Wednesday, January 27, 2010

Globalization


This Article discuss about Globalization. Globalization is not a new phenomenon in the history of world civilization. Before the emergence of nation-states (nation-state), trade and transcontinental migration has long progress.Previously,regional trade has made the tribal interaction occurs naturally.

Various Definitions of Globalization

Globalization as a multi dimensional phenomenon at some point bear a variety of perspectives. On the one hand, the scientists think that globalization is a paradigm of science (grand theory) in a social science course, but if we look at the broader aspects of the globalization of the resulting implications of globalization also led to significant changes to the pattern of development of world science and technology .

Globalization as a concept is always synonymous with the concept of sovereignty of a country's reduction, elimination of a state boundary, leading technology, refinement and development of the world trade transactions based on the idea of free trade.

In view of Japanese sociologists, such as Kenichi Ohmae globalization not only brings a global ideology in this case, liberal democracy, but also threaten the nation-state formation process, because globalization is essentially to bring the country without borders (Borderless).

In the early 1970s reached the stage of capitalist development and the pattern of gold at the technological developments that many adopt high technology development (high technology) but when the 1990s era of globalization comes the pattern of technological development became more humane and full of flavor.

Implications of Globalization

As an approach that has multi-dimensional implications of globalization must also be multi-implications, for example for example in the context of the development of social sciences will also indirectly implicated in changes in the world of science and technology.

In the late 18th century and early 19th century when steam engines were introduced, this time that the logic of capitalism as an economic ideology introduced.

On the other hand, the concrete in the political dimension, there are two consequences of the discovery of the steam engine, first, the competition for control of land between the landowners and the second, berkembanganya understand capitalism.

As a result of capitalism is then approaches in the social sciences to move beyond the emergence of capitalism anti Tesa ie Marxist approach, an approach that tried to break the chain and the rip cord pattern 'serakahisme' man.

In the era of the 1970s, capitalism reached the golden stage, a stage where the development of the world, especially developing countries and are building should be included in the scenario of modernization, the focus of modernization in third world countries when it is high technology-based development.

In the era that gave birth to a development scenario in the dependency (dependent development) between the third world countries and developed countries. On the other hand, this stage which gave birth to a new antitesa social science approaches in general, so-called neo-Marxist approaches.

If at this early stage of the campaign antitesa to eliminate human 'serakahisme' the economic dimension, then at an advanced stage of neo-Marxism led to the countries from the third world development scenarios in the dependency (dependent development) through economic independence and build a more robust network of inter - countries third world.

In the context of the technology world, the era of the 1970s due to the manifestation of the development of dependence (dependent development), the world's nations three more major weight technological development such as machinery and manufacturing base and a little over humanism in the development of these technologies.

In more dimensions, globalization is also producing an approach that not only are the social sciences, but also ansich barking and tangent sciences development of science and technology. These effects are manifested at least in the paradigm changes in state policy from the pressures arising from globalization developments.

This is a contrast, when globalization became a major approach in the social sciences is the development patterns of dramatic technological change, technological developments in the current era of very detailed attention to aspects of humanism and not just talking just technology but also the aspect of art and aesthetics.

For example, HP or mobile phone at present is not merely a means of communication (phone and sms) alone, more than that, the HP's enterprise vendors is no longer compete in terms of a spirit function culture-based competition 'taste' in every creation Hp as an example of Blackberry and Communicator. This concrete above which is the result of globalization approach which entered the realm of technological development. In the final conclusion, globalization is a multidimensional phenomenon that paved the limits not only the political dimension, economic, social, but also the implications to stage the world affect the development of science and technology.

Tuesday, January 26, 2010

TIGA CABARAN UTAMA MENANTI BELIA ISLAM ZAMAN GLOBALISASI


Belia Islam hari ini berada pada era yang amat mencabar.  Cabaran ini didorong oleh banyak faktor. Faktor yang paling utama sekali ialah peredaran zaman itu sendiri. Dunia hari ini amat berbeza sekali berbanding beberapa dekad lalu. Pada hari ini, dunia yang kita diami dikenali dengan ‘perkampungan sejagat’ atau ‘global village’. Mengibaratkan sebuah dunia yang besar ini sebagai sebuah perkampungan adalah gambaran realiti peredaran zaman yang sedang didepani belia Islam hari ini. Perkampungan dunia hari ini digerakkan oleh pelbagai arus. Satu daripadanya ialah oleh pencapaian manusia sendiri di dalam bidang perhubungan sama ada menerusi darat atau lautan.

