Tuesday, July 14, 2009

Berkata pada yang perlu


Barang siapa khianat akan dirinya,
Orang itu jangan engkau percaya.

Barang siapa menzalimi diri,
Kepada dia, jangan kau hampiri.

Daripada memuji diri hendaklah bersabar,
Biar daripada orang datangnya khabar.

Hindarkan diri daripada kejahatan,
Asuhan budi hendaklah diutamakan.

Aib orang janganlah dikata,
Aib diri janganlah dibuka.

Dengan bapa janganlah derhaka,
Nanti Tuhan menjadi murka.

Ibubapa janganlah leka,
Kepada anak-anak haruslah terbela.

Berkata pada yang perlu,
Kalau tidak lebih baik membisu.

Kalau kawan biar bersopan,
Nanti persahabatan terus berkekalan.

Hasil Nukilan: Nameless

Sunday, July 12, 2009

DERITA SEORANG PEMIMPIN dalam episod: “ KARENAH SEORANG PENYOKONG”


DIA MINTA... KITA BAGI... DIA KATA...

BAGI SETIAP PEMIMPIN POLITIK, MELAYAN KARENAH PENYOKONG, APATAH LAGI ORANG KANAN, MERUPAKAN MASALAH YANG JAUH LEBIH BESAR DARIPADA MASALAH NEGARA. CONTOHNYA SEPERTI BERIKUT:















DIA MINTA : Dapat jalan merah pun cukuplah YB...

KITA BAGI : Takpe... nanti saya buatkan jalan tar.

DIA KATA : Apa punya jalan tar! Kalau macam ni lebih baik tarok tanah liat ke, batu

sungai ke! Lagi baik!


DIA MINTA : Dapat dalam RM1000 lagi, elok le dewan kita ni YB!

KITA BAGI : Saya akan bagi RM2000!

DIA KATA : Minta RM1000, RM500 je dapat! Tahi hidung masin punya YB!


DIA MINTA : Dapat jadi dreaber pun, jadilah...

KITA BAGI : Saya lantik awak sebagai...(kita jadikan, adiklong@ bodyguard).

DIA KATA : YB tu mana berani... tak ada aku, alamat kalah pilihanraya akan datang

ni!


DIA MINTA : Bukannya apa YB... saja nak bawa anak bini makan angin...

KITA BAGI : Kat dalam sampul tu ada tiket flight dan duit belanja sekali!

DIA KATA : Elehhh... setakat banyak ni, celah gusi aku je!


DIA MINTA : Kita kena pecat budak tu YB! Dia tu dah nak mencabar saya!

KITA BAGI : Adat politik macam tu le....

DIA KATA : YB, tolong saya... Pemilihan parti akan datang saya fight untuk YB

habis-habisan!

Iranun Di Sabah 2nd Edition

Mencari Pemimpin Pelapis....


















Iranun merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai khasnya di Daerah Kota Belud serta beberapa daerah lain seperti Tunku. Masyarakat Iranun dipercayai berasal dari Mindanao. Masyarakat Iranun mempunyai kebudayaan, adat, sistem politik serta sistem kemasyarakatan tersendiri. Masyarakat ini juga secara keseluruhannya merupakan penganut Agama Islam. Dahulunya kaum ini hidup sebagai pedagang, nelayan serta petani dan adalah kurang tepat apabila digambarkan bahawa kaum ini hidup sebagai lanun. Dari aspek kepahlawanan kaum ini terkenal sebagai pahlawan sejati yang tidak akan pernah mundur dalam medan peperangan dan jauh sekali untuk menjadi pengkhianat atau bersekongkol dengan British.

Kaum Iranun seringkali dipanggil sebagai Illanun oleh sesetengah pihak. Ini merupakan perkara yang perlu diperbetulkan iaitu IRANUN Bukannya ILLanun. Selain itu Iranun bukanlah terdiri daripada kelompok atau cabang mana-mana kaum lain. Ini kerana kaum Iranun mempunyai asal-usul yang jelas. Ini dapat dilihat melalui sejarah kewujudan Kerajaan Kesultanan Sulu.

Dari aspek publisiti masyarakat Iranun didapati kurang menonjol dalam media massa. Ini menyebabkan kaum ini kurang dikenali, malahan ada pihak tidak mengenali apa/siapakah kaum Iranun? Namun demikian masyarakat Iranun tidak perlu rasa kecewa/ terpinggir kerana keadaan ini tetapi haruslah berusaha menonjolkan diri samada melalui media cetak, elektronik mahupun kaedah lain seperti penerbitan jurnal, artikel ataupun filem-filem dokumentari tentang masyarakat Iranun.

