab kenapa masalah ini timbul..?

Apakah langkah-langkah berkesan untuk mengatasi masalah ini..jangan asyik menyalahkan pihak lain..

kalau masalah air berlarutan hampir 20 tahun di KB, kenapa baru sekarang orang sibuk memperkatakannya kenapa tidak dari dulu ketika Datuk salleh menjadi ketua Menteri sabah dan Tan Sri Pndikar menjadi menteri di JPM..?

syukurlah kerana ada Datuk Rahman yang boleh memberi perhatian itupun semua kontarktor adalah orang-orang dia ( ada kepentingan)

saya ada memberikan ulasan di blog datuk rahman tetapi tidak dikeluarkannya..

BATU GADUNG said...

wslm sdra Hussin Lempoyang...

Sdra, secara relatifnya umum telahpun mengetahui isu ini. Persoalan kenapa isu yang berlarutan hampir 20 tahun namun hanya baru kini hangat diperdebatkan sedikit kemungkinan bahawa barangkali rakyat ketika itu tidak mempunyai saluran media, lalu bagaimana mereka boleh menyuarakan harapan dan kegusaran mereka?

DSSK & Pak Amin, itu sudah berlalu sekarang kita bercakap now & for the future....

Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa ketika ini kerja2 membina saluran paip dari tangki dekat JKR ke Kg Kelawat sedang giat dilaksanakan...tahniah!! tetapi mengelirukan, kenapa saluran paip ke Kg Kelawat tidak saja dibuat sambung terus melalui pada saluran lama (warna biru). Kalau alasannya paip tersebut akan pecah jika ditingkatkan tekanannya, apakah saluran berwarna biru tersebut tidak mempunyai tanda SIRIM kerana apa yang saya tahu saluran paip lama (biru) tersebut telah dibina pada pertengahan tahun 2009.

Mungkin ada alasan tertentu, walaupun saya bukan pakar tentang paip tetapi sebagai orang yang tahu serab-serbi tentang ekonomi...itu satu pembaziran...bayangkan jika sepuluh buah kampung akan dibekalkan dengan air bersih melalui saluran paip, maka kerajaan terpaksa membina sepuluh buah saluran baru (hub-link) dari tangki berdekatan JKR. Itu kalau 10 buah kampung bagaimana kalau 100? fikir2kanlh.....

Berhubung soal kontraktor...pada saya secara peribadi siapa pun kontraktornya sama ada berkenpentingan atau tidak...yang paling penting kerja2 yang dijalankan haruslah menepati standard seperti yang dikehendaki, tq.