Namun, pencapaian yang paling mengesankan ialah pencapaian manusia di dalam bidang teknologi maklumat. Menerusi teknologi maklumat inilah seperti penciptaan komputer, telefon dan internet, manusia dari segenap pelosok dunia dapat berkongsi khabar dan berita hanya dalam sekelip mana.

Di samping berkongsi khabar dan berita, satu daripada perkara yang dikongsi bersama oleh masyarakat dunia ialah nilai dan kepercayaan mereka mengenai sesuatu perkara berkaitan urusan kehidupan di dunia ini. Urusan itu termasuk yang membabitkan ilmu pengetahuan, kebudayaan, sistem kenegaraan dan juga ideologi. Dengan bantuan teknologi maklumat dan perhubungan lebih baik, semua perkara yang dinyatakan di atas yang sebelum ini hanya dikongsi dan diketahui sekelompok perkumpulan manusia tertentu, kini sudah merentas sempadan daerah dan negara.


Kedapatan sesetengah perkara atau amalan yang pada asalnya hanya berbentuk minat dan kesukaan sebuah kelompok masyarakat, kini sudah menjadi minat dan kesukaan yang dikongsi oleh seluruh masyarakat manusia. Fenomena ini dikenali juga sebagai proses pensejagatan atau ‘globalisasi’. Ia adalah suatu keadaan di mana nilai dan amalan yang pada asalnya suatu yang bersifat setempat bertukar menjadi satu pola atau fenomena sejagat.

Oleh itu, beberapa istilah digunakan bagi menggambarkan fenomena kesejagatan dunia hari ini. Antaranya ialah seperti istilah ‘generasi Pepsi-Cola’ atau ‘generasi Google’. Istilah ini memberi maksud akan kesejagatan produk minuman Pepsi dan Coca-Cola, serta produk carian internet iaitu Google yang dengan kehadirannya, dikenali dan dikongsi oleh hampir seluruh masyarakat dunia. Fenomena kesejagatan dunia ini ialah realiti yang jelas akan peralihan zaman yang sedang didiami oleh belia Islam di negara kita hari ini.

Apakah bentuk cabaran yang perlu didepani oleh belia Islam di dalam berdepan dengan realiti peralihan zaman ini? Bentuk cabaran itu, pada hemat saya, boleh dibahagikan kepada beberapa unsur. Pertama, cabaran untuk mengekalkan jati diri setempat di dalam arus kesejagatan dunia. Kedua, cabaran mengenal pasti unsur yang positif untuk pembangunan belia Islam di dalam himpunan sumber maklumat yang pelbagai. Ketiga, cabaran untuk belia Islam menjadi unsur pendorong yang berpengaruh di dalam mencorakkan arus kesejagatan dunia hari ini.

Inilah tiga cabaran terpenting yang harus didepani belia Islam hari ini di dalam menangani era peralihan zaman. Bagi cabaran pertama, belia Islam harus mengorak langkah di dalam meningkatkan tahap keyakinan diri yang tinggi terhadap keutuhan dan keunikan jati diri yang mereka miliki kini. Keyakinan terhadap jati diri ini adalah asas untuk belia Islam berdepan dengan pelbagai daya tarikan dari luar persekitaran mereka. Hal ini menuntut belia Islam kembali memugar secara berkesan asas yang membentuk identiti dirinya. Ini meliputi teras kepercayaan agama, nilai hidup mulia dan rukun kebudayaan dan kenegaraan.