Selain itu kedengaran juga terdapat segelintir orang Iranun yang telahpun membuat membuat kajian terhadap kaum Iranun tetapi yang menjadi persoalan dimanakah hasil kajian tersebut? Kenapa ia tidak diterbitkan atau didedahkan kepada pengetahuan umum? Malahan apa yang agak dikesali dan kita rasa terkilan kepada mereka ini ialah enggan berkongsi dengan hasil kajian tersebut dan hasil kajian tersebut disembunyikan “saken liatih mumbal sakajian piragunan, senang-senang ah kabegaiku rekiran, langun ah embegaiku rekiran maklumat ban ah biasa” (kata-kata yang pernah diungkapkan oleh seorang pengkaji apabila didatangi oleh sekumpulan pelajar IPTA yang datang untuk mendapatkan sumber maklumat untuk dimuatkan dalam kajian). Agak mengecewakan sikap sebegini dan saya menyarankan kita lupakan kepentingan diri demi kepentingan suku kaum Iranun.

Apabila membicarakan soal kaum Iranun, kita dan saya sendiri secara jujurnya berasa bangga, kerana masyarakat Iranun walaupun kurang menonojol serta dikenali tetapi kita mempunyai pemimpin yang harus dibanggakan dan kita sewajarnya perlu berasa bangga, kerana mempunyai pemimpin yang sukar saya gambarkan mungkin dengan meminjam istilah yang selalu diungkapkan oleh Mantan PM Pak Lah iaitu cemerlang, gemilang dan terbilang dapatlah mengambarkan pemimipin tersebut. Ini kerana bukanlah semua orang mampu serta layak mengendalikan dewan yang mulia, tambahan pula dengan situasi politik serta komposisi ahli parlimen antara BN dan Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat kini, tetapi seorang pemimpin yang lahir sebagai orang Iranun sejati, telah membuktikan bahawa kaum ini juga layak mengatur negara dengan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat, yang memastikan sidang parlimen berjalan lancar bagi memastikan sistem demokrasi berpalimen dalam negara ini dapat ditegakkan. Namun timbul lagi satu persoalan selepas beliau, siapa lagi pemimpin dari kalangan suku kaum Iranun yang boleh kita banggakan???

Baru-baru seorang rakan blogger Saudara Depu-depu (www.depu-depu.blogspot.com) telah mencadangkan agar Encik Roslan Hj Manshor diberi ruang sebagai pemimpin pelapis suku kaum Iranun. Namun cadangan tersebut menimbulkan perdebatan yang cukup hangat dimana ada menyokong dan tidak kurang pula yang membantah tetapi apa yang dikesali pihak-pihak yang membantah ini pula tidak menyatakan secara jelas siapakah pemimpin pelapis cadangannya, disamping cuba berdolak-dalik dengan seribu satu macam alasan yang berselindung disebalik teori kepimpinan.

Saya yakin dan percaya memang ramai yang berkeupayaan untuk menjadi pemimpin pelapis di kalangan suku kaum Iranun, tetapi saya merasakan apa yang dicadangkan oleh saudara Depu-depu itu hanya satu proposal untuk diperhalusi dan jika orang yang dicadangkan tersebut betul menepati kriteria atau paling tidak pun sesuai untuk diketengahkan, apa salahnya kita mempertimbangkan untuk kita memberi ruang kepadanya bagi menyumbang bakti khasnya kepada suku kaum Iranun dan umumnya untuk masyarakat Kota Belud.

Apa pun cadangannya yang pasti saatnya telah hampir tiba untuk kita membuat keputusan siapakah pemimpin pelapis selepas Tan Sri Pandikar, tetapi bukanlah tujuan kita menggantikan ayahanda kita Tan Sri Pandikar, kerana yang pastinya suku kaum Iranun masih mendambakan alunan suaranya di pentas politik tanahair namun cadangan ini hanya sebagai backup bahkan dalam masjid sekalipun kalau kita sembahyang biasanya ada backup imam.

Masa tidak akan pernah sanggup menunggu kita untuk bersedia memberi cadangan, jadi kegagalan kita mengutarakan siapa pemimpin pelapis suku kaum Iranun adalah satu kerugian besar bukan sahaja pada bentuk meterial mahupun politik tetapi pada seluruhnya. Tidak salah untuk kita menidakkan cadangan Saudara depu-depu tersebut tetapi berikanlah cadangan!!! Siapa??? Apakah cadangan pihak-pihak yang membantah ini adalah terlalu misteri untuk diketengahkan??? Hinggakan dengan izin kalau boleh saya meminjam kata Si Rengit terlalu " lambang-melambang".

