Tuesday, September 21, 2010

Kisah dua ekor katak yang jatuh ke dalam satu tempayan susu lembu segar. Dinding-dinding tempayan itu licin dan curam mankala susu lembu di dalamnya begitu dalam dan sejuk.

”Alamak bagaimana ni?” kata katak yang pertama. ”Ini takdir, tidak ada orang yang akan menolong kita. Selamat tinggal, sahabatku! Selamat tinggal dunia yang menyedihkan!” katanya lagi sambil menangis dan akhirnya dia pun tenggelam.

Tetapi, katak yang kedua itu terus mengayuhkan kakinya dan mula berenang. Sesekali dia berhenti bagi menyapu mukanya dan mengeringkan matanya yang penuh dengan susu itu.

”Biarlah aku berenang sekejap. Tidak ada gunanya sekiranya seekor lagi katak mati”.

Jadi, si katak pun terus berenang. Selama beberapa jam dia menendang dan berenang, tidak sekalipun dia mengeluh. Kayuhan kaki katak yang tidak berhenti-henti itu akhirnya membuatkan susu lembu di dalam tempayan itu menjadi keras. Selepas susu berubah menjadi mentega, katak itu pun melompat keluar daripada tempayan dan berjaya menyelamatkan dirinya.

Satu perkara yang membezakan dua ekor katak tadi adalah cara mereka melihat keadaan dunia di sekeliling mereka dan bagaimana mereka bertindak terhadap dugaan dan cabaran yang dihadapi.  

2 comments:

Datu pitung said...

salam batu gadung

sinopsis cerita yang ringkas tapi tajam mkna nya. orang kata " siapa yang makan lada, dia yang terasa pedanya"

cerita sinis seumpama ini sangat tajam makna nya, terus kan..!!


membangun bersama islam

-datu pitung-

Hati Seorang Wanita said...

Salam,

Inilah yang terjadi kepada masyarakat Iranun, ini jelas ekoran penubuhan WBI, ramai yang berkelakuan seperti katak pertama (meminjam istilah tuan yang empunya ruang), tidak terkecuali orang yang kita anggap hero Iranun...sungguh mengecewakan kelakuan seumpama itu...mungkin ada udang disebalik mee "dasar pecah dan perintah" kaedah yang dipinjam daripada penjajah British...kalau Iranun bersatu maka susahlah baginya mengatur langkah...

Wahai hero ku...masamu hampir ke penghujung, Tun Mahathir pun terpaksa berundur kerana 25 tahun yang lampau itu adalah jaman kependekarannya...

Jaman telah berubah sedangkan hero ku kau masih tidak berubah...bongkak dan sombong!!!