Dalam erti kata lain, ia menuntut belia Islam untuk kembali mengukuhkan tradisi keilmuan di dalam kehidupan mereka memandangkan hanya menerusi proses pendidikan yang berkesan dan berterusan, segala aspek yang dinyatakan itu dapat diperkukuhkan sebagai asas dan teras identiti dirinya.
Bagi cabaran kedua, belia Islam harus terdedah dengan banyak kajian yang bersifat perbandingan. Di dalam menentukan sesuatu perkara itu baik atau buruk untuk keperluan dan kegunaan belia Islam, kefahaman yang menyeluruh terhadap sesuatu persoalan yang terjadi diperlukan. Sebagai contoh, di dalam berdepan dengan kepelbagaian arus kefahaman dan tafsiran terhadap ajaran Islam, belia Islam harus diperkukuhkan dengan kerangka pandangan yang difahami oleh aliran ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu kerangka ajaran Islam yang diperakui oleh majoriti golongan ilmuwan Islam.
Menerusi kerangka fahaman ini, belia Islam dibekalkan dengan petunjuk dan batasan bersifat tetap dan dinamik di dalam menilai sesuatu perkara atau persoalan. Ini secara langsung membimbing belia Islam di dalam melakukan proses penilaian yang objektif terhadap sesuatu sumber baru yang diperoleh. Perkara ini akan memberi ruang luas kepada belia Islam memanfaatkan sesuatu yang baik atau positif mengenai sesuatu perkara bagi kegunaan mereka dan pada masa sama, dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara atau persoalan yang tidak baik atau negatif yang boleh melenturkan jati diri dan identiti dirinya.
Bagi cabaran ketiga, belia Islam perlu dipersiapkan diri dalam pelbagai aspek kehidupan agar mencapai tahap pencapaian hidup yang terbaik dan tertinggi. Ini bagi memastikan supaya belia Islam boleh menjadi kelompok masyarakat yang kreatif dan inovatif menciptakan produk baru bukan saja untuk kelompok masyarakat setempat, malah masyarakat dunia seluruhnya. Era dunia hari ini yang digerakkan oleh peralihan zaman banyak dipengaruhi generasi yang berpandangan jauh dan berani melakukan perubahan. Sesuatu perubahan yang berpengaruh harus bermula dengan kekuatan ilmu pengetahuan dan kemahiran hidup yang tinggi.
Belia Islam di negara ini harus didorong untuk meningkatkan kualiti dan keupayaan mereka di bidang yang mereka ceburi agar mencapai tahap tertinggi sehingga mampu mencipta produk terbaik dan terkini untuk keperluan seluruh manusia sejagat.

Oleh Muhamad Razak Idris  

Tuesday, January 12, 2010

Tujuh perkara asas bentuk keharmonian, kerukunan masyarakat majmuk Malaysia

DI dalam penelusuran terhadap beberapa isu yang berkembang di sekitar masyarakat Melayu di negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya mengesan kewujudan satu fenomena psikologi yang dialami masyarakat yang boleh kita namakannya sebagai ‘minda terancam’.

Psikologi ini adalah suatu perasaan yang terbentuk di dalam ruang berfikir masyarakat, mengandungi rasa bimbang dan takut terhadap keadaan masyarakatnya dan nasib jati dirinya pada masa depan. Dalam kata lain, psikologi minda masyarakat Melayu hari ini seperti berada di dalam satu perasaan yang mengatakan masa depan kehidupan mereka di negara ini dalam keadaan terancam.

Adakah psikologi minda ini benar-benar wujud? Sekiranya ia benar wujud, saya berpandangan, kemunculannya didorong oleh dua faktor. Pertama, disebabkan oleh rentetan asakan terhadap minda masyarakat yang terjadi dengan agak berpanjangan. Di dalam kebanyakan asakan ini mengandungi unsur nilai yang dilihat bertentangan dengan pegangan dan amalan kebiasaan yang dilalui sejak berzaman. Asakan ini pula terjadi di dalam banyak aspek kehidupan mereka meliputi hal-ehwal sosial, politik, kebudayaan serta agama dan ia berlaku secara berpanjangan.


Faktor kedua ialah akibat kekecewaan dan hilang keyakinan sebahagian masyarakat Melayu terhadap lembaga berwewenang atau institusi pentadbir di dalam menjadi benteng mempertahankan hak dan nilai hidup mereka, selaku kumpulan masyarakat terbanyak di dalam berdepan dengan asakan minda yang dinyatakan itu.