Sekali lagi saya mengulangi pendirian bahawa APA PUN KITA MASIH MENDAMBAKAN ALUNAN SUARA AYAHANDA KITA, TAN SRI PANDIKAR DI PENTAS POLITIK TANAHAIR CUMA CADANGAN TERSEBUT PADA HEMAT SAYA SEBAGAI BACKUP SAHAJA.

Saturday, July 11, 2009

Ayam Sabung Vs Ayam Karan














Sudah menjadi resmi bagi ayam sabung untuk melawan demi mempertahan diri serta komunitinya daripada diceroboh atau diperkotak-katikkan. Bunyinya berkokok akan menggentarkan kawan mahupun lawannya. Harganya dipasaran adalah terlalu mahal dan menjadi buruan kepada sesiapa yang salah faham kepada falsafah “hidup ini adalah perjudian” demi mengubah nasib mereka oleh kerana dek sifat beraninya. Mungkin inilah punca wujudnya pepatah “ayam tambatan”.

















Bagi ayam karan berlainan benar sifatnya, yang angguk2, geleng2, ya2, saya2. Namun kita tidak boleh juga menyalahkan ia kerana sudah menjadi sifat sebagai ayam sembelihan yang mana diternak untuk disembelih bagi menjadi menu utama juadah pembuka selera. Eemmm sedapnya!!!


Wednesday, July 8, 2009

Model Ekonomi Baharu: apa yang saya faham sebagai orang biasa.


Artikel ini mengupas sudut pemikiran YAB DSN. Model Ekonomi Baharu diumumkan kalau saya tidak silap pada 30 Jun 2009 oleh DSN dalam majlis persidangan “Invest Malaysia 2009”. Artikel ini melihat apakah Model Ekonomi Baharu (MEB), yang diketengahkan oleh DSN dan sejauh manakah Pasaran Kewangan Malaysia mampu menarik lebih ramai penyertaan asing khasnya FDI. Artikel ini juga memberi penekanan kesan penghapusan peranan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) “Bersediakah bumiputera berdiri tanpa tongkat?”. Tindakan DSN mereformasikan sistem kewangan negara bagi menjadikannya lebih liberal suatu pemikiran yang dianggap berbeza dengan para Perdana Menteri sebelumnya yang mendukung DEB.


Perbincangan difokuskan kepada dua perkara yang saya rasakan perlu dibincangkan iaitu yang pertama Sejauh manakah MEB dapat meningkatkan aliran masuk FDI Dan yang kedua kesan MEB kepada bumiputera.


MEB bukan saja bersifat sebagai reformasi sistem kewangan negara, malahan sebagai memulihkan ekonomi negara kesan kegawatan ekonomi global yang berpunca masalah gadai janji sub-prima di Amerika Syarikat ditambah lagi masalah ketidaktentuan ekonomi global. Disamping itu bagi mengekalkan dayasaing pasaran kewangan Malaysia sebagai pusat pelaburan menarik di Asia memandangkan China dan India dewasa ini merupakan negara membangun yang mempunyai prospek menarik untuk FDI. Namun bagi sesetengah pemerhati politik, MEB diwujudkan demi perpaduan (1Malaysia) tetapi yang tersiratnya demi survival politik khasnya mengembalikan sokongan non-bumiputera kepada kerajaan.


Apa pun permasalahan di atas, dianggap menyebabkan matlamat kerajaan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang pada tahun 2020 akan tergugat. Dunia dilanda kegawatan ekonomi yang menyebabkan Malaysia tidak terlepas menerima tempiasnya. Ini ditambah masalah pergolakan politik tanahair rentetan daripada keputusan PRU-12 dan diikuti masalah perpaduan antara kaum disamping pergolakan dalaman parti politik pemerintah sendiri iaitu dalam BN. DSN beranggapan perkara ini akan menyumbang kepada ketidaktentuan masa depan negara dan masa depan BN khasnya menjelang PRU-13 yang akan datang dijangka pada tahun 2012. DSN berpendapat jika BN hendak kekal sebagai parti pemerintah harus keluar daripada belenggu masalah tersebut dan harus membina imej BN semula.


Terdapat beberapa aspek yang perlu DSN fikir sebagai penyumbang kesinambungan politik BN sebagai parti pemerintah. Antaranya sokongan serta keyakinan non-bumiputera harus dikembalikan dengan kaedah meliberalisasikan sistem kewangan negara. Dalam keadaan masa yang sama DSN harus menyelsaikan kemelut ekonomi yang membelenggu negara. Ini kerana sebahagian daripada keyakinan rakyat kepada kerajaan bergantung kepada kecekapan kerajaan menangani permasalahan perekonomian dan dari aspek yang lain moral DSN sebagai PM akan turut meningkat dari sudut pandang rakyat. Ini telahpun dibuktikan oleh Tun Dr. Mahathir yang mana kemarahan rakyat terhadap Tun ekoran pemecatan DSAI sebagai Timbalan PM, dapat diredahkan apabila Tun dapat memulihkan ekonomi dengan kaedah tambatan matawang ringgit kepada US dollar. Kepercayaan rakyat terhadap kerajaan akhirnya dipulihkan dan Tun akhirnya di sanjung rakyat sebagai wira ekonomi yang menundukan spekulator barat.


Menyentuh soal penghapusan peranan FIC dan peningkatan pemilikan ekuiti asing serta melonggarkan syarat pelaburan asing, harus dilihat dari sudut positif memandangkan walaupun bantuan asing tidak memainkan peranan, tetapi pelaburan langsung asing (FDI) telah memainkan peranan penting bagi membolehkan pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan demi kesinambungan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Dengan penghapusan peranan FIC akan menarik minat pelabur-pelabur asing walaupun bukanlah ukuran secara total yang dilihat oleh pelabur asing namun menjadi advantage, kerana banyak lagi aspek yang menjadi pertimbangan pelabur asing sebelum menanam pelaburan dalam sesebuah negara. Contohnya kestabilan politik, insentif cukai dan kos pengoperasian yang rendah seperti kos buruh dan bahan api. Oleh sebab itulah kerajaan cuba mewujudkan kestabilan politik melalui konsep 1Malaysia kerana kestabilan politik merupakan salah satu kayu pengukur yang dilihat pelabur-pelabur asing. Konsep 1Malaysia dari sudur tersuratnya adalah budaya tetapi yang tersiratnya adalah politik dan bagaiamana ia dilaksanakan adalah melalui kaedah psikologi.


Seperti sebelum ini, saya telah mewujudkan satu persoalan besar yang saya rasakan penting untuk diperbahaskan iaitu “Bersediakah bumiputera berdiri tanpa tongkat?”. Namun bagi saya bukanlah sesiapun mahupun kerajaan yang mampu menjawab persoalan ini melainkan bumiputera itu sendiri. Kerajaan hanya mampu menjawab berdasarkan fakta sejarah ekonomi khasnya pencapaian DEB dan kegagalan DEB memenuhi kouta 30% pemilikan ekuiti bumiputera. Namun jawapan tersebut hanya memenuhi skema jawapan bagi persoalan tentang DEB tetapi bukannya MEB.


Bersedia atau tidak bumiputera bersaing dengan non-bumiputera tanpa tongkat, pada fikiran saya, DSN tidak perlukan jawapan segera kerana biarlah bumiputera itu sendiri memberikan jawapan, cuma satu pepatah telah menyebut bahawa berlian adalah sebutir arang batu yang menjadi unggul akibat tekanan. Pepatah ini telah dibuktikan apabila Singapura yang ketika keluar dari Malaysia yang tidak mempunyai apa-apa pun sumber mahupun kelebihan yang ada untuk dijadikan modal membangunkan Singapura tetapi Lee Kuan Yew telah memahami konsep bagaimana sebutir arang batu menjadi berlian (Lihat dalam buku Berani Gagal). Ini sudah cukup untuk bumiputera bersedia jika tidak, sampai bilakah kita harus bersedia, bah kata orang kalau kita tidak memulakan langkah yang satu mana mungkin kita sampai ke langkah yang seribu. Mungkin ramai yang tidak bersetuju atau mempersoalkan kenapa kesediaan bumiputera tidak dilihat dari sudut teori ekonomi. Kegagalan DEB mencapai matlamat 30% pemilikan ekuiti bumiputera dan kesediaan bumiputera menyahut cabaran kerajaan terhadap MEB secara jelasnya dapat diperhatikan bukanlah berpunca atau bergantung pada mana-mana pun teori ekonomi secara total, sebaliknya pada attitude walaupun bukan semua tetapi sebahagian besarnya akan berasa selesa apabila berada dalam keadaan yang dipanggil comfort zone yang menyebabkan dayasaing bumiputera menjadi pertikaian selama 30 tahun DEB dilaksanakan. Kejayaan DEB mengubah nasib bumiputera tidaklah dipersoalkan tetapi yang menjadi persoalan kejayaan bumiputera memenuhi matlamat DEB.


Gagasan MEB yang dikemukakan oleh DSN sangat berbeza dengan para PM sebelumnya. Ia merupakan tindakan yang cukup berani bagi seorang pemimpin yang menerajui kepimpinan negara dalam usia lingkungan 100 hari, kalau seorang bayi rasanya belum punya upaya untuk berjalan apa lagi untuk berbicara. Namun demikian, rasanya DSN ingin menjadi bayi lain dari yang lain.

Bersambung...