Inilah antara dua faktor besar yang berkemungkinan menyumbang kepada kemunculan apa yang kita namakan sebagai fenomena psikologi ‘minda terancam’ di dalam masyarakat Melayu-Islam hari ini. Rentetan asakan minda terhadap nilai hidup masyarakat Melayu-Islam, boleh kita telusuri di dalam banyak usaha dan peristiwa.

Di dalam aspek budaya sebagai contoh, pengenalan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris adalah antara asakan paling menonjol terhadap minda masyarakat. Akibatnya, timbul satu kebimbangan yang amat meluas terhadap nasib dan masa depan bahasa Melayu di negara ini dan nasib serta masa depan pelajar luar bandar yang masih belum bersedia menerima perubahan drastik ini.

Asakan lain di dalam aspek ini ialah dalam bentuk perkembangan kebudayaan asing berupa cara hidup negatif yang di luar kawalan. Masyarakat mula berasa bimbang akan kesan proses pembaratan terhadap rupa jati diri kebudayaan generasi anak-anak mereka pada masa depan. Dalam aspek politik pula, masyarakat Melayu mula berasa gundah dengan beberapa permintaan sesetengah kumpulan yang mewakili kaum tertentu bagi mendapatkan hak mereka yang dilihat melanggari batas yang terkandung di dalam perjanjian, dikenali sebagai kontrak sosial.

Gesaan kepada amalan meritokrasi dan penghapusan kuota khas adalah antara unsur asakan minda yang menyebabkan masyarakat berasa gundah dengan ketahanan elemen politik bagi mempertahankan nasib dan masa depan mereka. Dalam aspek agama pula, masyarakat Melayu berasa tercabar dengan beberapa anjuran dan permintaan sesetengah pihak bagi melakukan usaha liberalisasi di bidang ini.

Antara contohnya ialah satu gesaan suatu ketika dulu agar diwujudkan satu bentuk suruhanjaya bagi menjalankan urus tadbir hal ehwal agama di negara ini. Gesaan ini dilihat oleh masyarakat sebagai usaha menyamaratakan kedudukan agama. Sekiranya gesaan ini dilaksanakan, mereka bimbang kedudukan Islam sebagai agama rasmi akan terancam pada masa depan.

Hal-hal lain di dalam aspek ini ialah seperti kes Lina Joy yang dilihat oleh masyarakat sebagai satu usaha bagi mempermudahkan urusan pertukaran agama di negara ini. Keadaan ini sekiranya terjadi, amat membimbangkan masyarakat terhadap nasib dan masa depan anak-anak mereka yang kini mudah terdedah dengan segala kemungkinan dan dakyah.

Dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarnor, masyarakat Melayu menjadi bertambah bimbang apabila ada sesetengah kumpulan yang mula memperkecilkan perundangan Islam dan sistem Mahkamah Syariah. Malah wujud permintaan agar peruntukan undang-undang jenayah Islam dihapuskan sama sekali.

Hal ini menambahkan lagi rasa keterancaman masyarakat terhadap nasib dan masa depan perundangan berasaskan syariah yang seharusnya ditambah baik dan dimartabatkan dari segi tafsiran dan pelaksanaannya. Menerusi perspektif ini, isu kalimah Allah yang kini sedang hangat diperdebatkan, barangkali dilihat juga oleh masyarakat Melayu-Islam sebagai antara rentetan asakan minda terbaru di dalam aspek agama.

Inilah antara rentetan peristiwa yang meningkatkan rasa keterancaman minda yang kini bertambah meluas di kalangan masyarakat Melayu di negara kita. Kita ingin menganjurkan kepada semua anggota masyarakat di negara ini supaya mengambil berat akan kewujudan dan perkembangan fenomena kerancaman minda yang sedang dilalui masyarakat Melayu-Islam sekarang. Fenomena psikologi ini perlu ditangani bersama oleh seluruh masyarakat Malaysia.

Kita semua tidak boleh mengambil mudah terhadap perkembangan psikologi ini kerana sekiranya ia tidak ditangani secara berhemah, ia boleh mendorong kepada reaksi dalam bentuk tindakan yang tidak terkawal. Di dalam situasi ini, semua anggota masyarakat akan menanggung akibatnya.

Bagi tujuan menangani fenomena ini, kita ingin menganjurkan beberapa perkara berikut:
  • Pertama, kita hendaklah banyak mendalami dan mengambil peduli keadaan sensitiviti budaya, politik dan agama masyarakat apabila berhasrat untuk melakukan sebarang anjuran dan gesaan ke arah pembaharuan dan pembaikan di dalam satu-satu perkara;
  • Kedua, kita hendaklah menggunakan saluran pentadbiran yang betul dan berhemah apabila ingin mencadangkan sesuatu anjuran dan gesaan yang mengandungi unsur sensitif. Kita hendaklah mengelakkan daripada memulakan syor menerusi saluran media awam kerana ia boleh terdedah kepada salah sangka dan prejudis yang tidak menentu;
  • Ketiga, kita hendaklah menjadikan prinsip perlembagaan dan rukun undang-undang sebagai kerangka berpandangan apabila berhasrat untuk melakukan sebarang bentuk anjuran dan gesaan perubahan dan pembaharuan;
  • Keempat, kita hendaklah mengutamakan saluran dialog atau musyawarah terlebih dulu dengan pihak yang berkepentingan apabila bercadang untuk menganjurkan sesuatu perubahan pada perkara yang sensitif. Kita harus menjadikan mahkamah sebagai saluran dan gelanggang terakhir bagi tujuan itu;
  • Kelima, pihak yang berwewenang hendaklah benar-benar beramanah memastikan benteng kerukunan hidup bernegara sentiasa terjaga dengan memastikan prinsip undang-undang dan rukun kenegaraan ditegak secara adil dan saksama;
  • Keenam, semua pihak hendaklah membudayakan pemikiran positif di dalam mendepani sebarang bentuk anjuran dan gesaan daripada mana-mana kumpulan masyarakat. Pemikiran positif akan membolehkan kita menilai sesuatu perkara secara ilmiah, adil dan amanah. Sebarang bentuk tindak balas yang boleh membawa diri dan masyarakat kita dipandang sebagai golongan yang tidak beradab hendaklah dijauhi dan
  • Ketujuh, seluruh anggota masyarakat hendaklah meningkatkan kualiti ilmu pengetahuan. Ilmu yang menyeluruh dan berkualiti boleh meningkatkan keyakinan kebudayaan di dalam diri kita. Keyakinan kebudayaan boleh membantu kita berdepan dengan sebarang unsur yang dilihat sebagai ancaman menjadi satu cabaran ke arah pembaikan serta pembangunan diri dan masyarakat Malaysia keseluruhannya. Inilah tujuh anjuran berupa disiplin etika yang boleh menjamin kerukunan dan keharmonian hidup kita selaku masyarakat berbilang kaum dan agama. Etika ini juga boleh menjadi langkah budaya bagi menangani perkembangan psikologi minda terancam yang dialami masyarakat Melayu hari ini, sekiranya ia benar-benar wujud.

    Dipetik Dari: razak.wordpress.com

Sunday, January 3, 2010

1MALAYSIA: MEMBINA MORAL BARU POLITIK MALAYSIA



Agenda terpenting kepimpinan baru negara ialah membina ‘moral baru’ di dalam tradisi perpolitikan negara ini. Ini kerana, moral perpolitikan sebelum ini ternyata sudah hilang daya seri serta tarikannya kepada masyarakat terbanyak sebagaimana yang tergambar di dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu.


Membina moral baru dalam konteks ini merujuk kepada usaha dan langkah ke arah perubahan dan pembaharuan di dalam pengamalan sesuatu dasar, pendekatan, sikap dan tauladan perpolitikan negara. Usaha dan langkah membina moral baru politik ini suatu keutamaan memandangkan pilihanraya umum yang lalu secara hakikinya adalah satu bentuk pertembungan moral.


Ini kerana, kritikan dan ketidakpuasan hati masyarakat terbanyak terhadap kepimpinan BN pada masa kini tertumpu kepada amalan-amalan politik kepimpinannya yang dilihat tidak mencapai satu tanda aras yang tinggi yang sejajar dengan perubahan dan pencapaian kualiti moral yang sedang dihayati oleh masyarakat terbanyak kini.


Moral masyarakat Malaysia kini berkembang menerusi tiga kerangka nilai iaitu pertama, yang digerakkan oleh pengaruh kebangkitan agama, pengaruh perkembangan sistem demokrasi dunia semasa dan melalui media baru dengan perkongsian maklumat tanpa semapadan.


Perkembangan agama Islam adalah faktor terpenting yang telah merubah kualiti nilai masyarakat Melayu secara khusus di mana kayu ukur terhadap segala persoalan berkaitan kehidupan ini ditanggap menerusi perspektif keislaman.


Pada masa kini, agama Islam bukan lagi suatu ajaran yang terkongkong di dalam lingkungan amalan keperibadian. Perbahasan agama Islam telah merentasi kepada hal ewal yang berhubung dengan kenegaraan dan ketamadunan. Ini secara langsung meliputi hal ehwal pembangunan sosial, ekonomi dan pemerintahan.
Aspek kepimpinan merupakan antara persoalan pokok di dalam debat kenegaraan Islam kerana kepimpinan yang berkualiti dari sudut ketrampilan dan moral akan membawa kepada kebahagian penduduk. Islam menganjurkan masyarakat memilih pemimpin yang amanah, adil, pemurah dan rendah diri. Ini adalah antara nilai-nilai yang menjadi kayu ukur pandangan mereka di dalam menentukan pemilihan kepimpinan.


Dengan sebab demikianlah, apabila perbahasan tentang berleluasanya gejala rasuah di dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara ini didedahkan kepada pengentahuan umum, erti dan makna perbahasan tersebut mudah ditanggapi dan difahami oleh masyarakat terbanyak memandangkan kualiti nilai ajaran keislaman yang melihat amalan rasuah sebagai satu perbuatan jijik telah menyebati di dalam diri masyarakat. Oleh kerana itu, langkah penolakan terhadap kepimpinan yang ditanggap mengamalkan rasuah mudah dilaksanakan kerana ia adalah sebahagian dari komitmen keagamaan dan moral.


Keadaan yang sama akan berterusan di mana politik Malaysia pada masa akan datang, di mana kualiti moral dan nilai keislaman masyarakat akan terus menjadi faktor penentu terhadap corak pemerintahan negara terutama di dalam penentuan pemilihan kepimpinan yang ingin ditampilkan di peringkat nasional.


Di samping hal tersebut, masyarakat Malaysia juga terdedah secara terbuka dengan pengaruh dunia antarabangsa di dalam aspek pengamalan pentadbiran dan pemerintahan. Umumnya masyarakat dunia kini sedang menuju kepada pengamalan sistem pemerintahan yang berteraskan sistem demokrasi menyeluruh.


Sistem ini tidak sahaja melibatkan pengamalan pengundian di dalam pemilihan wakil-wakil politik, tetapi juga dari aspek kebebasan di dalam menyatakan pendapat dan pandangan, ketelusan masyarakat di dalam memperoleh maklumat-maklumat kerajaan, keseimbangan berita dari sumber media, kebebasan sistem perundangan dan pemilihan wakil-wakil ke majlis kerajaan tempatan. Kesemua ini adalah antara amalan-amalan yang melengkapi sistem perlaksanaan demokrasi dalam erti kata yang sebenarnya.


Pengamalan demokrasi menyeluruh ini di sesetengah negara memang telah menghasilkan natijah yang berkesan tidak sahaja terhadap kestabilan politik malah kemakmuran ekonomi. Ini kerana ia memberi satu ruang penglibatan yang luas kepada masyarakat terbanyak di dalam mempengaruhi rentak pembentukan dasar oleh kepimpinan politik tertinggi. Ia juga membentuk sistem perimbangan kuasa yang kreatif antara pihak bawahan dan atasan. Keterbukaan dan kebebasan juga telah menghapuskan prasangka dan menghalang sebarang bentuk eksploitasi samada dalam bentuk salahguna kuasa atau perundangan terhadap hak-hak warganegara. Ini secara langsung memupuk keyakinan dari rakyat tempatan dan para pedagang luar terhadap institusi politik dan mekanismenya di dalam memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua pihak.


Sistem demokrasi menyeluruh ini amat berpengaruh terutama terutama terhadap kelompok menengah dan tinggi negara kita kerana pendedahan mereka dengan sumber berita dan pengalaman berada di negara-negara Barat. Kelompok ini walaupun kecil dari sudut peratusan penduduk, namum pengaruhnya amat meluas memandangkan kebanyakan mereka boleh mempengaruhi bentuk pandangan umum masyarakat menerusi pengucapan dan penulisan yang menjadi sumber rujukan dan perbahasan.


Pemahaman terhadap budaya dan rentak masyarakat Malaysia pada masa kini dan akan datang banyak bergantung kepada sejauhmana kepimpinan politik negara dapat mendepani dan menangani kualiti baru moral masyarakat Malaysia yang ditunjangi oleh nilai-nilai keislaman dan kemodenan yang sedang berkembang dengan cukup drastik yang digerakkan menerusi ketiga-tiga faktor tersebut.


Impak kualiti moral masyarakat Malaysia ini dapat dilihat menerusi tindak balas mereka terhadap isu-isu kenegaraan yang berkembang pada masa kini. Sebagai contoh, teras perjuangan berasaskan kaum secara melulu yang menjadi asas di dalam budaya perpolitikan Malaysia sejak sekian lama telah hilang serinya kini dan sudah tidak mendapat tarikan lagi.


Sandaran perjuangan sedemikian bukan ditanggap salah, malah pada keadaan tertentu masih dituntut dan diperlukan, tetapi pengamalannya harus disandarkan kepada nilai-nilai moral yang tinggi. Ini kerana prinsip keadilan dan pemerintahan berasaskan ajaran Islam tidak bertolak ansur terhadap langkah-langkah yang boleh membawa kepada penganiyaan terhadap kaum-kaum tertentu kerana prinsip penjagaan kehormatan insan terlalu tinggi nilai moralnya.


Di dalam persoalan yang sama, nilai-nilai moral demokrasi menyeluruh menyeru perlaksanannya bersifat telus dan terbuka bagi mengelakkan dari sebarang unsur salahguna kuasa dan manipulasi oleh golongan yang berkepentingan.


Pada masa kini, perjuangan-perjuangan yang bersifat perkauman tidak lagi diterima secara membuta tuli oleh masyarakat terbanyak kerana kualiti moral terkini menghalang masyarakat dari terjebak kepada sikap penganiyaan dan penyalahgunaan kekuasaan memandangkan kuasa adalah amanah yang sungguh berat.


Keadaan yang sama dapat diperhatikan di dalam persoalan yang berkaitan dengan ketelusan pentadbiran, kebebasan sistem perundangan dan agenda pembasmian kemiskinan. Perbahasan dan debat tentang isu-isu ini ternyata memberi pentunjuk yang cukup jelas betapa masyarakat Malaysia kini sedang menganut moral baru yang menepati kehendak dan tuntutan nilai-nilai kesejagatan sejajar dengan tuntutan keagamaan dan kemodenan semasa.


Inilah cabaran utama kepimpinan negara masa kini di mana mereka sedang berdepan dengan satu situasi moral baru masyarakat yang menuntut perubahan dan pembaharuan yang drastik di dalam pengamalan dan perlasanaan dasar pemerintahan.


Cabaran ini dapat diatasi sekiranya kepimpinan baru negara memberikan tumpuan dan kesungguhan yang serius di dalam membina satu moral baru politik yang menampilkan satu corak pemerintahan yang berusaha memenuhi tuntutan kualiti moral terkini masyarakat Malaysia. 


Usaha ini harus bermula dengan perubahan sikap kepimpinan terlebih dahulu di mana mereka perlu menunjukkan nilai-nilai moral yang tinggi dari sudut keperibadian dan tauladan kepimpinan. Nilai-nilai susila keislaman dan kemelayuan hendaklah disebatikan di dalam segala gerak langkah kepimpinan.


Masyarakat kita amat mengambil berat terhadap sifat merendah diri, lemah lembut di dalam bertutur kata, ikhlas di dalam menangani permasalahan, tidak berselindung dan bermuka-muka dan sentiasa menunjukkan sifat bermaafan di dalam serba keadaan. Mereka juga amat senang dengan pemimpin yang tidak gemar menunjuk-nunjuk kehebatan ilmu, keturunan dan harta mereka. Mereka suka kepada pemimpin yang sentiasa berlapang dada dan berusaha meningkatkan segala kelemahan yang dimiliki.


Sifat-sifat kepimpinan mulia ini hendaklah pula tertonjol di dalam perlakuan politik terutama di dalam proses membuat keputusan-keputusan penting. Alasan yang baik, rasional dan ilmiah hendaklah dikemukakan kepada pengentahuan umum tanpa rasa takut atau dilihat cuba berselindung atau cuba bermuka-muka. Masyarakat kita tertawan kepada watak pemimpin yang ikhlas dan berlapang dada. Oleh yang demikian, segala bentuk pandangan yang bertentangan dan kritikan yang pedas harus dijawab secara halus, berlapik dan beradab. Jangan sesekali cuba mencabar kepandaian masyarakat terbanyak dengan menyampaikan hujah-hujah yang boleh memperlekehkan kecerdikan naluri mereka atau sehingga masyarakat merasakan diri mereka diperbodohkan.


Sehubungan dengan itu, antara langkah terpenting di dalam menangani persoalan-persoalan ini perlu dimulakan dengan proses pemugaran idea-idea baru yang menyeluruh dari segenap peringkat kelompok masyarakat. Pandangan dari segenap pihak perlu didengari secara saksama. Debat terbuka berhubung isu-isu utama negara perlu digalakkan samada menerusi agensi kerajaan atau media utama. Kumpulan-kumpulan pakar penilai hendaklah dibentuk serta merta untuk mendekati kelompok-kelompok yang mempunyai hubungkait rapat dengan hal ehwal pekembangannya.


Data dan maklumat yang sebenar hendaklah dihebahkan kepada pengentahuan masyarakat. Media arus bertentangan hendaklah digalakkan beroperasi supaya pandangan-pandangan kritis dapat disalurkan secara professional. Tindakan-tindakan terhadap mereka yang melanggar batas-batas perundangan hendaklah dilihat dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat dan kedudukan.


Inilah antara bentuk-bentuk moral baru politik yang perlu dibina dengan segera oleh kepimpinan baru negara. Moral baru politik juga harus berusaha menampilkan citra kerajaan sebagai satu perkumpulan pentadbir yang bersifat mesra masyarakat. Kerajaan dan rakyat tidak harus sama sekali dilihat dan dirasai seperti di dalam keadaan bermusuhan dan bertentangan.


Kerajaan hendaklah menghormati keputusan rakyat di dalam pemilihan mereka di dalam menentukan barisan kepimpinan nasional dan mereka tidak harus mendapat hukuman atas pemilihan tersebut kerana itu adalah citra penilaian terhadap kedudukan dan prestasi kerajaan selama ini. Di dalam kualiti moral baru perpolitikan negara yang ingin dibina, keputusan rakyat perlu ditanggap sebagai hak-hak mereka yang perlu dihormati.


Oleh kerana itu, pengesyoran supaya dilakukan penarikan dan pembatalan terhadap projek dan program pembangunan yang telah dirancang sebelum ini sebagai hukuman kepada rakyat kerana telah memilih kerajaan yang berlainan adalah antara contoh sikap dalam bentuk pengucapan dan tindakan yang diwarisi dari moral lama politik yang telah ditolak. Sikap sedemikian tidak sahaja menunjukkan sifat sombong dan angkuh pemimpin terhadap masyarakat tetapi berterusan mewujudkan suasana pertembungan dan perbalahan antara kerajaan dan rakyat.


Selagi rakyat merasakan bahawa mereka kini sedang bermusuhan dengan kerajaan, maka masa depan kerajaan tidak akan berpanjangan memandangkan, secara hakikinya, kuasa yang dimiliki kerajaan adalah kuasa yang diperoleh dari rakyat.